Please Click Me

Archive for May 2010

Selamat Malam

Monday, May 31, 2010 § 1

Malam tadi merupakan kali ketiga aku karok lagu nih...
Aku addict la plak ngan lagu nih...
Somehow, something is bothering me about this song...
And I just wannna share it with someone...
But no one is suitable...
Not their harsh opinion that afraid me the most...
But the truth they'll get will bother me...
Anyhoo...
Henjoy this lyric...



SELAMAT MALAM

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku


Just as the meaning of this song...
I believe everything gonna be fine soon...

SELAMAT MALAM SAYANG...

YZYZ...

Too Much Drama, Too Much Secret

Sunday, May 30, 2010 § 0

This kinda feelings n drama n secret have been wandering around me. Some people might think that I'm stupid, some might think I'm disgrace. But the real think is, no one know inside me.

I'm afraid people might judge me the wrong way. It's take time for me to unleashed everything. The 'Adamaya' drama that all of u claim is inside ur fist, is just a gist. There's something else that I've hiding for a very long time. The 'Adamaya' thingy just the consequences that I glad to share. It's more complicated than u think n u could imagine.

The Drama, The Secret, it's just killing me. All of the opinion and advice that i receive from anyone around me, appreciate it very much, but somehow, it's only helping on the explicit, implicitly nothing of it could ever help me, even a bit.

I'm fighting with my own ways. Not much people know the inside, the other part of the story. I'm not blaming anyone, it's just me the one that not yet ready to unleashed stuffs inside my vault. And I'll never unleashed it. Never ever.

Let me handle all of my probs with my own way. The thing that u see outside is not necessarily same as the thing that happens inside. And I swear u don't wanna know what really happens. It's ok if people only stuck with the 'Adamaya' thingy. Even their judgement, opinion and advice only based on that situation, I appreciate it much. However, there are other part that I kept a secret.

YZYZ...

Dappp Ehhh...

Saturday, May 29, 2010 § 2

Apabila kita akan mendapat sesuatu, kita tak akan mendapatnya dengan mudah, Pasti ada saja halangannya. Sama macam aku nak grad nih. Sebelum aku dapat scroll, banyak gila halangan aku nak tempuh. Tapi aku yakin, once aku da dapat get through segala benda nih, baru lah hasilnya nanti sedap. Kalau aku x dapat get through, maka aku akan gagal di tengah jalan. Tiga tahun beb study, sekali fail sebab benda2 remeh macam nih.

Pertama, aku fail satu paper. ZCT104 to be exact. Hasilnya, aku terpaksa buat KSCP walau macam mana sekalipun. Tapi disebabkan KSCP, maka tangga gaji aku jatuh dari 41 ke 17. Banyak woo beza dia. Kerja sama ja, tapi gred jatuh. Sebab 3 unit ja. Bersabarlah. Korang jangan nak mengada2 minta belanja dari aku, kalau x nak kena sepak.

Dalam proses nak buat KSCP tu pun punya lah banyak problems. Probs ni melibatkan dua Skul. Fizik dan Kimia. Fizik buat sistem manual. Kimia lak ikut sistem baru. Sekali dua2 clash, ktorang student ni la yang menanggungnya. Selama tiga ari kot aku turun naik turun naik ke Skul Fizik dan Kimia untuk setel benda nih. Nasib baek ada BamBam. Senang sikit aku nak bergerak. Dorang ni ingat macam aku takda kerja ja kat ofis nak mengadap muka diorang ja. Akhirnya, segala dah setel. Tinggal ari Isnin nih, nak bincang ngn Dr. Ng tentang kelas bagai. Harap exam dia bukan jatuh pada 11 atau 12hb Jun ja. Time tu aku da kena gi TOT PIMPIN dah. Kalau clash gak, fight agi la jawabnya. Huhuhu...


Sekarang ada satu lagi masalah yang aku terima. Aku riupanya ada hutang ngn Bendahari USM. Terpaksa la aku meminta ihsan daripada ayahanda aku dulu. Hmmm.. fight agi...

Gitulah.. Fight is my second name...

Ti bila dah suma setel dan aku berjaya grad..
barulah aku boleh cakap...

DAPPP EHHH...

Huhuhu...

YZYZ...

Teringin

Thursday, May 27, 2010 § 1

Sesekali, ku rasa teringin, melewati hari yang berlalu...

Alamak, ternyanyi la plak...
Hahaha, xpa lah...
Actually, tiba2 aku rasa teringin kepada sesuatu...
Tapi jika aku mengingini sesuatu itu...
It comes with cost that I have to pay...
Makanya, sanggupkah aku membayar benda itu...

Aku selesa dengan keadaan dan situasi aku sekarang...
Cuma aku rasa dah masanya untuk aku mula berubah...
Mencari apa yang kurang lengkap...
Tapi sebelum itu...
Aku nak habiskan saki baki yang tertinggal dengan big bang...
Baru senang sikit aku nak get over...

Biarlah, tengok macam mana aku nak buat nanti...
But I'm not that desperate lah...

YZYZ...

Thanx ConvEx 2010

Wednesday, May 26, 2010 § 4



Dilantik sebagai faci kem Team Building ConvEx pada saat2 terakhir [1 ari setengah before ari kejadian], tak bermakna aku x leh perform dalam program itu. Walaupun baru memasuki team, tetapi aku berusaha catch up segala kerja dan mencuba menjadi proAktif dan menggunakan pengalaman aku sebagai urus setia kem PIMPIN Siswa selama ini.

Banyak benda yang aku belajar daripada kem ini. Aku mengenal orang, aku berkhidmat setulus hati, dan aku mampu sedikit sebanyak membezakan rakan2 dalam kerja ataupun luar kerja. Banyak benda yang aku belajar daripada mereka semua ini sebenarnya. Terlalu banyak. Siapa sangka aku mampu belajar di mana2 ja kan.

