Please Click Me

HIMPUN vs USM

Tuesday, November 24, 2009 § 0

Semalam aku baru balik dari satu program yang dinamakan HIMPUN, singkatan kepada HIMPUNAN PATRIOT NEGARA... Program ini sangat baik kerana ia menyentuh pelbagai pengisian kenegaraan. Pelajar2 seharusnya mengambil peluang untuk cuba mengikuti program ini. Saya pergi ke program ini bertindak sebagai fasilitator. USM menghantar 17 orang fasilitator yang terdiri daripada seorang Pegawai, tiga Pegawai Khidmat Singkat (PKS) dan selebihnya adalah pelajar2 tahun akhir di USM. Saya merupakan salah seorang fasilitator yang termuda saya kira.

Pada mulanya, ketika ingin pergi ke program ini, dalam kepala saya, membayangkan pengendalian seolah-olah BTN. Tetapi setibanya di situ, rupanya program ini lebih kepada teaching and discussing semata2. Tiada aktiviti psikomotor seperti PIMPIN Siswa atau BTN.

Komen saya, memang program ini bagus. Cuma ada beberapa perkara yang ingin saya kongsi besama. Intention post ini bukan untuk mengutuk, tetapi sekadar berkongsi pengalaman agar kita dapat bersama-sama membaiki kelemahan diri. Saya masih belum sempurna, tetapi saya berusaha mencapai kesempurnaan.

Fasi Berpengalaman vs Fasi Muda
Saya kira, tak kira seorang fasi itu berpengalaman atau tidak, tua atau muda, apabila diHIMPUNkan, kita adalah satu team. Yang kuat menolong yang lemah, yang lemah menyokong yang kuat. Saya sendiri, selaku seorang yang muda, saya cuba untuk belajar daripada fasi2 yang lebih senior, agar ilmu kedua2 pihak jadi semakin bertambah. Apabila terpaksa mengendalikan group seorang diri, saya cuba mengeluarkan segala ilmu yang ada untuk memastikan objektif program ini tercapai. Thanks kepada Kak Nat kerana membantu saya mengendalikan kumpulan saya walaupun beliau adalah seorang Urus Setia. Begitulah seharusnya, gabungan yang dah berpengalaman dan yang muda sememangnya perlu. Tanpa generasi muda, siapa yang akan menggantikan yang dah berpengalaman sekarang. Generasi muda yang bersemangat dan berfikiran matang sememangnya harus dijaga agar tidak merosak masa hadapan anak cucu kita. Oleh itu, perbanyakkan fasi2 muda, agar program seperti ini ada kelestariannya.

PU PIMPIN vs Urus Setia HIMPUN
Saya nampak memang ketara perbezaan budaya kerja antara kedua-dua pihak. Saya sendiri merupakan Pembantu Urus Setia (PU) PIMPIN selama 4 kem. Saya memang nampak perbezaan budaya kerja di UUM dan di USM. Kepada student2 USM yang x henti2 mengutuk dan memperlekeh kebolehan U sendiri, anda seharusnya insaf. Walaubagaimanapun, kepada student2 UUM tahniah kepada anda kerana dapat run HIMPUN dengan berjayanya. Masih nampak beberapa kelemahan, namun siapalah manusia tanpa kelemahan. Harapnya kelemahan tersebut dapat diperbaiki. Tanpa usaha keras anda semua, HIMPUN xkan berjaya. Tahniah kepada anda dan berusaha lagi untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang, kerana masih banyak ruang2 untuk anda membaiki kelemahan yang ada. TQ...

Makanan Sedap
Serious, makanan sepanjang kem memang sedap. Saya x nak cakap lebih, karang ada yang cemburu. Haha

Peserta Memuaskan
Bukan yang terbaik, tetapi bagi saya anda semua sudah cukup memuaskan. Kalau exam, saya bagi anda B+ secara kolektif. I love to mention a few names lah seperti
  1. Ayie
  2. Nasha
  3. Shida
  4. Wan (Lelaki)
  5. Dheven
  6. Leng See
  7. Suhaida
  8. Chaq
  9. dan semua2 lah...
Saya harap anda semua berjaya kelak. Saya doakan anda adalah antara generasi2 muda yang mampu untuk melestarikan keamanan Malaysia. Semuga kita berjumpa lagi. Dan saya sangat2 berpuas hati. Semuga anda berjaya. GOOD LUCK UOOLLSSSS...

Thanks kepada setiap individu yang terlibat secara langsung atau x dalam menjayakan program HIMPUN nih.. Thanks korang. dan seperti biasa, saya memang banyak belajar dalam program ini. Satu lagi ilmu yang telah saya perolehi.

Kalau ada masa jumpak lagi....

Bubbye....

YZYZ... HIMPUN BOY...

What's this?

You are currently reading HIMPUN vs USM at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...