Please Click Me

Kisah Petom yang Malang 2

Saturday, April 24, 2010 § 0




sedutan episod lepas


Ira: Jum kita balik KL
Emma, Anis, Ayu: JOOOOOOOMMMMMMM

Anis: Ahhh, keta depan nih slow laaaa....
Ira, Ayu: ~Separuh jiwaku pergi, Memang indah semua, Tapi berakhir luka~

Anis: Ahhhh Ira, tolong, tolong, ape yang berlaku.. ahhhh.. Petom kenapa... ahhhh...
Ira: Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami.. Ya Allah.....

Anis: Ira, tayar flat

Pakcik Treller:
Owh sat gi ampa jangan dok kat luaq naaa.. Bahaya, nanti treller mai ka apa ka, terbabas ka. Ampa stay ja dalam keta naaa.. ni pakcik bagi pinjam kon keselamatan kat ampa. Mana tau kot kot ada treller mai ka, depa x nampak bahaya. Takut pakcik naaaa...

Ayah Anis: Kuar dari keta sekarang

Pakcik Taxi: Amoi, marilaaa tumpang saya... marrriiiiilllaaaaaaaaa.....

Ira Sr.: Tayar ko meletup?? KIHKIHKIHKIHKIHKIHKIHKIHKIHKIHKIHKIHKIH

Ira Sr.: Boleh la ko guna telefon kat highway tu. Ingat tak dulu time kecik2 kita nak sangat nak guna, xde kesempatan.. sekarang ko guna lah

Ayu: Jom amek gambar
Anis: Kamera ada lam keta tuh

Abang PLUS [dengan suara macho]: Ada yang boleh saya tolong? Tayar flat? Kat mana saya boleh dapat tayar spare...

Ira, Anis, Ayu: hamna hamna
hamna hamna hamna hamna hamna hamna hamna

PETOM MELUNCUR LAJU....


[Lagu Tema Ditaja oleh Pusat Karaoke SAHABAT:
Lagu MADAH BERHELAH]




Bermulalah suatu kisah...
Kisah pengembaraan penuh magis dan tragis...
Antara Sang Ira, dan rakan-rakannya dalam menempuh perjalanan ke suatu tempat...
Tempat yang jauh...
Tempat yang hanya mampu diduduki oleh para bijaksana dan bangsawan...
Tempat sang mulia berjumpa mahkotanya...
Tempat sang bijaksana berjumpa tintanya...
Dan Tempat Sang Ira berjumpa nasibnya yang malang...
Bersama teman sejati yang dinamakan...




BOB BOB PETOM WASYI WASYI



Syahmi yang Hebat mempersembahkan, sebuah kisah pengembaraan yang ditaja oleh Pusat Karaoke SAHABAT...

Sebuah kisah yang menyayat hati...


KISAH PETOM YANG MALANG


Sesampai rombongan bertuah ini ke kampung Kak Ira yang terletak entah di mana itu, kelihatan hanya sebuah tempat parking sahaja yang tertinggal. Dan tempat parking itu betul2 berada di hadapan rumah Nenek Kak Ira. Kak Ira gusar untuk memberitahu perihal yang berlaku terhadap Petom kerana Petom baru sahaja selesai diservis. Kini tayar pula menjadi masalah. Kak Ira juga telah berkira-kira untuk mendapatkan sponsor pakaian kerja yang baru untuk beliau menjalani kehidupan ketika LI nanti. Sekiranya kisah tayar ini sampai ke pengakuan ibu beliau, sudah semestinya harapan untuk membeli pakaian yang baru hanya akan tinggal harapan.

Namun sangkaan Kak Ira ternyata benar. Sebaik sahaja selesai memparkingkan Petom, ibu Kak Ira telah mula perasan akan kelainan pada tayar hadapan sebelah kanan Petom yang berwarna agak lebih hitam. Terus bertanya ibu Kak Ira, adakah tayar pancit lagi. Kak Ira terpaksa memberitahu peri hal yang sebenar.

Baik-baik sahaja Kak Ira berada di rumah nenek beliau, berbunyi lah Express Music beliau dengan Ringtone lagu tema cerita ini [nasi tambah sangat kan].