Walaupun hampir kebanyakkan peserta adalah kawan2 aku sendiri, tapi itu bukanlah advantage buat peserta mahupun aku sendiri. Kem ini merupakan batch pertama aku setelah bergelar PKS. Mereka merupakan eksperimen pertama aku, dan segalanya went well. Terima Kasih kepada anda semua, kerana menjadikan segalanya mudah.

Antara pengalaman yang paling manis aku kira sepanjang kem ini adalah, ketika kami terperangkap kat pulau kat tengah tasik tu dalam keadaan hujan yang teramatlah lebat. Hujan bercampur angin memang sangat sejuk. Aku jangan kata lah. Memang basah lenjun. Siap sembahyang dalam keadaan hujan tu. Tapi dalam keadaan macam ni, nampak semangat berpasukan dalam diri kebanyakkan ahli ConvEx'10 dan sebenarnya benda macam ni membuatkan aku jadi terharu seketika. Roti kering dan 3 botol air untuk 30 orang peserta, memang survive la engkau. Keadaan tu berlarutan hampir 3 jam kot. Hujan start turun dalam kol 5.15 am, dan dorang ni buat lake crossing kol 8.30 am kot.

Anyway, tahniah kepada team ConvEx kali ni di bawah pimpinan Siva dan jentera2 beliau yang kuat. Gabungan orang lama yang berpengalaman dan orang baru yang mempunyai semangat ingin belajar yang tinggi. Harapnya, gabungan ini cukup mantap untuk menggegarkan majlis Konvokesyen aku nanti. InsyaAllah.

YZYZ...

Bom Jatuh Sebijik...booomm...kebaboomm....

§ 0



Semalam, aku diserang dengan satu serangan yang hebat...CHEWAH...!!!xblah blah ayat aku..hahaha........

Semalam result Provisional telah pun keluar, dalam kepala hotak aku nih, aku dah boleh agak macam mana rupa resul tersebut. Dan seperti yang diduga, aku gagal paper ZCT104. Benci betol aku...

Kejadian itu cukup untuk membuat aku terdown dan terlost buat seketika. Lepas dapat resul tu, aku lost. Aku buat kerja macam robot yang xda perasaan. Then aku gi breakfast pun makan roti cheese dalam keadaan mamai. Pastu aku naik office, aku kumpul segala kekuatan yang ada, kemudian mendrive BamBam pergi ke Skul Kimia.

Sampai kat Skul Kimia, aku pun disuruh oleh staf di situ untuk mendaftar kat Skul Fizik. Sampai kat Skul Fizik, rupanya paper tu x offer buat KSCP. Aku merayu, aku menggoreng, akhirnya dorang consider, tapi kena minta surat dari Skul Kimia dulu. Then dorang suruh aku gi print CanGred. Sampai2 je ke Skul Fizik, dorang kata dorang akan buka paper tu jugak untuk KSCP, tapi kena mai keesokan harinya.

Then aku pun pulang ke ofis dengan sedikit kelegaan di hati. Petang tu, kami PKS suma buat meeting penyelarasan tugas, dan aku da start buat planning apa benda yang kena buat. Siapkan kerja, then balik bilik, malam tu kuar tengok wayang. Cerita Bounty Haunter... Ni la poster movie tersebut.

Cerita dia tak la best sangat, cuma aku suka tengok Jennifer Aniston jah. Kalau nak buat comparison, Date Night lagi lawak kot...

Lepas movie, kunun nak cari Nasi Lemak Liverpool, sekali tak jumpa, last2 makan kat Istimewa jah... Hahaha...

Actually ada beberapa benda yang aku nak highlight kat sini.

Semalam, aku rasa aku berjaya kontrol emosi aku dengan agak baik. Dalam keadaan yang tertekan, aku x marah or maki sesiapa pun. Cuma bermuram durja ja lah. Dah tu sekejap lak tu. Ada la sejam je, then aku da dapat spirit aku balik. Then fight dengan sangat baik. Sat gi nak kena sambung fight plak, dengan lecturer tu. Tapi takpa lah.

Setakat ni saja...

YZYZ...

OPOCOT

Thursday, May 20, 2010 § 0

Entah kenapa aku cepat sangat letih minggu nih. Aku tak tau kenapa. Kalau kata tak cukup tdo, aku rasa everyday aku tdo around 5 - 7 jam. X cukup ke. Kalau kata kerja banyak, aku rasa, xda la banyak mana pun lagi aku perform. Time jadi PU aritu, lagi melambak kerja2 yang aku kena setelkan. Aku rasa, maybe lah, maybe sebab kat ofis ada satu penyakit baru. Penyakit Melatah.

Nak tau macam mana keadaan kami kat ofis, lebih kurang macam ni lah...





cuma, latahan kami lebih lucah dan lebih cute daripada mereka.

Aku sebenarnya, tak la kuat melatah. Aku melatah light2 ja. Setakat sebut balik perkataan. Tu pun hanya sesetengah condition ja. Tapi sekarang, orang panggil nama pun aku boleh melatah. Boleh tak? Aku jadi makin teruk sekiranya ada rakan semetalahan. Kalau rakan melatah ni xda, aku x melatah, tapi sebab ada teman lah aku akan terikut-ikut.

Letih kot melatah ni. Letih dia, hanya orang yang melatah ja yang faham. Satu sebab aku rasa kenapa aku cepat letih bila melatah, sebab bila melatah aku akan terkejut, dan jantung aku akan tersentak dan seterusnya menghasilkan pergerakan motor pada badan aku. Kedua, bila body aku da start bergerak, mestilah guna energy dan biasanya energy yang digunakan sangat banyak sebab otak hantar signal untuk bersedia atau signal tindakan refleks. Lebih kurang macam bila tangan tersentuh air panas. Ketiga bila kita kontrol untuk tidak melatah, pun guna energy jugak, body akan guna energy lebih untuk halang badan bergerak. So seolah-olah ada dua signal dalam badan. Unconsciously suruh bergerak, dan secara sedar suruh tahan dari tidak bergerak. Dan juga beberapa faktor pemangkin lain yang menyebabkan aku letih bila melatah.

