APLIKASI PSIKOLOGI SOSIAL DALAM KERJAYA
oleh
KHAIRUL SYAHMI BRAHIM/ 3
98419
Tugasan yang diserahkan untuk memenuhi sebahagian keperluan
bagi STU 242 – Psikologi Sosial
Pensyarah: Dr. INTAN HASHIMAH MOHD HASHIM
Tutor: CIK NUR NABILAH BT JELANI
Pusat Pengajian Sains Kimia
Minor: PSIKOLOGI
Universiti Sains Malaysia
6 APRIL 2010
BAHAGIAN PERTAMA
DESKRIPSI KERJAYA PILIHAN SAYA
Setelah menilai beberapa faktor seperti kecenderungan minat dan latar belakang pendidikan, saya ingin memilih kerjaya dalam bidang sains kimia. Jawatan yang menjadi pilihan saya adalah ahli kimia polimer (polymer chemist).
Saya merupakan pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Sains Kimia, major dalam sains gunaan (kimia industri). Bidang pengajian saya menjurus terus kepada penggunaan kemahiran ilmu kimia dalam bidang industri negara. Salah satu cabang industri yang semakin bertapak kukuh di Malaysia adalah bidang polimer. Salah sebuah kilang polimer di Malaysia iaitu Revertex (M) Sdn. Bhd. merupakan kilang polimer terbesar di Asia Tenggara dan mereka menawarkan peluang pekerjaan yang meluas kepada graduan sains kimia terutamanya produk Universiti Sains Malaysia (USM) kerana Revertex (M) Sdn. Bhd. dan USM telah menandatangai MOU.
Tambahan saya telah menjalani latihan industri di Revertex (M) Sdn. Bhd. dan saya telah dibekalkan dengan pengetahuan yang mendalam mengenai penggunaan polimer untuk kemajuan dan kelestarian hidup manusia. Semasa menjalani latihan industri, saya mendapati bidang polimer memang secocok dengan minat saya dan saya tidak pernah berasa jemu untuk melakukan pelbagai ujian terhadap polimer yang saya hasilkan.
Saya juga berasa yakin dengan pilihan kerjaya saya kerana saya mampu untuk melakukan experimen industri yang ditawarkan dalam program pengajian saya dengan baik dan penuh komited. Saya mampu untuk melakukan tugasan terutamanya yang melibatkan polimer dengan sangat baik sehingga mendapat pujian daripada rakan makmal, pembantu makmal dan peyelia saya.
YZYZ...
huhu... beznyer aku bace...
idop kimia
hahaha.. terharu aku doe.. haha.. aku buat sendirik tau... ehehe...
are u seriously 88..??hurm..nk kena sambung degree polymer kat uitm..tak minat..huwaa..
sedang aku sebok2 mencari page nk apply on9 LI...alih2 jmpe blog ngko???? mmg xpuas hati. what??? hook up w syahmi?? XD LOLZ~
hak hak hak.. blog pojaan ramai kowt..
haha..
hook up tu maksud, hanging around laaaa... hahaha...