Please Click Me

Kisah Petom yang Malang

Thursday, April 22, 2010 § 0

Bermulalah suatu kisah...
Kisah pengembaraan penuh magis dan tragis...
Antara Sang Ira, dan rakan-rakannya dalam menempuh perjalanan ke suatu tempat...
Tempat yang jauh...
Tempat yang hanya mampu diduduki oleh para bijaksana dan bangsawan...
Tempat sang mulia berjumpa mahkotanya...
Tempat sang bijaksana berjumpa tintanya...
Dan Tempat Sang Ira berjumpa nasibnya yang malang...
Bersama teman sejati yang dinamakan...




BOB BOB PETOM WASYI WASYI



Syahmi yang Hebat mempersembahkan, sebuah kisah pengembaraan yang ditaja oleh Pusat Karaoke SAHABAT...

Sebuah kisah yang menyayat hati...


KISAH PETOM YANG MALANG


Kisah bermula ketika study week baru hendak bermula. Berkira2 la Cik Ira dan rakan2nya yang terdiri daripada Ayu, Anis dan Emma. Destinasi mereka sama, KL ingin dituju. Maka berpunggah-punggah lah mereka menyumbat barang ke dalam Petom. Sungguh kasihan Petom.

Empat jam dilalui dengan penuh sabar dan berani. Setibanya mereka ke destinasi pertama iaitu rumah Emma yang terletak di Rawang, mereka telah menikmati hidangan yang lazat iaitu ayam. Malangnya kisah ayam tersebut kurang pasti, tetapi terdapat kisah ayam yang berbunyi2 dan berlaku peniruan aksi ayam tersebut.

Selepas plaza tol Rawang, Kak Ira pun berasa mengantok yang amat. Maka berlakulah pertukaran pemandu kepada Cik Anis. Sebaik sahaja bontot Kak Ira menjejak tempat duduk sebelah kiri, secara automatiknya mata Kak Ira kembali segar bugar.

Keadaan pada ketika itu sangat lebat hujannya. Dan Cik Anis pula memandu petom dengan amat berhati-hatinya. Beliau hanya mengambil lane tengah sahaja. Pada ketika itu juga tengah berkumandang lagu ANANG, SEPARUH JIWAKU PERGI. Maka Kak Ira dan Ayu pun menyanyikan lagu itu dengan penuh perasaan dan ditujukan khas buat cik Driver. Semasa tengah kusyuk memandu itulah, dirasakan kenderaan dihadapan mereka sedang memandu dengan sangat lembap. Dah la tengah hujan, boleh plak nak maen brek ja. Maka Cik Anis pun mengambil langkah berani mengkorner kereta, namun apa yang mereka tidak tahu, di hadapan mereka ada sebuah bumper. Namun mereka berjaya mengelak, tetapi malangnya berlaku sesuatu pada kaki depan sebelah kanan petom. Cik Anis pun keluar meredah hujan yang membasahi highway untuk memastikan apakah yang berlaku.


Anis: Ira, tayar flat
Ira: Macam mana ni...


Maka mereka pun berusaha untuk menghubungi PLUS, tapi telefon oren kat highway tu plak agak jauh dari tempat kejadian. Makanya, mereka pun menghubungi PLUS menggunakan henset sahaja. Nasib baek kereta tersebut berenti betol2 di hadapan penanda kilometer. Boleh la jugak mereka memberitahu lokasi mereka. Kalau tak, siapalah yang dapat untuk menyelamatkan mereka.. haha...

Semasa menunggu itu lah, datang sebuah trak ka treller, entah la.. Ini isi perbualan mereka:

Pakcik: Pasai apa ni?
Ira: Tayar flat
Pakcik: Owh sat gi ampa jangan dok kat luaq naaa.. Bahaya, nanti treller mai ka apa ka, terbabas ka. Ampa stay ja dalam keta naaa.. ni pakcik bagi pinjam kon keselamatan kat ampa. Mana tau kot kot ada treller mai ka, depa x nampak bahaya. Takut pakcik naaaa...