Ada colleague kata, suruh aku kontrol melatah. Dorang kata jangan buat2 melatah, nanti jadi kekal. The thing is, aku tak buat2 pun melatah tu. Benda tu nak datang, aku dah cuba sedaya boleh da nak kontrol. Bila orang tanya, aku ni melatah ke tak, jawapan aku simple je. Aku akan kata TAK, sebab aku nak fool mind aku. Aku nak buang mind set aku ni melatah. Jadi bila masa aku melatah, bukan sebab aku buat2 melatah, tapi memang aku betul2 melatah, however aku deny aku ni melatah. Defense mechanism kot.




Kalaulah melatah ni ada button macam nih, aku nak tekan pause je sepanjang masa. Huhu..

Makanya, dalam kita henjoy2 tgk kawan kita melatah, kadang fikir la jugak dalam kasut mereka. Betapa seksanya dan letihnya mereka. Sekali sekala tu xpa la. Kalau sepanjang hari, penat jugak woiy. Kadang ktorang ni melatah benda2 yang bukan2 macam carutan dan rahsia2. So maafkanlah kami jika kami tercarut or terpecah rahsia anda ketika kami melatah.. Huhu..

YZYZ

Hari Pertama Masuk Ke Ofis

Monday, May 17, 2010 § 0

woww... Syahmi masuk ofis kee.. Iye ke.. Memang itu la hakikatnya.. Ewahh.. Today punya first day, xda la teruk sangat waktu cam L.I dulu. Nak kena cerita ka, apa yang berlaku waktu L.I tempoh hari (bahasa lama tu). Haha..


1st Day L.I

Sampai Ayer Itam (Johor) subuh2 lagi. Berenti lak kat terminal tol. Dengan kesejukkan dan tak tau apa2, mencari la taxi. Struggle sana, struggle sini, sampai la ke Kluang around 8.15 am. Bersiap bagai, masuk la lam ofis chemist. Ari pertama, setengah hari ja aku da dok menunggu lam bilik meeting ja. Menunggu lab coat la, jacket la, google la, kasut keselamatan la... Lunch hour lak, tak tau kat mana cafe, dan aku pun tak tau mana nak pegi, maka aku habiskan lunch hour aku dengan tidur. Ye la, malam sebelum tu aku x sempat tdo lam bas. Then around 2.30 pm, barulah supervisor aku bagi aku masuk lam lab, kenalkan la lab tu bagai. Sebelum tu dia ada bagi baca satu buku nih. Dia expect aku baca buku tu time aku tengah ngantok okey. Lepas berkenalan bagai ngan orang2 lam lab, dia suh aku lepak kat ofis chemist baca buku tebal kaler merah tu. Tertido beb. 5.30pm, abes ofis hour, aku balik, tapi xda rumah lagi. Akhirnya atas bantuan seorang kakak ni yang kerja kat admin, terjumpa gak la aku rumah. Dok sekali ngan pengawal keselamatn kat situ, which I recalled, xde la nice sangat pun.



1st Day Kerja

Solihin a.k.a rumet ku terkejar2 turun. Rupanya dia tak tau ofis hour kat USM ni kol 8.10am. Sampai kat PUMA, pintu ofis x bukak agi. Aku pun mencari la tali pinggang yang aku simpan kat bilik sekretariat sebelum tu. Abes pakai tali pinggang, kami suma dok melepak borak2 kat lam opis. Gelak2 sambil kongsi gossip panas.. Haha.. Then dikhabarkan akan ada pelawat, maka kalut la semua orang nak kemas ofis. Sekali pelawat tu x jadi mai. Tak pa la. Aku minta kerja kat Tok Wan. Dia bagi aku kerja translate suma peraturan PUMA jadi bahasa Inggeris. Okey aku pun buatlah. Then waktu lunch, gi makan ngn Pah, Nat, Tok Wan n Solihin. Balik dari lunch, sibuk plak nak siapkan borang KWSP. Pastu kami pun pecut ke KWSP menggunakan BamBam. Sekali, naah amek kau, Kishi quit nak jadi PKS, sebab dia dapat offer ke Dubai kot kalau x silap. Hmmm... Dah kurang satu geng. Pastu balik ofis, aku drive BamBam balik CG, sebab satgi nak anta balik BamBam tu kat tuan dia.


Gtulah perbandingan antara 1st day L.I dan 1st day aku masuk ofis.. Haha.. Typical entry ja.. Arap x bosan la baca.. Haha..

YZYZ..

The One With 200th

Sunday, May 16, 2010 § 0


Baeklah, ini adalah post ke-200 blog aku.. untuk post kali ni, aku nak bercerita tentang apa yang akan berlaku esok dan juga arinih. Nak announce kan. Hahaha...


Esok merupakan hari pertama aku masuk kerja. Iya, aku dah dapat kerja, walaupun cuma kontrak. Aku mengulangi apa yang Kak Tini buat (Kak Tini ni step sis aku). Dulu Kak Tini ada cerita yang Kak Tini tak sempat pun nak rasa menganggur. Lepas abes belajar je, terus dapat kerja. Sama la jugak kat saya, well merasa la jugak menganggur selama seminggu. Haha. Tapi apa plon, esok aku da mula masuk ofis. Maybe kerja aku x la sehebat fresh graduates yang lain, tapi boleh lah nak sara aku hidup kat Penang ni tanpa bantuan family. But still bulan pertama ni, aku masih memerlukan bantuan ayah aku. Gaji xda lagi laa.. Hahaha..

Arini jugak, aku da berenti nomad buat seketika. Selama ni aku lompat ke sana, ke sini, tidur sana, tidur sini. Akhirnya arinih aku masuk CG dan menjadi rumet Solihin. Ni kali kedua aku rumet ngn mamat nih. Kali pertama lu, aku jadi rumet simpati, sebab aku x dapat kunci agi. Nak menumpang jap kat bilik dia. Arini aku jadi rumet betul. Apa plon, kenangan aku nomad bersama Pah n Khairy tetap lam ingatan. Aku akan sentiasa ingat kenangan ktorang nomad ke sana ke sini, especially bersama Khairy. Bro, this is the one we're gonna tell others. This is the story that will come up. Sambil tengok Adamaya laa, tengok Thomas Cup laa, Khairy merajok laa, tengok Abang Azhar hafal skrip laa, tidur peluk-peluk (ooppss, terpecah lobang lak, sorry Khairy).. hehe..