Ira Sr.: Aku nak pinjam keta ko dua ari bleh x?
Ira Jr.: Asal, nape ngan keta ko?
Ira Sr.: Bumper keta aku tercabut.. Baru lagi ni haaaa....
Ira Jr.: KIHKIHKIHKIHKIHKIHKHKIHKIHKIHKIHKIHKIHKIHKIHKIHKIHKIHKihkihkihkih


Setibanya kak Ira Sr. mengambil Petom, mereka pun memandu kereta yang tercabut bumper itu ke workshop.

Ira Jr.: Macam mana bumper boleh tercabut nih?
Ira Sr.: Aku nak parking, sekali terlanggar divider tu haaa... Aku try la nak reverse
Abg Ipar: Abg ckp dah x dpt, abg nak kuar, kakak ko x bagi.
Ira Sr.: Mana lah nak tau, aku reverse je la, sekali baammmmm, bumper tercabut.


Dengan mengikat bumper tersebut, kereta tersebut pun dipandu perlahan menuju ke workshop.

**********************************************************************************************************
Selesai kejadian itu, maka tibalah masanya Kak Ira menghantar Ayu dan Anis ke rumah masing2. Semasa ingin menghantar Anis ke Shah Alam, Kak Ira terpaksa pergi satu plaza tol [lupa la plaza tol mana] dengan bangganya Kak Ira pun memasuki lane Touch n' Go. Sebelum itu, kad tersebut berfungsi dengan baiknya. Tetapi semasa tiba di plaza tol tersebut, didapati kad tersebut tidak berfungsi. Berkali dicoba-coba ditouch ke pengtouch yang disediakan, namun tidak berhasil. Petom berasa pressure kerana dibelakang mereka ada dua bijik Mercedes. Kad tersebut tetap degil enggan dikesan. Akhirnya, mereka terpaksa mereverse kereta sambil diperhatikan oleh Mercedes dua bijik tersebut. Alangkah malunya Petom pada ketika itu.

Selesai kejadian itu, Petom pun meluncur dengan penuh aib. Setibanya di Plaza Tol Duke, Kak Ira telah mengambil langkah untuk memasuki lane Cash dan Touch n' Go. Kak Ira pun dengan ragunya mengeluarkan kad Touch n' Go nya. Namun nasib tidak menyebelahi. Akhirnya keluar satu tangan dari celah2 cermin tingkap dan mengatakan "RM2.00" [xtau berapa nilai tol tu, tulis je la RM2.00]...

Ira: Akak, boleh check kan x kad ni nape ekh x boleh baca?
Kakak Tol: Sori sini xde reader. Kne pegi service centre kalo nak suruh baca
Ira: Eleh, jaga tol je pun, x yah la nak kerek ngn aku
Kakak Tol: Boleh blah skrg x? Bnyk g keta kat belakang tu aku nak kerekan .. blah skrg


Maka Petom pun terpaksa memblahkan dirinya dengan perasaan hampa...

Begitulah alkisahnya, perjalanan balik mereka yang penuh dengan magis dan tragis...


PARA PELAKON:
(mengikut turutan kemunculan)

Ira Suriati
Idayu Abdul Rashid
Anis
Emma
Pemandu kereta slow
PakCik Treller
Ayah Anis
PakCik Taxi
Ira Senior
Abang PLUS
Ibu Kak Ira
Abang Ipar
Kakak Tol


PENAMPILAN ISTIMEWA
Pemandu Mercedes 1
Pemandu Mercedes 2


PELAKON KANAK-KANAK
Ira Suriati (kanak-kanak)
Ira Senior (kanak-kanak)


PENAMPILAN KHAS
Ayam


TERAJU UTAMA
Bob Bob Petom Wasyi Wasyi


"Tiada haiwan dan harta benda dicederakan ketika kisah ini berlaku, kecuali kaki meja study Kak Ira yang tercabut oleh Ayu dan En. Ayam telah dimakan oleh mereka semua..."

YZYZ

What's this?

You are currently reading Kisah Petom yang Malang 2 at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...