Please Click Me

Puasa: Menyucikan Hati dan Badan

Friday, April 9, 2010 § 0

Terlalu ramai orang bercakap tentang kelebihan puasa...
Daripada Al-Quran...
Hadith dan Sunnah...
Kajian Saintifik...
Amalan para ulamak...
Dan sebagainya...


Ada juga yang menulis tentang puasa, tapi quote daripada orang laen...
Before aku bagi opinion aku, aku nak cakap salah satu stand aku ketika bercakap dan menulis...

Memberi pandangan dan memberi fakta adalah dua benda yang berbeza...

Fakta adalah sesuatu yang telah disahkan dan mungkin berubah mengikut masa dan hasil kajian dan blah blah blah...

Pandangan adalah hasil dari self observation... Pandangan datang dari fikiran dan hati si pencakap... Aku paling anti bila ada somebody sesuka ati gunakan pandangan orang lain untuk bercakap or berhujah... Kalau boleh, kalu nak bagi pandangan or pendapat, biarlah datang dari diri sendiri, bukan simply quote dari percakapan orang lain... Aku menyampah mendengar lebih2 lagi kalau pandangan aku yang korang senang2 nak quote... Tetapi sekiranya anda memerlukan untuk menggunakan pandangan seseorang, please please please acknowledge them... Refer balik statement siapakah itu... Bercakap menggunakan lidah orang lain hanya menunjukkan kebodohan anda...

Baeklah, kembali kepada cerita asal...
Semalam (8 April 2010) aku puasa sunat. Entah apa hidayah tiba2 terasa nak puasa. Allah telah memilih aku untuk aku berpuasa semalam... Terkenang kejadian ketika di matriks dahulu. Perbualan ini antara aku dengan Saudara Azizul Julirin, Pengerusi Surau Al-Irfan (tu ka jawatan Azizul). Perbualan ini berlaku selepas satu solat Subuh berjemaah di surau Al-Irfan.

KS: Akhirnya aku berjaya solat Subuh berjemaah
AJ: (sambil memeluk aku) Alhamdulillah Allah telah memilih kau untuk berada di sini pagi ni


So aku kira Allah telah memilih aku untuk aku berpuasa sunat dan memberikan hidayah buat aku yang aku kira da jauh terpesong...

Selepas aku puasa tu, aku perasan suatu benda, aku lebih menjaga solat aku. Aku sentiasa memikirkan solat aku dan aku mampu untuk solat dengan lebih Kusyuk. Aku juga mampu untuk mengawal nafsu aku. Selain tu aku juga berjaya mengawal aurat aku dari dilihat oleh terlalu ramai orang. Malah segala yang aku lakukan hari ni, aku niatkan kepada Allah, bukan lagi macam biasa...

Alhamdulillah, sekarang tugas aku untuk mengekalkan keadaan ini dan aku tahu dugaan banyak untuk aku kembali terpesong. Aku harus tabah...

Kepada sesiapa yang membaca post ini, hidayah dan pengampunan Allah tidak kira siapa2. Asal kita ikhlas kerana Allah Taala. Aku berharap post ini dapat memberi keinsafan buat rakan2 yang mempunyai perasaan ingin berubah kepada yang lebih baik. Bersama2 doakan aku agar aku mampu untuk menjadi muslimin yang sejati. Tolong aku untuk keluar dari keadaan sesat dan terus berada dalam keredhaan Allah S.W.T... Amin...

YZYZ...

What's this?

You are currently reading Puasa: Menyucikan Hati dan Badan at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...