Banyak benda nak share pada post ke-200 nih. Tiba2 aku nak peclobs segalanya. Hahaha. Ada satu benda lagi nak gitau lam post kali nih. Selepas sekian lama aku merasakan aku akan dapat melupakan seseorang dari hidup aku, tapi rupanya, perasaan itu susah untuk dipadamkan. Ingatkan dalam beberapa hari ni, bila aku da tak terpikirkan dia, aku da lupakan dia, rupanya arini gak aku sedar, aku still menyimpan perasaan itu. Agak sukar untuk dibuang. Biarlah. Aku dah tak kisah. Aku cuma harap kau bahagia dengan apa yang kau buat, dan aku harap ko akan sentiasa ingat kat aku, ingat segala kenangan yang kita lalui. Harap ko tak lupakan aku dengan mudah. Semuga ko berbahagia. Amin

Rasanya takat tu la dulu, nanti aku akan mengupdate lagi.. Haha...
Bittom la plak..
Bubbye...

YZYZ...

Mimpi Ngeri Di Jalam Elm

§ 0


Semalam, semasa sibuk mencari umah sewa, berkesempatan untuk tengok satu muvie yang x la baru sangat. Da kuar 10 ari kot. Muvie tu adalah Nightmare On Elm Street... Inilah poster muvie tersebut...





Cerita ni adalah remake kepada 1984 A Nightmare on Elm Street. Nak bagi sinopsis cara aku sendiri...

Cerita ni bermula apabila salah seorang high school student (I suppose) mendapat satu mimpi ngeri dan mimpi itu menjadi kenyataan dan akhirnya beliau terbunuh bersama-sama mimpi itu. Rupanya setelah dikaji, mimpi tu ada kaitan dengan kisah hidup mereka2 ni waktu dorang kecik2 dulu. Ruapanya, waktu dorang kecik2 dulu, dorang suma ni pernah dok satu tadika sekali. Pastu dorang ada seorang gardener yang bernama Freddy. Freddy sgt sayang kanak-kanak ni.Tapi rupanya, Freddy ni adalah pedophile (rasanya lah, dorang x mention tp boleh agak kot). So bila kantoi ngn parent budak2 nih, maka parent ni suma mengejar Freddy dan membakar Freddy hidup2. Parents suma berpakat untuk buat semua anak dorang nih lupakan kejadian tu. Bertahun2 lepas tu, berlaku satu kematian kat Springwood, melibatkan seorang remaja lelaki yang bernama Dean. Beliau mati disembelih semasa tidur. Kejadian tu berlaku di depan mata Kris, salah seorang member dorang. Maka Kris pun struggle untuk tahu kejadian sebenar. Bila dia dah dapat tahu, then dia pun struggle untuk survive, which bring us kepada watak Jesse. Dari Jesse, timbul plak watak Nancy dan Quentin. Lepas tu, Nancy dan Quentin pun fight ngan Freddy. Nak tau cerita selanjutnya, tengok la muvie tersebut.

Genre macam nih mmg salah satu genre kegemaran aku. Slasher. Dan cerita ni berbeza daripada Slasher/ Horror muvie yang lain mcm Final Destination ka, I Know What You Did Last Summer ka, sebab cara penyampaian berbeza. Watak Utama adalah Nancy dan Quentin, tapi dorang muncul secara signifikan pada pertengahan cerita. Mula ingat cerita ni berfokus kepada Kris dan Jesse. Lepas tu, dorang semua fight ngn basic human instinct which is tdo. Sapa yang dapat tahan, tak tdo selama tiga ari?? Kita pun jadi gelisah bila tengok dorang start pejam mata. Then kita tertanya2 apa misteri cerita ni sebenarnya. Apa yang hantu tu nak??. Kebiasaan horror/ slasher muvie, watak jahat tu sebenarnya tiada kaitan ngan kumpulan watak utama atau watak jahat muncul sebab dendam atas kesalahan yang dibuat oleh kumpulan watak utama. Tapi dalam cerita ni, kumpulan watak utama memang adalah mangsa semenjak dari permulaan cerita lagi. Da dorang ni suma jadi mangsa pedophilia.

Tapi satu faktor yang buat aku suka muvie ni, adalah flow pergerakn muvie tu unsangkarable. especially perjalan watak2 utama. Siapa sangka rupanya orang lain adalah watak utama dan watak2 supporting berlakon seolah2 watak utama. Cuma satu tak paham, macam mana Freddy Krueger to boleh wujud ekh?? Bleh tak somebody explain through science or psychology... Tak berapa nak dapat terima. Haha..

Anyhoo, selamat menonton muvie. Lepas tengok cerita tu, layan Iron Man 2 lak. Tapi light2 je la. Bukan genre faveret aku pun cter macam tu, plus aku tak follow Iron Man dalam bentuk filem, kartun mahupun komik... Hahaha

YZYZ



NOMAD

Friday, May 14, 2010 § 0

It's been a week since I last update this blog...
Busy la nyah...
Hahaha...
Sepanjang seminggu ni, aku busy dengan pelbagai benda...
And the highlight adalah seminar FYP...

