Please Click Me

Perpaduan Melalui Kelestarian

Wednesday, December 2, 2009 § 0

Prinsip Rukun Negara yang pertama menyatakan Kepercayaan Kepada Tuhan. Rakyat Malaysia tidak kiralah beragama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya harus mempunyai perasaan percaya terhadap wujudnya kuasa Tuhan di muka bumi ini. Islam menekankan kepentingan menjaga alam sekitar. Dalam Ilmu Usuluddin (ilmu Tuahid) mempunyai kaitan yang erat dengan hal-hal yang berkaitan pemuliharaan alam sekitar serta semua elemen yang berada dalamnya, sama ada makhluk yang hidup atau mati, berakal atau sebaliknya. Allah menciptakan alam dan manusia sebagai makhluknya wajib untuk menjaga alam sekitar. Bagi pemahaman Kristian pula, Tuhan tidak menjadikan alam ini dalam sekelip mata tetapi sedikit demi sedikit dan Dia mengisytiharkan bahawa setiap peringkat itu adalah sentiasa baik. Menerusi Injil Dia mengatakan bahawa Dia sentiasa terlibat dalam setiap penciptaanNya. Maka tanggungjawab setiap daripada mereka yang mempercayai kewujudanNya untuk memastikan ciptaanNya sentiasa kekal indah dan baik. Bagi masyarakat Hindu, konsep penjagaan alam sekitar bukanlah suatu fenomena moden tetapi telah diwarisi oleh nenek moyang mereka. Pada peringkat awal pembentukan masyarakat Hindu, mereka menerima kewujudan Tuhan melalui elemen-elemen alam sekitar di sekeliling mereka. Daya-daya semulajadi yang wujud dalam kehidupan seharian mereka dianggap sebagai manifestasi terhadap penciptaan Brahman. Oleh itu melalui pemahaman pelbagai agama, dapat disimpulkan di sini bahawa penjagaan dan pendidikan ke arah melestarikan alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama dan ia selari dengan Prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.

What's this?

You are currently reading Perpaduan Melalui Kelestarian at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...