Pastu Anis call ayah dia...


Ayah Anis: Wiyh, jangan dok dalam keta, nanti ada treller terbabas, lagi bahaya. Kuar dari keta sekarang.


Maka berlakulah perbincangan sesama mereka. Nak dengar pakcik tu bebel or ayah si Anis tu bebel. Maka mereka pun memilih untuk stay kat luar, duduk atas divider dalam keadaan hujan yang teramat la lebat, sambil menunggu kedatangan pekerja PLUS tersebut.

Sementara menunggu itu, datanglah pakcik taxi, tanya mereka nak x tumpang taxi.

Taxi: Aiiyyaa adik, apa pasai? Adik mau tumpang ka. Apa hujan2 duk kat divider tu.. Mali la naek saya punya taxi... Banyak baik wooo... Saya kasi caj paling mulah sama adik manis tiga olang.. Mali laaa.. Mali laaa..
Ira: Xpe la.. kereta ktorang tayar flat.. tgh tunggu pLUS sampai nih..
Taxi: Jum laa jum laaa jum laaa
Ira [dalam hati]: Celaka punya Cina...
Ira: Xpe lahhhhhhh...



Maka taxi tersebut pun memblahkan dirinya dengan perasaan hampa.

Ketika menunggu itu:


Ayu: Kenangan nih, jum kita amek gambar.
Ira: Ayu, jangan nak macam2... [Imagine Kak Ira tengah bebel ye uolss]
Anis: Kamera ada lam keta, jum amik gambar...



Semasa menunggu Kakak Kak Ira pun menkolling. [Assume Kakak Kak Ira = Ira Sr., dan Kak Ira = Ira Jr.]


Ira Sr.: Ko kat mane?
Ira Jr.: Atas highway ni haa...
Ira Sr.: Bila nak sampai?
Ira Jr.: Tayar keta aku pecah la...
Ira Sr.: kihkihkihkihkihkihkihkihkihkihkihkihkihkihkihkihkihkihkihkihkih



Sekali Kak Ira kena gelak dek kakak beliau.
[sesudah selesai gelak]


Ira Sr.: Ko nak aku selamatkan ko x?

Ira Jr.: X payah, nanti ko dtg sini, orang PLUS tu da siapkan keta aku daa.. x payah.. Tapi jangan gtau mama lu tau. Aku nak keadaan tenang lu, baru aku gtau.

Ira Sr.: Baeklah, ko call orang PLUS tu guna telefon PLUS kaler oren tu ke?

Ira Jr.: x laa..

Ira Sr.: Ingat tak dulu time kecik2 kita x pernah dpt kesempatan nak guna telefon tu. Ko guna lah, dapat jadi kenangan. Dulu beria2 nak guna kan...

Ira Jr.: Ahhhhh.. sudah... waktu2 mcm ni la nak ingat kenangan silam la ape laa... dah dah dah...

Ira Sr.: Kihkihkihkihkihkihkihkihkihkihkihkihkihkih



Tak lama lepas tu, abang PLUS pun sampai. Diulangi, ABANG okeyyy, bukan pakcik, ABANG. REPEAT, ABANG PLUS. Bak kata Kak Ira, dah la hensem...


ABANG tersebut pun nak minta tayar spare. Maka mereka terpaksa la menyelongkar boot kereta yang telah mereka sumbat dengan banyak barang. Anis jaga pintu, Kak Ira pegang payung, Ayu memunggah barang. Jadi kesimpulannya, hanya Ayu yang memunggah barang. Selepas itu ABANG tersebut menukar tayar tersebut dengan gighnya, dan mereka telah snap snap gambar ketika proses penukaran tayar itu...

Maka meluncur laju la PETOM di atas highway...

Macam penat la nak tulis... nanti sambung balik ekh, part TWO.. haha



[TUNGGU KEMUNCULAN PART TWO]

YZYZ

What's this?

You are currently reading Kisah Petom yang Malang at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...