Isnin lepas aku buat Viva FYP aku. Banyak [actually x la banyak] benda berlaku. Dah lah aku datang lewat, skip majlis pembukaan and to top it, aku adalah orang paling last untuk present lam group lecturer aku... Makanya, aku observe lah bentuk pertanyaan examiners. Maka bila [resah, ingat saat indah] tiba giliran aku nak present, aku patahkan segala bentuk persoalan yang mungkin examiner tu tanya. Sekali rupanya, aku sedang berhadapan dengan dua orang Prof. Madya, yang dah dedicated almost of their life dengan experiment, report dan viva. Percaturan salah, strategi backfire bila mereka tanya soalan yang simple, but sangat tajam. Aku x reti nak jawab, akhirnya aku made up la dengan jawapan sendiri. Serangan seterusnya, apabila mereka meminta opinion aku dalam sesetengah aspek. Aku ni dah lah x grad lagi, suruh lak tnya opinion. Sekali doctor aku masuk, naahh, makin la aku kelam kabut nak bagi opinion. Sekali aku bagi ja la opinion apa ja yang aku rasa sesuai. Hampeh... Hahaha... Apa plon, final report da submit, maka aku da bebas dari FYP. Just tunggu gred ja lah... Hahaha

Sepanjang minggu ni jugak la aku nomad sana sini. Ke mana hala tuju aku, tak yah arr aku nak gtau. yang penting aku nomad.. Haha...

Rasanya takat tu dulu arr.. Tulis panjang2 kang orang bosan lak nak baca.. Bubbyyee... Hahaha...

YZYZ

Kisah Jejaka dan Gadis

Thursday, May 6, 2010 § 0

Berkira-kiralah seorang jejaka, dalam keadaan demam, menghabiskan saki baki slide pembentangan LI beliau, kerana beliau harus membentangkannya pada petang itu. Bersiap-siaplah si jejaka memakai kemeja SEED, berjalur hijau, berseluar slack SEED tetapi bukanlah berwarna hijau, bertali pinggang juga dari jenama SEED. Kemudiannya menyarung jacket coklatnya yang turut dibeli di kedai yang bernama SEED.

Setelah habis membentang, si jejaka pun pergi ke kelas ZCA101, Mechanics. Setelah selesai kelas tersebut, ketika ingan pergi ke PUMA, si jejaka telah dipanggil oleh kawannya...


Kawan: Syahmi, syahmi, jom la ke mari kejap
Jejaka: Nape? Aku nak cepat ni
Kawan: Ko tak nak ke derma darah, jum laaa... ConvEx buat derma darah petang ni
Jejaka: Aku tak boleh la, aku demam sekarang, aku amik banyak ubat. Doktor tak bagi.
Kawan: Owh, xpe la macam tu.
Jejaka: Korang nak gi mana nih?
Kawan: Kami nak gi bilik gerakan ConvEx.
Jejaka: Owh, nak tumpang boleh? Aku nak gi PUMA nih.
Kawan: Yang tu, ko kne tanya tuan punya keta dulu laaa.
Jejaka: Sape?
Kawan: Tuuuuu..... [sambil memuncungkan mulut]



Maka si jejaka pun berjalan menghampiri si gadis. Tanpa diketahui si jejaka, rupanya jantung si gadis sedang berdegup dengan amat kencangnya. Melihatkan si jejaka dengan kemeja, seluar slack dan jacket [tajaan SEED] membuatkan si gadis gundah gulana. Si jejaka semakin hampir badan si gadis, membikin hati si gadis jadi makin tidak keruan. Apa yang harus dilakukan oleh si gadis. Berdiri sahajakah, atau cuba untuk menggodakah, atau membiarkan sahaja si jejaka berlalu.



Jejaka: Pahhh, nak tumpang keta boleh tak? Nak gi PUMA.
Gadis: Owh, boleh je. Ktorang pun nak gi bilik gerakan ConvEx. Jum la naik sekali.
Jejaka: Owh, tengkiyu...



Si gadis terus cair apabila berpeluang bercakap dengan si jejaka. Si jejaka tidak menyedari bahawa ini semua berlaku, sehinggalah malam semalam.

Haha..

[seperti yang dijanjikan, cerita ini akan masuk blog, baru mantap sikit, baru cepat sikit KRU nak buat TV series blog nih. Hahaha]

YZYZ

Stick A Fork, I Am Half Done

§ 0

Yesterday was my last paper for this very semester. But my journey not yet finish, as I have to peprare for my viva. Yesterday's paper supposedly to be done in 3 hours, but I manage to do it about 1 hours 15 mins.

However, this my compulsory post everytime I finish my paper. My real post is about to post in about, let's say 30 mins.. Hahaha

KUMPULAN

Wednesday, May 5, 2010 § 0

Pagi ni study balik paper STU242: Psikologi Sosial. Baca, punya baca, sampai la satu bab, Bab 11: KUMPULAN. Aku buat presentation tajuk nih. Sepanjang aku present, orang-orang yang selalu bermain kat kepala aku adalah Pah, Khairy, Abang Azhar, Nat, Akim, Kak Ira, Mark, Ayu, dan lain-lain. Lepas beberapa lama aku present, arinih akhirnya I have gut to tell this to public.


[Kepada kawan-kawan ku, ini merupakan pandangan saya hasil daripada pembelajaran dalam kelas. Korang patutnya berbangga sebab aku guna korang sebagai contoh on the other day, walau aku x mention nama, mengatasi kawan rakan saya yang lain]...



Manusia adalah obligatory interdependence. Makanya, kita akan mencari kawan2. Setelah kita berjumpa kawan2 kita, interaksi akan wujud dan akan menghasilkan kumpulan. Akhirnya kumpulan ini akan dikategorikan sebagai kumpulan persamaan identiti or kumpulan persamaan ikatan. Alhamdulillah, kawan2 saya kebanyakkanya adalah kumpulan persamaan ikatan, di mana interaksi bersemuka adalah tinggi. Kumpulan juga dibentuk kerana setiap ahli mempunyai minat dan hobi yang sama. Perasankah anda, kita semua mempunyai minat yang sama seperti menyanyi, movie, makan, loitering, menari, melihat pompuan cantik dan lelaki hensem, dan sebagainya. Sebab itu kumpulan ini senang untuk diwujudkan.


