Please Click Me

Archive for February 2009

Bertitik-titik air yang berkuasa mengubah segalanya

Wednesday, February 18, 2009 § 0

Apakah kuasa air?


Apabila di lautan, air yang berada di dasar, jika terlambung ke atas, akan menghasilkan kuasa pemusnahan yang amat besar.
Apabila di dalam kawah, semasa menggelegak dipanaskan api, dicurah ke atas daging boleh menjadi separuh masak.
Apabila jatuh dari stalagtit, menimpa ke atas batu, berjuta tahun kemudian, akan ada lekuk di bawahnya.
Apabila mengalir di sungai, semasa arus semakin laju, hakisan tebing akan berlaku, sehingga sungai menjadi semakin besar.
Apabila hujan turun tanpa henti, longkang dan sungai turut tersumbat, banjir akan melanda.
Apabila bertakung di dalam tanah, pokok pula kurang mencengkam, aliran berlaku, boleh menyebabkan tanah runtuh.
Dan apabila jatuh bertitik-titik dari mata, akan merubah diri kita buat selama-lamanya.

Namun nilai air itu amat berharga. Ia umpama berlian dan permata. Kemunculannya jangan dibazirkan, walaupun setitik. Tidak kira dari sumber mana ia datang, apatah lagi jika ia berasal dari hati yang tulus dan ikhlas. Kuasa yang amat besar itu, jangan disiakan. Jangan malu apabila intan ini jatuh ke bumi, kerana jatuhnya ia bukan jatuh yang sebarangan. Jatuh air ini untuk merubah hidup orang yang sanggup merebut peluang di hadapan rumah sang permata.

Maka KHAIRUL SYAHMI BRAHIM rebut peluang di hadapan mata
Gunakan ia sebaik mungkin
Kerana hanya dirimu yang mampu mengubah segalanya...

keputusan

Monday, February 16, 2009 § 0

Pernahkah anda membuat keputusan yang besar dalam hidup anda?
Berapa besarkah yang anda definisikan sebagai besar?
Adakah sebesar sehingga menyebabkan anak bini anda lari dari rumah? Atau terlalu besar sehingga boss anda memecat anda?
Atau besar yang ekstrem mencapai satu tahap, akan mengubah keseluruhan rentak kehidupan anda.


Hari ini, saya telah berdepan dengan satu cabaran untuk mei
lih antara dua jalan. Jalan di kanan, berdenai, telah tersiap rapi buat kakiku melangkah. Ternampak jua bekas tapak kaki yang panas, pontong rokok yang masih berasap, dan najis haiwan yang masih belum terurai oleh mikroorganisma.
Jalan di kiri pula, penuh dengan semak samun, tiada tempat buat kaki in
i melangkah , malah merasa ragu pula jika terdapat ular, lipan di dalam belukar.

Namun kenapa hati ini merasa yakin untuk melangkah jalan di kiri. meskipun dimomokan dengan segala macam cerita tapi keyakinan s
emakin utuh pula. biar apa pun yg berlaku, aku tetap yakin dengan keputusan aku...














menCCkan diri

§ 1

lama rasanya aku x gi CC. but lately slalu lak pegi. internet dalam bilik macam jahanam je..
susah nak merasa kebebasan berinternet kat dlm bilik.kalau x kne block, mesti page kne refresh berkali2...
tp sy malas nak crite tntg bende tu, kalau tnye proM mesti dorng boleh senarai satu persatu tntg line internet yg x best..hehehe

sy sebenarnya pun xde idea gak nak tulis ape lam blog ni, dat's y i tulis kat description, dis is the place where i wanna write craps...heheheh...

but lately i ade satu sikap yg membuak2 dalam diri i..lately i suke sgt nak dgr kisah hidup org laen.kalau jumpe je, mesti i akan tanye tntg kisah hidup, opinion dorng tntg life, how they see future, etc...

best plak bile bercerita tntg benda sebegini bersama mereka. baru rasa bonding sebagai kawan tu.. selama ni i x pernah pun nak kisah ape family ko buat,
sape adik-beradik ko, or pernah x ko rase susah selama nih...
sekarang bile dah sharing, benda sebegini betol2 buka mata aku. ade lg sebenarnya org yg lebih susah or unlucky dari kite....

hmmm, kekurangan idea dh ni nak ckp ape...
jumpak lg la laen kali..heheheh...



















Pertama kali memblog

Sunday, February 15, 2009 § 0

aku dulu x suka memblog.
tiba2 pagi yang indah nih, aku termenulis blog..

hehehe...
so sudi2 r baca blog aku..
komen pun boleh..hehehe

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...