Please Click Me

Analisa Kegemukan (Tulis Tanpa Gangguan PAH)

Wednesday, April 28, 2010 § 0

Akhirnya aku mampu menulis post ini tanpa gangguan Nur Nazhipah yang tengah guling-guling atas comforter Teyah... Nateyah tengah serius tu buat latihan DE... Baeklah berbalik kepada tujuan asal post...


Profile Subjek
NAMA: Khairul Syahmi Brahim
TARIKH LAHIR: 28 Mac 1988
PEKERJAAN: Pelajar
BERAT BADAN TERBERAT: 100++ kg
BERAT BADAN TERENDAH: Rekod mencatatkan 71 - 72 kg
BERAT TERKINI: Last week timbang 83.8 kg
BMI TERKINI: 27.4 (obess)



Hasil Analisa


1. Makan Lewat Malam
- Selepas abes PIMPIN Siswa, hampir setiap hari Syahmi gi makan lewat malam. Kalau tak pecal lele relau, nasi lemak subaidah. Makan lak around kol 3 - 4 pagi. Alasannya, makan sahur [sebab time tu bulan Ramadhan].


2. Makan secara pukal
- Sidang ni gak aku start da makan buffet secara pukal, Seoul Garden to be exact. Bayar RM23, tapi aku makan macam RM100. Kenyang die sampai x leh nak gelak kot.


3. Suka makan jajan/ junk food
- Asal ada masa free je, mula la membeli keropok laaa, biskut laaa, apa2 laaa. Pastu start la aktiviti mengunyah. Dah tu, siap nguyah ketika menonton movie ataupun di tengah malam, di kala kelaparan secara tiba-tiba.


4. Makan gula-gula dan benda-benda manis
- Mak aku x ajar makan benda2 manis nih. Aku x minum manis, tapi semenjak jadi PU Tok Wan nih, atas desk die sentiasa ada gula-gula. Maka jadinya aku akan selalu isap gula2 tersebut. Pastu aku siap beli stok bagai. Tapi aku da stop da kunyah gula-gula sebab aku akan jadi pening kepala kalau isap benda tu. Nasib mak aku x ajar makan/minum manis, sampai ke tahap aku x boleh makan or minum manis. Nanti jadi pening kepala.


5. Pemalas
- Asal datang mood malas aku, mulalah McDelivery. Kejap-kejap Delivery. Huh. Pastu sebab malas gak aku jarang gi bersenam.


6. Tertekan
- Kalau aku tertekan, aku menjadikan itu sebagai alasan untuk aku makan banyak-banyak. Makan lak yang pelbagai. Range dari yang paling ringan ke yang paling berat.


7. Meraikan sesuatu
- Ni pun sebab jugak. Semua benda nak celebrate. Kejap2 celebrate. Celebrate lak, guna makanan. Duit masuk, celebrate. Jawab quiz, celebrate. Pergi karok, celebrate. Semua benda la nak celebrate. Makan la plak...


8. Mencuba menu baru
- Pergi mana2 jek, mulalah, nak try menu tu, nak try menu nih. Nak try Cheese Naan Set kat sini, nak try yang kat sana. Semua nak try. Hengat aku ni host Jalan-Jalan Cari Makan agaknya.


9. Teman member gi makan
- Konon nak teman, sekali ngan aku2 sekali termakan, ape cerita???


10. Berat bontot
- Suka tido, exercise x nak buat. Nak arap lemak lam badan tu pegi secara ghaib je... Mana nak dapat yang oiy...



Dulu orang kata kat aku camnih
"Syahmi, ko ni makan kuat, tapi badan still maintain"

Tapi sekarang
"Patot pun ko ni gemuk, makan macam jin je"


Sekian Terima Kasih

[Next post, nak tulis tentang cara pemakananku ketika dulu-dulu]

YZYZ...

(yayyy, Pah da x kaco, sebab letak gambar Medusa. Haha...)

What's this?

You are currently reading Analisa Kegemukan (Tulis Tanpa Gangguan PAH) at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...