Walaupun begitu, menurut ahli psikologi, tahap entativiti kumpulan kita adalah rendah. Entativiti merujuk kepada tahap kita bergerak sebagai satu entiti. Daripada skala 1 - 10, tahap entativiti kumpulan sebegini hanya diletak pada paras 3.50 .. Kita semua sedar akan hakikat ini. Terlalu jarang untuk kita keluar bersama secara beramai2. Setiap kali keluar, pastinya akan ada yang tertinggal atau tidak diajak. Rupanya realiti ini sudahpun dikaji berkurun lamanya. Maka bukanlah salah sesiapa sekiranya kumpulan ini tidak pernah lengkap untuk keluar bersama. Tahap entativiti akan menjadi tinggi dalam kalangan (intra kumpulan) sekiranya terdapat ahli yang berkahwin atau menjalinkan hubungan romantik. Tahap entativiti mereka akan ditingkat sehingga ke tahap 8.20, sungguh tinggi.

Banyak faedah kita menjadi ahli kepada kumpulan ini. Terlalu banyak untuk disenaraikan. Antaranya:
  • Study bersama-sama
  • Membantu ketika salah seorang ahli ada financial problems
  • Melalukan aktiviti yang disukai beramai-ramai
  • Membantu menyelesaikan masalah ahli
  • Dan sebagainya, terlalu banyak nak disenaraikan, samada sedar atau tidak

However, tetap ada cost yang perlu kita bayar untuk menjadi ahli kumpulan ini
  • Kepentingan diri terpaksa diabaikan
  • Hilang kebebasan untuk mengutuk sesama ahli
  • Mempertahankan maruah ahli sekiranya orang luar mengutuk ahli
  • Memandangkan tahap entativiti rendah, maka setiap plan tanpa melibatkan mana-mana ahli harus dijelaskan sejelas2nya tanpa menyinggung mana-mana ahli
  • Mengutamakan masalah ahli berbanding masalah diri
  • Dan segala macam lagi la. Kalau korang nak tambah, silakan la...

Kumpulan ini juga mewujudkan fasilitasi sosial, apabila ahli-ahli akan lebih bersemangat sekiranya berada dalam kumpulan. Seorang pelakon akan berlakon lebih baik sekiranya ahli-ahli kumpulan datang memberi sokongan. Ahli yang sakit akan lebih berani berjumpa doktor sekiranya ada ahli lain yang datang menemani mereka. Ahli akan mampu belajar dengan lebih berkesan sekiranya ahli kumpulan berkumpul bersama.

Pelepakan sosial juga mungkin berlaku. Pelepakan sosial terjadi apabila ahli tidak dapat melakukan sesuatu dengan baik bersama-sama ahli. Banyak cara yang digunakan oleh ahli untuk mengurangkan pelepakan sosial, antaranya mengurungkan diri dalam makmal agar dapat fokus dalam melakukan tugasan, atau apabila ada ahli yang terleka berFaceBook atau YM, ahli lain akan menegur mereka.

So far, ini adalah lingkungan pembentangan aku. Waktu present tu, soalan dia tentang kumpulan tutorial. Tetapi apabila ditanya selepas pembentangan, aku akan menggunakan beberapa contoh lain.

Setuju atau tidak, terpulang...

YZYZ

Khairy Menggoda Syahmi

Tuesday, May 4, 2010 § 0



[Post ini ditulis atas permintaan tuan punya badan iaitu Mr. Khairy Zaulkifli, dia yang suruh aku tulis petang tadi before dia balik]

Pagi ni, bangon tdor dalam keadaan yang terkejut. Apa taknya, tdor terlajak kat bilik SPR. Bangun da kol 7.10am. Kejut Pah, kejut Khairy, pastu lipat2 selimut sebab time tu ada 'morning call'. So malas nak menayang depan Pah. Tunggu Pah blah baru la gerak slow2 gi toilet. Punya lama nak tunggu 'morning call' tu abes. Huhh...

Pastu ktorang tak jadi gi breakfast kat Taman Tun Sardon, ktorang gi Khaleel jek. Tapi aku tak makan. Rasa menyesal makan nasi lemak tengah malam semalam masih membara lagi. Tapi semalam aku buang telur, so kira da kurang sikit kalori yang masuk. Hehehe. Then balik bilik, konon nak kemas2 barang n cuci2 baju sambil study. Sedar2 dah kol 2pm. Khairy ajak gi anta dia kat Terminal Bas. Before tu ktorang gi la makan kat McD. Dorang je la makan, Pah n Khairy. Aku x lalu nak makan, sebab da makan siap2 tadi kol 11.30pm

Time ni la Khairy cuba menggoda aku. Diajaknya aku makan McD, aku tolak. Diajaknya aku makan fries, aku tolak. Hampir disuapnya aku, aku pun menolak. Kalau orang nampak, mesti diorang ingat ktorang ni pasangan gay yang tengah gaduh. Berkali-kali la adik aku sorang nih menggoda aku, aku berjaya menepis. Iman masih kuat katanya... Hahaha...

Then anta dia gi Terminal Bas dan aku menjalankan tugas sebagai seorang abang yang baik, kendong beg die sampai ke pintu bas. Tacing tak? Mesti tacing kan, hehehe...

Pastu petang sikit, Nat plak balik Penang, g amek dia kat Jeti. Then gi makan, tengok Adamaya.
Pastu terus melekat kat bilik SPR ni sampai la sekarang. Mata aku da ngantok, tapi masih ada empat chapter gi tak abes revise...

YZYZ

Confuse

§ 0

I'm quite confuse with my own feeling right now. What had happens inside? I feel very empty. It's been awhile since I last posted anything to FaceBook, or any other social networks. Both my messenger also appear offline. Am I gonna cut off everyone in my life again. I'm afraid to do so. What had happens?

YZYZ...

Adamaya dan Khairy Balik Esok

Monday, May 3, 2010 § 0

Malam ini, saya melepakkan diri [woohhh ayat, very the exam uolss] kat bilik SPR, lagi. Bersama si mamat sengal Khairy dan minah yang suka tdo iaitu Pah.

