Please Click Me

Clumsy, again and again...

Friday, October 30, 2009 § 2

Saya ada satu cerita tentang seorang kawan. Mari namakan beliau sebagai G. G merupakan seorang yang sangat setia. Pernah beliau jatuh cinta dengan seorang gadis yang telah pun mempunyai teman lelaki. Tetapi kerana cinta, beliau lupakan hakikat gadis tersebut telah berpunya. Malah G juga pernah meluahkan perasaan cintanya kepada gadis tersebut.

Lama masa yang diambil untuk G melupakan gadis tersebut, sehinggalah sekarang apabila G mula berkenalan dengan seorang gadis, mari namakan beliau L.

G berkenalan dengan L beberapa bulan yang lepas, itu pun hanya sekadar jumpa-jumpa begitu sahaja. G mengikuti rombongan kawan-kawan L untuk menonton wayang kulit, kemudian mereka makan bersama di sebuah restoran Jawa. Ketika itu G masih tiada perasaan terhadap L, tetapi G sering kali memerhatikan L, seolah-olah berasakan akan ada sesuatu pancaran wujud antara mereka.

Hari demi hari, G semakin rapat dengan L dan diketahui rupanya L sedang menjalani proses penceraian dengan suaminya. G juga semakin selalu keluar dan brjumpa dengan L. Tanpa G ketahui rupanya dalam diam beliau telah jatuh hati terhadap L. G memikirkan kembali apa yang perlu dilakukan. Adakah G akan meluahkan perasaannya terhadap L? Atau adakah G akan terus berdiam diri? Dan kenapakah G mengambil masa yang terlalu lama untuk mendiamkan diri...

Sama-sama kita nantikan sambungannya...

Wahhhhh....
Macam sinopsis wayang lah plak...

YZYZ...

What's this?

You are currently reading Clumsy, again and again... at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 2 Response to “Clumsy, again and again...”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...