Please Click Me

Archive for February 2010

6 jam 16 minit 26 saat

Sunday, February 21, 2010 § 0

24 jam lepas, baru ja selesai projek teater monolog 6 jam tanpa henti, projek Sekretariat Pencegahan Rasuah, USM. Rekod ni akan masuk the Malaysia Book of Records.

Walaupun dah lepas 6 jam, tp still aku rasa ada unfinished business. Semalam lepas abes je kemas2 Dewan Budaya, aku naik kereta dengan Khairy, nak anta barang2 suma. Kami gi lah ke Sungai Nibong kat umah Abang Mursyid, then ke Green Lane. Sepanjang perjalanan tu aku cuba gali apa benda yang aku rasa x siap2 lagi tentang projek nih.

Banyak benda yang aku rasa x lengkap atau x siap tentang projek nih...


Pertama: Aku x perform 100%.
Walaupun kejayaan sesuatu projek tu hanyalah 30% tetapi usaha aku adalah 100%, aku adalah lebih berbangga jika dibandingkan dengan kejayaan projek sehingga 50% tetapi usaha aku hanyalah 70%... Bukan kejayaan projek menjadi penanda aras aku selama ini, tetapi usaha yang aku lakukan. Jika review selama aku terlibat dengan dunia pemprojekan di USM, inilah kali pertama rasanya aku tak all out. Banyak sebenarnya faktor kenapa aku tak all out. Faktor terbesar kurang sesuai diceritakan di sini, tapi biarlah hanya orang2 yang terlibat dan betol2 concern tentang aku ja yg tau.

Selain tu, aku nak ucap Tahniah kepada team Teater Monolog 6 Jam Tanpa Henti, terutamanya pelakon dan pengarah, Abang Azhar dan Abang Mursyid. Abang Azhar merupakan antara guru2 aku kat USM selain Tok Wan dan beberapa orang lagi.

Selesai dah Teater Monolog 6 Jam Tanpa Henti nih, aku nak fokus kat FYP aku then hanya tunggu arahan dari Chick je untuk projek Forum Bersama Pemimpin.

6 Jam, 16 Minit, 26 Saat...

TQ...

YZYZ...

Too much info... Mainan Jiwa

Tuesday, February 16, 2010 § 0

Today, masuk lab...
Then lunch ngn Matt and rakan2 dari KL kat Pecal Lele...
Buat lab...
Then kuar jalan2...

Life as usual...
Minum kat Starbucks, pergi massage, karok...

Tapi ada satu benda yang membuat aku terkejut...
YM dari seseorang pada hari ini...
Too much info to digest...
Aku jadi konfius...

So kepada manusia yang meYM aku tadi...
Lagu ini aku tujukan khas buat kaw...
(Actually intention post ni adalah untuk tayang lirik lagu nih, tapi sebab aku da ting tong aku tujukan sekali buat kaw lah... TAPI PERKATAAN WANITA TU HARUS DITUKAR KEPADA LELAKI OKKKEEEYYYY... Tu ahhh)...



Mainan Jiwa

Semanis vanilla, di atasnya whipped cream
Selalulah dengan senyummu
Selembut mentega, yang cair di bibir
Kau lontar kata-kata manja

Apa sebenar yang kau pendamkan
Di dalam hati buat diriku
Yang tidak arif permainan jiwa

Atau sekadar
Mahu mencuba kekuasaanmu
Memukau sukma lelaki (sepatutnya 'wanita') yang serba
Naif sepertiku
Apakah sebenarnya
Yang kau pendamkan

Halus caramel di hidangan jelly
Sentuhan pada jejarimu
Senyaman aroma dari secangkir latte
Perasaan tenangku denganmu

Apa sebenar yang kau pendamkan
Di dalam hati buat diriku
Yang tidak arif permainan jiwa

Atau sekadar
Mahu mencuba kekuasaanmu
Memukau sukma
lelaki (sepatutnya 'wanita') yang serba
Naif sepertiku
Apakah sebenarnya
Yang kau pendamkan

Yang kau pendamkan di hatimu, buatku
Yang kau pendamkan di hatimu, buatku

Apa sebenar yang kau pendamkan
Di dalam hati buat diriku
Yang tidak arif permainan jiwa

Atau sekadar
Mahu mencuba kekuasaanmu, oh
Memukau sukma
lelaki (sepatutnya 'wanita') yang serba
Naif sepertiku
Apakah sebenarnya
Yang kau pendamkan (2x)

Apa sebenar kau pendamkan buatku
Dalam permainan jiwa, yang serba naif
Ataupun kau sekadar
Mahu mencuba kekuasaanmu
Memukau sukma
lelaki (sepatutnya 'wanita')

Apakah sebenar-benarnya
Katakanlah
yang kau pendamkan di hatimu
Buatku.....




