Please Click Me

Impian Pemakanan [dari Syahmi yang Gemuk]

Thursday, April 29, 2010 § 1

Seperti yang dijanjikan [chewah, bajet faymes je kan blog aku nih] aku akan berkongsi impian pemakanan yang aku idamkan agar aku mampu untuk menurunkan berat aku sehingga 30kg seperti dulu-dulu. Tak payah gi Slimming Center bagai dah. Haha. Kalau rasa petua ini bersesuaian dengan gaya hidup dan citarasa anda, maka janganlah segan-segan nak mencuba. Sebelum bermula, nikmatilah ayat-ayat pedas manusia di sekeliling aku dahulu, ketika aku mengatakan aku nak turunkan berat badan aku, beberapa tahun nan silam. [Ayat tersebut bukanlah the exact sentence, just a gist nak bagi korang idea about my point]. Sekarang ni, ayat ni macam da datang balik dah lam idop aku.



"Ko tak payah berangan la nak turunkan berat badan."

"Ko tak kan berjaya punya."

"Nak turunkan berat macam mana, kalau makan macam anak jin."

"Konon la x makan siang, malam ko melantak jugak."

"Orang lain kalau bulan puasa berat turun, ko makin naik ni pahal??"




SARAPAN
Kalau boleh, aku nak makan apa-apa je untuk sarapan aku. Pada pandangan aku, xpa la kot nak makan banyak pun pada sebelah pagi, sebab hari baru bermula, dan kita ada lebih kurang 16 jam akan dilalui. Maka makan la banyak-banyak. Tapi aku nak bersarapan yang berkhasiat je. Biasanya aku akan amik nasi goreng sbg sumber karbohidrat dan lemak, ikan sardin atau telur atau nugget sebagai sumber protein dan aku akan amik tomato mentah. Aku x kisah makan banyak pada waktu ini.

MAKAN TENGAH HARI
Masih lagi mengambil nasi dan ditambah dengan ayam dan sayur-sayuran. Tetapi sekiranya sarapan diambil agak lewat, maka lunch akan disekalikan dengan breakfast. Oleh itu, tidak perlulah aku berlunch lagi.

MAKAN MALAM
Cuba untuk mengelak karbohidrat, dan melebihkan makanan yang berkuah seperti sup sayur ka, tom yam ka. Dinner gak x boleh terlalu lewat. Paling ideal pada sekitar jam 7 - 8pm.

SUPPER
No No No. Jangan sesekali amik. Sekiranya telah teramek, sila skip salah satu waktu makan. Kalau terpaksa makan jugak, pilihlah pada ketika ingin stay up dan makan la seawal-awal pagi. Maka supper tersebut akan dikira breakfast.


CARA PEMAKANAN IMPIAN
- Kunyah perlahan-lahan agar makanan akan lebih mudah dihadam. Mengunyah perlahan juga akan memberi masa kepada perut untuk menghantar signal kepada otak bahawa perut sudah mulai penuh.

- Membuang jauh stigma tong sampah dan berasa rugi kalau makanan tak habis. Kita akan berasa rugi kalau tengok makanan tak habis dan mulai membayangkan keadaan kat mana-mana tempat kat dunia ni yang dilanda kebuluran. Dengan berbuat demikian, potensi anda untuk gemuk juga akan semakin tinggi. Cuba anda bayangkan, kalau tak makan, makanan itu akan dibuang. Kalau anda makan, adakah rakyat kat Rwanda ka, Palestin ka, Kemboja ka akan berasa kenyang? Maka kalau anda prihatin, menderma ka, atau amik makanan sikit, bukan nak menghabiskan saki-baki makanan.

- Jika terdapat dua pilihan temu janji untuk makan, sila pilih bukan atas dasar kawan, tapi pilihlah atas dasar makanan apa yang akan disajikan. Kalau nak jaga hati kawan bukan dengan cara makan ikut redah je. Pandai-pandailah nak buat macam mana, pokoknya, anda akan makan yang paling sedikit, paling berkhasiat dan paling jimat.

- Minum air mineral/ air masak dengan banyak. Kurangkan meminum air gula. Air masak adalah baik untuk kesihatan.

- Dan apa2 lagi lah yang aku rasakan berpatutan.


Adakah aku berjaya melakukan semua ini? Mari kita kaji tentatif pemakanan aku pada semalam (28 April 2010)

Breakfast (7.45am)
- Nasi goreng
- Dua ketul Nugget
- Tomato
- Cucur udang
- Kuih lenggang (2)
- Popia (1)

Lunch (3.30m)
- Nasi kandar subaidah (DB)
- Ayam atas peha (1/8)
- Nasi kobis

Dinner (8.45pm)
- Nasi putih
- Ayam peha (1/4)
- Sayur kobis dan sawi mentah)

Supper
- Hot Coffee McD

Early Breakfast
- Nasi lemak separuh
- Ayam dada (1/8)
- Timun 2 ulas
- Sambal
- Telur mata (kuning ada dua)



Maka, anda nilailah sendiri ekh, berjaya atau gagal pemakanan yang aku idam-idamkan tu. Pagi ni for sure aku x amek breakfast dah.

YZYZ

What's this?

You are currently reading Impian Pemakanan [dari Syahmi yang Gemuk] at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 1 Response to “Impian Pemakanan [dari Syahmi yang Gemuk]”

  • kurangkan makan kuning telur sbb lemak kuning telur lagi hebat dari seekor ayam..
    makan nasi sekali aje sehari dan kalau boleh jangan makan nasi terus. sekali seminggu tape. jangan minum kopi malam-malam sebab akan trigger rasa lapar dan akan menyebabkan termakan tengah malam. waw. rasa nak memblog psal makan lah

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...