Please Click Me

Laporan Kejayaan Projek

Monday, March 1, 2010 § 0

1.0 Pengenalan

Portfolio Pementasan Bermesej merupakan antara portfolio yang terdapat dalam Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Sains Malaysia. Portfolio ini pada dasarnya mempunyai objektif untuk menyampaikan mesej pencegahan rasuah secara kreatif. Kaedah kreatif difikirkan perlu dan merupakan antara kaedah yang paling sesuai untuk menyampaikan input mengenai pencegahan rasuah kepada golongan sasaran terbesar Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Sains Malaysia iaitu mahasiswa/I serta masyarakat kampus.

Oleh itu, portfolio Pementasan Bermesej telah tampil dengan idea Pementasan Teater Monolog 6 Jam Tanpa Henti. Projek ini bukan hanya sekadar pementasan teater yang biasa tetapi juga merupakan cubaan ahli-ahli Sekretariat untuk memecahkan rekod kebangsaan dalam pementasan teater perseorangan yang terpanjang (The Longest One-Cast Play Member). Rekod ini akan dibadikan di dalam The Malaysia Book Of Records. Beberapa siri perbincangan telah dilakukan antara pihak Sekretariat dengan pegawai The Malaysia Book Of Records dan pihak Sekretariat yakin akan kemampuan pelakon yang juga merupakan antara tulang belakang kepada Sekretariat Pencegahan Rasuah siding akademik 2009/2010 untuk memecahkan rekod tersebut.

Untuk memastikan tujuan asal pementasan ini tercapai, pihak penganjur telah melakukan rakaman digital setiap babak yang dipaparkan dalam pementasan tersebut. Rakaman ini penting kerana pihak Sekretariat akan menyalin rakaman video ini dalam bentuk video cakera padat. Salinan ini akan diserahkan kepada setiap Sekretariat Pencegahan Rasuah seluruh Malaysia dan dijadikan simpanan bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Sekiranya pihak-pihak terbabit ingin menganjurkan program-program berbentuk pencegahan rasuah, pihak SPR USM berbesar hati sekiranya rakaman tersebut turut diguna pakai agar mesej pencegahan rasuah yang dibawakan ketika pementasan dilestarikan di setiap pelosok Malaysia.

Pementasan ini dikira berjaya kerana telah berjaya memecahkan rekod kebangsaan selama enam jam 16 minit 26 saat. Rekod ini telah mengatasi rekod sebelumnya (empat jam 52 minit 44 saat) sebanyak 28.59%, melebihi peraturan yang telah ditetapkan oleh The Malaysia Book Of Records iatu 20%.

(p/s: apa pandangan anda, 1st time aku menulis laporan kejayaan projek).. huhuhu

YZYZ

What's this?

You are currently reading Laporan Kejayaan Projek at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...