Nanti kita gossip lagi tentang perkara ini okkeeeyyy.. huhuhu...

YZYZ

SRN Part 2

Sunday, February 14, 2010 § 0

Pada meeting yang dihadiri oleh Syahmi, Didi, and Ammar, kami diarahkan untuk melancarkan SRN di USM... dibagi RM3000, pandai2 la kami nak buat apa.

Then kami rombak balik organisasi mcm yang kat post sebelum ni dan aku dan beberapa orang mula merancang majlis pelancaran tersebut. Hasil perbincangan dengan En. Marimuthu, kami timbul dengan idea Pohon Perpaduan. Sejarah pohon tu, kalau nak tau, nnt2 la aku story.. Malas aku nak story skrg.

So (I say a little prayer) pada bulan Disember, aku dan Mr. President sekali ngn Didi pun mula membentuk dasar projek ini. Pada masa yang sama, Abang Azhar pun nak join majlis ini dengan membuat persembahan teater kelestarian. So kami pun mula membentuk paperwork. Bermula dengan dua paper work (Majlis Pelancaran + Teater) kami gabungkan menjadi satu paperwork.

Hasil perbincangan dengan Abg Yoh, En. Mansor dan En. Marimuthu, paperwork ini beberapa kali dipinda dan pada suatu hari, En. nazru comes up dengan idea untuk membentuk Sekretariat Sinar Perpaduan. Hasil perbincangan berkali-kali, akhirnya kami pun ingin menjenamakan Kelab Sinar Perpaduan dan Sekretariat Rukun Negara sebagai Sekretariat Sinar Perpaduan/ Rukun Negara.

Aku dan Didi pun mula membentuk Dasar bagi majlis penjenamaan ini dan 60% daripada idea asal sebenarnya datang daripada Didi. Kami pun membawa projek ini ke Colloquium Rukun Negara. Colloquium ini agak special sebab kami menggabungkan Sekretariat Pencegahan Rasuah dan Sekretariat Rukun Negara.

Semasa Colloquium kami membentangkan projek ini di hadapan orang2 Kementerian, Jabatan dan IPT seluruh Malaysia. Kami dicabar untuk membuat satu projek yang dpt mengumpulkan IPT di Malysia dan kami USM menyahut cabaran tersebut. Kami tampil dengan idea persidangan meja bulat SRN Zon Utara.

Balik dari colloquium kami mantapkan lagi paperwork ini sampai la betul2 solid dan kami gunakan paperwork ini sebagai penajaan kami. Sana sini kami minta duit. Dari Bahagian Pembangunan Lestari dan Korporat, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pulau Pinang, YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat dan macam2 la. Minta duit sikit2 kat mana2 untuk kumpul RM20 000...

Atas hasil usaha selama 2 bulan dan pertukaran beberapa orang, akhirnya projek ini pun berjaya dijalankan dengan sikit2 technical mistake yang pada aku adalah satu cara pembelajaran...

Aku x mao cakap apa yang aku da buat sepanjang projek ni, nnt org kata x ikhlas la, menunjuk la dan aku sikit pun x harapkan pembalasan dari siapa2. Aku x harapkan pun pujian melangit. Aku x kisah pun TNC dan En. Saidi x sempat jumpa aku. AKu x kisah pun wakil IPT x kenal aku. Aku x kesah pun cikgu2 yg datang aritu x say tq to me... Aku x kesah langsung kalau pegawai2 puji org2 laen.. aku sikit pun x pernah kisah, sebab apa yang aku perjuanankan adalah demi adik2. Dulu abang2 dan kakak2 di USM yang selalu mengajar dan menegur aku, sekarang tiba masa aku untuk melakukan perkara yang sama. Biarlah adik2 yang dpt pujian melangit, aku da cukup puas. Cuma satu jek, tolong jangan kurang ajar. Macam mana buruk sekalipun abang2 dan kakak2 kita, tolong jgn kurang ajar. Aku ada jek x puas hati dengan abang2 dan kakak2 aku, tp aku x pernah nak buat kurang ajar kat dorg...

Sampai ke satu tahap bila ukhuwah yang dah dibina putus, baru kita nak menyesal, waktu tu da x guna... So pelajaran seterusnya, kalau x puas hati sekalipun, jangan kurang ajar dan tolong jangan cemarkan sistem adik-beradik yang telah terbina kat USM nih... Siapa kita nak hancurkan sistem yang dah wujud lebih lama dari tempoh kita hidup kat bumi ni?? Siapa engkau, siapa aku yang nak rosakkan...

