Please Click Me

Hamster da Ditemui

Sunday, September 20, 2009 § 0

20 September 2009 - A'a atau nama penuhnya Siti A'a Binti Mark Jinmin yang dilaporkan hilang dari sangkarnya tiga jam yang lepas telah ditemui semula sebentar tadi. A'a dilaporkan oleh penjaganya En. Syahmi telah hilang dari sangkarnya ketika En. Syahmi pergi berbuka puasa dan menemani Cik Lane Willies pergi menonton Arsenal.

A'a ditemui dalam keadaa
n tanpa cedera tetapi menunjukkan penambahan muscle pada badannya. Ini menguatkan andaian bahawa sebenarnya A'a telah pergi ke Ibu Pejabat FBI untuk menjalani latihan perisikan/ketenteraan. "Saya berasa hairan kerana sejak kebelakangan ini, A'a menjadi semakin aktif dan pada malam semalam A'a telah memflying kick saya. Kejadian ini membuatkan saya yakin bahawa A'a sebenarnya sedang menjalani satu latihan sulit untuk menyelesaikan konspirasi Wireless di USM" ujar En. Syahmi.

Sebelum itu pihak FBI menafikan kelembapan perkhidmatan Wir
eless di USM tiada kaitan dengan perbuatan pengganas, namun setelah munculnya dokumentari mengenai G-Force semakin ramai pihak yang mula meragui laporan tersebut dan mendesak FBI untuk menyiasat punca masalah tersebut dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ia melibatkan pengganas.

"Masalah Wireless di USM tiada kaitan dengan pengganas dan A'a tidak pernah menjalani sebarang latihan perisikan di Ibu Pejabat FBI. Itu hanya khabar angin. Saya menyeru agar semua pihak bersabar dan mendoakan agar pihak kerajaan yang diketuai oleh Dato'Seri Shafiq akan mampu menyelesaikan masalah yang telah lama menghantui penuntut di USM," jelas Agen Y, Ketua Perisik F
BI cawangan Minden.

Namun orang-oang awam menolak penjelasan tersebut dan mereka memberi sokongan padu kepada A'a untuk terus menjalani latihan perisikan/ketenteraan tersebut. Menurut salah seorang pelajar yang tidak ingin dikenali namanya menjelaskan usaha rahsia A'a tidak seharusnya dipublisitikan kerana ia hanya akan memberi maklumat kepada pihak pengguna terhadap usaha FBI untuk menyiasat punca masalah Wireless, "walaupun begitu, kami tatap menyokong 100% hero kecil kami A'a dan kami berharap agar beliau dapat meneruskan usaha mendiang suaminya Popo yang terbunuh dalam satu misi rahsia yang kami rasakan ada kaitan dengan kes yang cuba diselesaikan oleh A'a."


Namun begitu, pihak kami gagal mendapatkan maklum balas daripada A'a...
-(Khai)Reuters-




Gambar yang menguatkan dakwaan penglibatan A'a dalam FBI di bawah G-Force

p/s: dorang tu Guinea-Pig, A'a lak hamster...





What's this?

You are currently reading Hamster da Ditemui at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...