Please Click Me

SRN Part 2

Sunday, February 14, 2010 § 0

Pada meeting yang dihadiri oleh Syahmi, Didi, and Ammar, kami diarahkan untuk melancarkan SRN di USM... dibagi RM3000, pandai2 la kami nak buat apa.

Then kami rombak balik organisasi mcm yang kat post sebelum ni dan aku dan beberapa orang mula merancang majlis pelancaran tersebut. Hasil perbincangan dengan En. Marimuthu, kami timbul dengan idea Pohon Perpaduan. Sejarah pohon tu, kalau nak tau, nnt2 la aku story.. Malas aku nak story skrg.

So (I say a little prayer) pada bulan Disember, aku dan Mr. President sekali ngn Didi pun mula membentuk dasar projek ini. Pada masa yang sama, Abang Azhar pun nak join majlis ini dengan membuat persembahan teater kelestarian. So kami pun mula membentuk paperwork. Bermula dengan dua paper work (Majlis Pelancaran + Teater) kami gabungkan menjadi satu paperwork.

Hasil perbincangan dengan Abg Yoh, En. Mansor dan En. Marimuthu, paperwork ini beberapa kali dipinda dan pada suatu hari, En. nazru comes up dengan idea untuk membentuk Sekretariat Sinar Perpaduan. Hasil perbincangan berkali-kali, akhirnya kami pun ingin menjenamakan Kelab Sinar Perpaduan dan Sekretariat Rukun Negara sebagai Sekretariat Sinar Perpaduan/ Rukun Negara.

Aku dan Didi pun mula membentuk Dasar bagi majlis penjenamaan ini dan 60% daripada idea asal sebenarnya datang daripada Didi. Kami pun membawa projek ini ke Colloquium Rukun Negara. Colloquium ini agak special sebab kami menggabungkan Sekretariat Pencegahan Rasuah dan Sekretariat Rukun Negara.

Semasa Colloquium kami membentangkan projek ini di hadapan orang2 Kementerian, Jabatan dan IPT seluruh Malaysia. Kami dicabar untuk membuat satu projek yang dpt mengumpulkan IPT di Malysia dan kami USM menyahut cabaran tersebut. Kami tampil dengan idea persidangan meja bulat SRN Zon Utara.

Balik dari colloquium kami mantapkan lagi paperwork ini sampai la betul2 solid dan kami gunakan paperwork ini sebagai penajaan kami. Sana sini kami minta duit. Dari Bahagian Pembangunan Lestari dan Korporat, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pulau Pinang, YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat dan macam2 la. Minta duit sikit2 kat mana2 untuk kumpul RM20 000...

Atas hasil usaha selama 2 bulan dan pertukaran beberapa orang, akhirnya projek ini pun berjaya dijalankan dengan sikit2 technical mistake yang pada aku adalah satu cara pembelajaran...

Aku x mao cakap apa yang aku da buat sepanjang projek ni, nnt org kata x ikhlas la, menunjuk la dan aku sikit pun x harapkan pembalasan dari siapa2. Aku x harapkan pun pujian melangit. Aku x kisah pun TNC dan En. Saidi x sempat jumpa aku. AKu x kisah pun wakil IPT x kenal aku. Aku x kesah pun cikgu2 yg datang aritu x say tq to me... Aku x kesah langsung kalau pegawai2 puji org2 laen.. aku sikit pun x pernah kisah, sebab apa yang aku perjuanankan adalah demi adik2. Dulu abang2 dan kakak2 di USM yang selalu mengajar dan menegur aku, sekarang tiba masa aku untuk melakukan perkara yang sama. Biarlah adik2 yang dpt pujian melangit, aku da cukup puas. Cuma satu jek, tolong jangan kurang ajar. Macam mana buruk sekalipun abang2 dan kakak2 kita, tolong jgn kurang ajar. Aku ada jek x puas hati dengan abang2 dan kakak2 aku, tp aku x pernah nak buat kurang ajar kat dorg...

Sampai ke satu tahap bila ukhuwah yang dah dibina putus, baru kita nak menyesal, waktu tu da x guna... So pelajaran seterusnya, kalau x puas hati sekalipun, jangan kurang ajar dan tolong jangan cemarkan sistem adik-beradik yang telah terbina kat USM nih... Siapa kita nak hancurkan sistem yang dah wujud lebih lama dari tempoh kita hidup kat bumi ni?? Siapa engkau, siapa aku yang nak rosakkan...

Bersyukurlah kita berada dalam sistem ini sebab terlalu ramai yang nak masuk dlm sistem ini, tp x dapat...

Bersyukur dengan org di sekeliling kita.

BTW, congrats la kepada mr. President dpt credit atas projek ni... memang ko layak pun.. Tu Ahhh...

YZYZ...

What's this?

You are currently reading SRN Part 2 at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...