Bersyukurlah kita berada dalam sistem ini sebab terlalu ramai yang nak masuk dlm sistem ini, tp x dapat...

Bersyukur dengan org di sekeliling kita.

BTW, congrats la kepada mr. President dpt credit atas projek ni... memang ko layak pun.. Tu Ahhh...

YZYZ...

SRN Part 1

§ 0

Mungkin aku tiada authority to tell this story. I'm not Mr. President or Pengarah Projek for this whole thing. Aku pun at the first place tak mao cerita tentang benda ni, but lately, benda ni always coming back to me. Just now aku tengok balik gambar2 during pembentukan benda ni dan aku rasa macam nak cerita tentang benda nih. However, benda ni keluar from my observation so kalau ada fakta yang salah, sila lah betulkan...

Majlis Penjenamaan Sekretariat Sinar Perpaduan/ Rukun Negara sebenarnya bermula pada Disember 2008. Pada waktu tu aku disuruh untuk pergi ke Konvensyen Rukun Negara di A'Famosa. Balik dari konvensyen, kami pun menubuhkan Sekretariat Rukun Negara di USM. Aku dan Didi (Didi aku kira sebagai pelopor sekretariat ini) berusaha untuk membentuk sekretariat ini beberapa minggu sebelum konvensyen ini berlangsung. Then aku pun menyenarai pendekkan beberapa orang candidates untuk diserapkan dan selepas konvensyen, kami pun membentuk organisasi sekretariat ini:

Presiden: Azizul Ammar Abu Hassan
Timb. Presiden: Syahmi
SU Agong: Siva
Bendahari: Didi

Exco:
Kak Liza
Paula
Flavian
Ooh Keong Kooi (KK)
Ramanathan


Then kami pun mendaftarkan diri sebagai sekretariat di USM. Tapi lepas tu ada beberapa perubahan berlaku, sekretariat ini mcm diam. Oktober 2009, kami dipanggil sekali lagi untuk pergi ke Colloquium Rukun Negara untuk pemantapan penubuhan SRN dan untuk membentangkan projek2 yang bakal dijalankan. Setelah balik dari Colloquium, organisasi baru dibentuk.

Presiden: Mark Jinmin
Timb. Presiden: Syahmi
SU Agong: Siva
Bendahari: Asmahani

Exco:
Onna Ariya
Abel Benjamin Lim
Nadia Ab. Razak
Norazlina Supian
Eduard Edwin


Yang kat atas ni merupakan organisasi yang sepatutnya dan organisasi ini terlalu kerap dirombak.

Cuti VS Lab

§ 2

Arini Ahad...
Cuti hujung minggu...
Dah la ari Ahad, Chinese New Year lak tu...
Lagi la cuti...
Kalau x cuti, x 1Malaysia la...
Pastu Valentine Day...
Haaa... Kena la cuti lagi...
Nanti kalau buat kerja, orang fitnah kita plak...

Tapi aku macam nak masuk lab...
Buka ka lab waktu macam2 nih???
So I decided nak buat kerja2 teater monolog ja lah arini...
Tu ahhh...
Banyak kot yang x siap lagi...

Tu ahhh...
Belum ada mood nak menulis lagi nih...
Hahahaha....

YZYZ

Sudah Terlalu Lama

Thursday, February 11, 2010 § 0



Lama da kot aku x berblog... Nak kata busy, Perdana Menteri lagi busy kot, so to sum up, memang aku x nak tulis blog time tu... Senang cerita kan... Tu ahhh...

Highlight aku kali ni, bukan lah kemenangan besar Aspirasi USM, juga bukan tentang pujian melangit terhadap Majlis dan Teater Rukun Negara, tetapi tentang orang2 di sekeliling aku...

Tugas aku sebagai jentera Pilihanraya telah berakhir terlalu lama. So x payah la kot aku nak bebel sapa2 yang menang n sapa2 yang x berapa nak menang. Terlalu banyak dah orang highlight tentang benda nih...

Nak baca highlight tentang Teater Rukun Negara, klik plak kat sini (Teater Rukun Negara)...
Atau kat sini (From Web Page USM)

So x yah cerita...

