Please Click Me

Bertitik-titik air yang berkuasa mengubah segalanya

Wednesday, February 18, 2009 § 0

Apakah kuasa air?


Apabila di lautan, air yang berada di dasar, jika terlambung ke atas, akan menghasilkan kuasa pemusnahan yang amat besar.
Apabila di dalam kawah, semasa menggelegak dipanaskan api, dicurah ke atas daging boleh menjadi separuh masak.
Apabila jatuh dari stalagtit, menimpa ke atas batu, berjuta tahun kemudian, akan ada lekuk di bawahnya.
Apabila mengalir di sungai, semasa arus semakin laju, hakisan tebing akan berlaku, sehingga sungai menjadi semakin besar.
Apabila hujan turun tanpa henti, longkang dan sungai turut tersumbat, banjir akan melanda.
Apabila bertakung di dalam tanah, pokok pula kurang mencengkam, aliran berlaku, boleh menyebabkan tanah runtuh.
Dan apabila jatuh bertitik-titik dari mata, akan merubah diri kita buat selama-lamanya.

Namun nilai air itu amat berharga. Ia umpama berlian dan permata. Kemunculannya jangan dibazirkan, walaupun setitik. Tidak kira dari sumber mana ia datang, apatah lagi jika ia berasal dari hati yang tulus dan ikhlas. Kuasa yang amat besar itu, jangan disiakan. Jangan malu apabila intan ini jatuh ke bumi, kerana jatuhnya ia bukan jatuh yang sebarangan. Jatuh air ini untuk merubah hidup orang yang sanggup merebut peluang di hadapan rumah sang permata.

Maka KHAIRUL SYAHMI BRAHIM rebut peluang di hadapan mata
Gunakan ia sebaik mungkin
Kerana hanya dirimu yang mampu mengubah segalanya...

What's this?

You are currently reading Bertitik-titik air yang berkuasa mengubah segalanya at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...