Isi kandungan blog, Teyah nak balik USM esok, tapi Khairy pun nak KL besok. Tapi kan, korang tau tak, Khairy besok ade paper pagi, last paper die. Pastu paper tu plak 3 jam. Makanya, dia akan abes exam kol 12 tgh hari. Tapi sebelum tu, kami nak pi breakfast pada jam 7am. Nak breakfast kat Taman Tun Sardon. Okey, sambung cter Khairy. Dia abes exam esok, kol 12pm. Tapikan kawan-kawan, beliau telah membeli tiket [pada sebentar tadi] pada jam 3.30pm. Persoalannya, bagaimanakah beliau mampu untuk memenuhi [nafsu dan kehendak, eh salah] tuntutan masa apabila beliau terpaksa:

  • Berjumpa dengan Abg Yoh
  • Mengemas barangan yang berlambak
  • Mengambil surat kat Unit Sukan
  • Booking DK
  • Buat surat sponsor untuk Softball
  • Membelikan Syahmi hadiah yang best [tambah sendirik]


Beliau hanya ada masa selama tiga jam setengah untuk menyetelkan semua tugasan ini. Mampukah beliau? Kita tunggu post pada besok hari...


[post ini ditulis ketika Syahmi dan Khairy tengah ting tong study dan Pah tengah guling-guling atas comforter Nateyah, ditemani cerita Stephen Chow yang sengal iaitu, Fist Of Fury 1991]

YZYZ...

Konfem dah

§ 2

Konfem aku tak balik...

PLAN C...

Huh...

Blah blah blah...

YZYZ

Between Faizal Tahir dan balik umah

§ 0

Alceritanya, aku akan ada Viva pada 10 - 11 Mei 2010. Dan alceritanya jugak, aku akan kembali ke USM pada 17 Mei 2010 dan ditambah lagi alceritanya, Faizal Tahir datang Penang 11 Mei 2010. Maka, pelbagai plan aku buat, antaranya:

Plan A
Viva 10hb, pergi tgk Faizal Tahir 11hb malam, then amek flight kol 6pm ari Rabu 12hb. Datang sini balik ari Ahad 16hb.

Plan B
Viva 10hb, balik terus petang tu flight kol 6pm, datang sini balik Sabtu 15 hb.

Plan C
Viva 10hb, pergi tengok Faizal Tahir 11hb malam, then balik tunggu hari raya nanti.



Tapi aku memang terasa sangat nak balik. Aku teringin nak balik sebab aku nak jenguk sekolah dan bandar (ke???) tempat aku membesar. Da lima tahun aku tinggalkan tempat tu. Aku teringin nak balik bila tengok schoolmate aku waktu sekolah rendah dulu da jadi pelbagai jenis manusia (terima kasih kepada FaceBook). Aku teringin sangat nak balik tengok keadaan tempat tu.


Aku juga nak balik sebab nak tengok kubur emak aku (sob sob sob, tibe2 sedih). Dah 4 tahun aku tak lawat. Ktorang empat orang ni je la anak-anak dia yang nak doakan dia. Aku la yang paling jarang balik menjenguk kubur mak aku. Tapi asal aku selalu doakan dia, itu dah cukup, tapi still aku nak juga lawat kubur mak aku. Nak sedekahkan Yassin dan Al-Fatihah kat atas kubur, bukan setakat dari jauh macam ni. I'll always love and miss you mum. Rest In Peace. God Bless You. Semoga mama ditempatkan bersama-sama orang yang diredhai. Amin...

Aku pun nak balik sebab nak lawat balik saudara-mara sebeblah mama yang dah 5 tahun aku tak jumpa. Entah apa la perkembangan terbaru mereka. Last time dorang nampak aku, aku still lagi hopeless boy yang clumsy. Sekarang apa lah khabar berita mereka ekh...

Aku nak balik juga sebab aku nak cari foto album aku kat kampung. Entah kat mana dah aku simpan. Dah dekat enam tahun aku tak tengok foto-foto lama aku yang gemuk dan comot itu. Kalau korang nampak, konferm korang tak percaya, itu adalah aku. Haha...

Aku juga nak balik, sebab yang paling penting, aku nak jumpa balik family2 aku sebelum fasa hidup aku bertukar. Daripada seorang student, kepada player dalam masyarakat. Tak lama lagi, role aku akan berubah. Maka itu, aku terasa nak balik.

Baeklah, nantilah aku fikirkan macam mana. Plan mana yang akan aku turuti.

YZYZ...

Hatiku Berbunga Lagi

Sunday, May 2, 2010 § 2



Issshhh... Napelah ati ni tiba2 berbunga2 semacam jek...

Angau semacam jekkk...
Issshhh... Syahmi nihhh...
Issshhh...

Begitulah kehidupan seorang Syahmi yang single. Pantang nampak pompuan, terus jek. Issshhh...
Tapi aku xda lah desperate oiy...
Just hatiku berbunga lagi...

Macam nak nyanyi lagu la plak...
Aku nagi lagu ni la...
Tak tau korang suka ke tak...

[Actually, tadi petang tengok cter Alvin & The Chipmunks 2: The Squeakquel, terus terdengar Chipettes nyanyi lagu nih. Tak ada kaitan ngan aku, maupun post di atas okey... Hahaha]


"Single Ladies (Put A Ring On It)"

All the single ladies (All the single ladies)
All the single ladies (All the single ladies)
All the single ladies (All the single ladies)
All the single ladies
Now put your hands up

[Verse 1]
Up in the club, we just broke up
I'm doing my own little thing
You decided to dip but now you wanna trip
Cause another brother noticed me
I'm up on him, he up on me
don't pay him any attention
Cause I cried my tears, for three good years
Ya can't be mad at me

[Chorus:]
Cause if you liked it then you should have put a ring on it
If you liked it then you should've put a ring on it
Don't be mad once you see that he want it
If you liked it then you should've put a ring on it