Berbalik kepada topik asal (Tu Ahhh, sgt skema ayat)..haha

Lately aku rasa mcm nak tamatkan zaman single aku je. Aku da rasa mcm start nak berawek dan da rasa mcm ready nak ada gelpren. Nmpk pompuan ja, nafsu bulu roma suma naek (kalau dalam Islam, kalau ada tanda mcm ni, aku harus kawen da kot). Lebih2 lagi pas aku jumpa kawan lama aku time kat matrix, nama dia Tobias Javan G. Yangus or kami panggil dia Tobey. Dulu kami n geng2 yang laen suka duduk kumpul ramai2 sambil caka tentang pompuan. Pastu siap buat bet sapa yang akan dpt siapa. Tu ahhh... Very2 high school. Rindu betul aku mau jumpa si Tobey nih. Tiga tahun x jumpa dia dan still macam dulu lagi. Cara dia tengok dan jeling aku pun tetap sama, cuma satu ja (Actually ada dua),

  1. Dia MENARI sekarang, repeat, DIA MENARI sekarang
  2. Dia guna DiGi sudah. Dulu dia paling anti DiGi and kunun setia dengan Celcom.. Hahaha
Anyway best of luck to u Bro... semuga dapat jadi Doktor yang hot di hospital2.. Hahahaha... Kepada bro2 yang laen, bila la boleh jumpa kamurang ahhh.. Aku nak balik ke Borneo pun susah... Hahaha...



Ketika kami jadi fasi. Baru ja abes zaman Matrix.




Tiga Tahun kemudian


Malam tu kalau aku jumpa Mus, lagi la... Pas jumpa member matrix, jumpa lagi member yang melarikan diri dari kampus Induk USM... Issshhh.. Mus bukan reti maok carik mekorg (haha, saja molah ayat2 touching)..ehehe...

Baeklah, setakat ini dulu update... Nanti sambung balik...
Kepada yang mengikuti blog ini, sori la lama x update..eheheh...

Bubbye...

YZYZ



Cerita ni memang Best

§ 0

Credit kepada Mak Hayam Flory sebab berjaya menulis cerita ini...
Hahhaha..
Cepat klik link kat bawah nih summaaa.....
Hahaha..


Pompuan-jadi-laki-jadi-pompuan-balik-then-pregnant-then-jadi-daddy...

Kawan-kawan

Tuesday, February 2, 2010 § 2

too sarcastic if I said, kawan-kawan nih terlalu cepat bertukar ganti... Ada ka best friends forever... Spongebob and Patrick pun kalau dah xda sapa nak lukis xde nye dah nak berkawan-kawan. Macam tu la jugak lam hidup ni kot. Aku kenal terlalu banyak manusia. Berkawan terlalu banyak jenis manusia, tapi xda satu pun yang boleh kata best friends forever... Best friends at the instantaneous times adalah ..haha (maksudnya, best friends pada masa kejadian).. tu ahhh.. very the physics ayat aku. haha

Dulu, aku kononnya rapat ngan Family. Mana2 kuar pun ngn dak2 Family. Karok la, bowling la, muvie la, makan la, clubbing je tak ngan dorang. Declare nih nak kawan sampai bila2. Tapi bila bukak sem, masing2 da start busy, masing2 da ikut haluan masing2... Tu ahhh... Masih ada la jugak beberapa orang yang totok dalam family, tapi bagi aku, aku start rapat ngan rakan2 aspirai plak. Bukan sebab nak lari dari family atau nak buat competition between aspirasi and family. Tapi faktor tugasan membuatkan aku jauh dari family and rapat lak ngan aspirasi. Nanti bila demam election da makin reda, x de dah nak rapat2 ngan rakan aspirasi nih (btw, tahniah sebab menang aritu) pastu rapat ngan manusia2 lain plak. Maybe after this aku akan rapat lak ngan dak2 lab aku, dak2 course aku, sebab ari2 kena masuk lab FYP.

Sebab tu la bila dioffer masuk family beberapa bulan yang silam aku x terus kata iya. Aku diam jek, sebab aku yakin organisasi macam tu x suit and match dengan cara aku berkawan. Aku akan lompat sana, lompat sini dan hanya yang betul2 kawan aku ja yang akan setia di sisi aku. Kawan yang aku maksudkan, xkan lari dari aku bila aku ada masalah. Yang akan setia bersama aku waktu aku sedih, sengkek and down. Tu ahhh...

Tapi apa2 pun, aku hargai setiap kawan yang datang dan pergi dalam hidup aku. Sebab mereka2 nih bagi kesan yang signifikan, kalau x, xkanlah aku kesah sgt nak tulis dalam blog aku nih. Anyway, kepada semua kawan2 aku, aku memang sayang korang suma dan tolong jangan buat choi kat aku sudah...

Hahah...

Tu ahhh...

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...