Please Click Me

Perjalanan Kelas Terakhir - Part 2

Saturday, April 10, 2010 § 0

Perjalanan diteruskan dengan breakfast kat Taman Tun Sardon. Kol 6.40 Pah dah call nak kejut bangun tdo. Pastu, semayang subuh, siap2 nak gi breakfast. Mandi bagai. Arini aku konon nak jadi skema2 (ari2 biasa pun aku skema gak). Berbaju kolar international student homestay butang penuh, beg sandang ke depan, rambut tempek bergel yang baru beli semalam kat Tesco, menunggu ketibaan Kak Ira n Pah kat kafe Tekun. Pastu gi breakfast kat Taman Tun Sardon, harapan nak makan nasi lemak, sekali sotong abes n Pah lah orang terakhir yang amek sotong. Aku pun membeli seperti kenyataan berikut:


Nasi Lemak = RM 1.20
Telur Rebus = RM 0.70
Daging = RM 1.30
Ikan Bilis Goreng = RM 0.70
TOTAL = RM 3.90

Dan kat bawah ni adalah gambar nasi lemak tersebut:


Whoopsi... Ni gambar setelah aku melicinkan pinggan... Hahahah


Muka mereka yang menemani pagi ku yang indah



Kak Ira yang makan lontong jek pagi tadi...




Pah yang telah menghabiskan sotong... Hahaha




Macam ni la corak kehidupan kebanyakkan rakyat Melayu Pulau Pinang, terutama area sekitar Gelugor. Berniaga makanan merupakan antara sumber pendapatan dan salah satu cara mereka bersaing dengan penduduk bukan bumiputera. Caj yang dikenakan sebenarnya agak mahal, tapi sebab nak survive kan. Kawasan sekitar Taman Tun Sardon memang ramai orang kalau time2 breakfast nih. Tapi aku x amek gambar la.. Ingat blog aku ni suka2 nak buat promotion... Bayar arrr...

Semasa nak makan tu, kami dihiburkan dengan pemuzik jalanan. Mereka merupakan warga emas yang mencari duit dengan menyanyi dan bermain muzik. Mungkin mereka adalah pasangan suami isteri. si Isteri menyanyi dan si Suami yang buta bermain keyboard. Not bad la dorang main n nyanyi, just aku x amek gambar. Nanti kalau ada kesempatan, aku amek gambar ok...

Cuma aku kagum dengan kesungguhan mereka untuk mencari duit. Waktu usia2 macam dorang ni, x payah la nak sibuk kuar mencari duit dah. Duk rumah je la... Anak dorang mana agaknya. Tak kan x mampu kot nak sara mak ayah bila dorang dah tua macam tu. Nauzubillah, jangan la aku jadi sekejam tu kat parent aku nanti.

Pas abes breakfat, aku direct gi kelas KIT 254, kelas terakhir aku. Waktu kelas tu, ada test. Aku memang da tau da dan aku x study apa pun. Bak kata Dr. Ros,


"You as a chemist, u should have common sense with chemistry. You should know what the question want. In life u'll face lot of unexpected incident and u must be able to use your common sense"

Lebih kurang gtu la apa yang dia cakap.
Pas abes kelas tu, aku naek bas pusing satu round USM, then balik bilik tulis post yang sebelum nih... Hahahah...

Baeklah, setakat ni dulu, nanti aku tulis lak ape yang aku buat nak teman Khairy dinner ekh... Hahah

Bubbye...

YZYZ...

What's this?

You are currently reading Perjalanan Kelas Terakhir - Part 2 at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...