Wuh uh oh uh uh oh oh uh oh uh uh oh
Wuh uh oh uh uh oh oh uh oh uh uh oh


[Verse 2]
I got gloss on my lips, a man on my hips
Hold me tighter than my Dereon jeans
Acting up, drink in my cup
I could care less what you think
I need no permission, did I mention
Don't pay him any attention
Cause you had your turn
And now you gonna learn
What it really feels like to miss me


Wuh uh oh uh uh oh oh uh oh uh uh oh
Wuh uh oh uh uh oh oh uh oh uh uh oh

[Bridge]
Don't treat me to these things of the world
I'm not that kind of girl
Your love is what I prefer, what I deserve
Is a man that makes me then takes me
And delivers me to a destiny, to infinity and beyond
Pull me into your arms
Say I'm the one you want
If you don't, you'll be alone
And like a ghost I'll be gone

All the single ladies (All the single ladies)
All the single ladies (All the single ladies)
All the single ladies (All the single ladies)
All the single ladies
Now put your hands up

Wuh uh oh uh uh oh oh uh oh uh uh oh
Wuh uh oh uh uh oh oh uh oh uh uh oh


Wuh uh oh


YZYZ

Siapa, Sebenarnya Kamu Padaku

§ 0

This post is the sequel kepada post sebelum ini, COBA. Post ini lebih kepada pertimbangan kepada diri sendiri...

Kita selalu cakap, kalau berlaku sesuatu masalah dalam sistem persahabatan ka, percintaan ka, or kekeluargaan, semua sebab salah dia. Dia, dia dan dia. Tak pernah kita nak salahkan diri sendiri. Kadang, lepas abes satu round marah, baru kita sedar, rupanya kita juga bersalah.

Macam tu la juga yang selalu aku rasa. Kalau timbul masalah. I tend to blame other people, tapi sebenarnya yang cretae the problem (s) at the first place is, myself. Susah untuk kita sedar kelemahan dan kesilapan sendiri, tapi sangat senang untuk blame orang laen.

Aku kadang, rasa bersalah terhadap kawan2 aku. Kadang aku terlalu push dorang untuk suka aku. Kita tak boleh paksa orang untuk suka kita. Aku berlagak jadi somebody else untuk senangkan kawan aku. Tapi bila topeng aku jatuh, bila dorang nampak siapa sebenarnya aku, the mosnter inside me, dorang nak jarakkan diri dari aku, aku marah dorang plak. Dah salah aku, nak buat macam mana kan.

Aku juga kadang jadi marah, bila kawan2 aku jarakkan diri dari aku sebab rapat ngan orang laen. Helloo (kepada diri sendiri)... Kawan2 aku tu, anak bini aku ke, aku nak kawal?? Sukati dorang la nak rapat ngan siapa pun. Jangan ambik pusing sangat dengan apa yang dorang tabur kat aku. Mungkin waktu berkawan rapat, dia kata kita la orang paling penting lam idup dia, (at the instantaneous time), lepas tu, bila dia jumpa orang laen yang wiser than me, bukan salah dorang kalau dorang nak berpaling dari aku pun. Betol tak diri sendiri??

Bukan salah mereka juga kalau mereka nak kuar bersama kawan-kawan aku yang laen tanpa aku (hah, mcm mana tu. Pandai2lah nak memahamkan sendiri). Mungkin dorang pun memerlukan masa bersama mereka tanpa ada aku. Aku ada hak ke nak tentukan dorang nak kluar ngan sapa pada masa apa?? Berkuasa sangat ke aku?? Tak perlu kot nak mengekoq sepanjang masa...

Dan bukan salah mereka juga, kalo tiba2 dorang nak dating tanpa membawa aku. Betol kan, an an an. Laki ka, pompuan ka, kalo dorang tengah kejar chenta hati mereka, keluarga pun dorang sambung lupakan kejap tau. So bukan salah mereka juga.

Banyak lagi la kot. Baeklah, di atas adalah teori. Di bawah pulak merupakan fakta kes, benda yang aku pernah buat terhadap mereka yang bernama kawan. Maka, fair and square la. Aku pernah buat kat orang, orang pun pernah buat kat aku.


FAKTA KES

  • Waktu first year, aku pernah kejar sorang pompuan nih (nama dirahsiakan, nanti kena sama lak). Maka, aku beria-ia mengejar pompuan ini, sehingga aku mengecikkan ati kawan2 disekeliling aku. Kalau ngan pompuan tu, cakap bukan main lagi sopan santun, tapi ngan member sendiri, cakap macam hanjing. Makanya, aku pun kena banned oleh mereka ini. Tapi jangan risau, kami gaduh sebulan jek, sekarang dah okey balik. Meskipun da tak hang out cam dulu-dulu, tapi Alhamdulillah ukhuwah tak putus.

  • Pada tahun yang sama gak, aku rapat ngan sorang mamat nih. Kira besties lah. Tapi bila da ujung2 sidang, aku jadi rimas lak. Everywhere I go, mesti ada dia. Akibatnya, bila dia buat satu kesalahan kecik jek, segala kebaikkan dia selama ni aku butakan macam tu jek. Actually member aku ni kata dah, kita jangan terlalu rapat. Sometime dia kata aku kena gak buat sesuatu tanpa dia. Mamat tu sekarang xda dah kat induk, tapi somehow aku rindu gak nak hang out ngan dia balik walaupun dia tu super duper sengal.

  • Second year plak, aku hanya rapat ngan orang2 yang bekerja ngan aku je. Kalau bukan atas alasan kerja jangan harap la nak hang out ngan aku. Bukan aku nak pilih member, tapi waktu second year la kemuncak idup kat USM in term of activities. Da final year, kita akan sibuk dengan benda lain dah. Makanya orang akan kata aku ni choosy, pilih kawan, sombong dan sebagainya. Kekangan masa membuatkan corak perkawanan aku jadi macam tu. Tapi aku still dapat make out ngan korang suma kan an an an.

  • Waktu third year, mula la aku sibuk nak cari bini. Bila jumpa calon, mula la asyik nak berkepit je ngan minah tu. Rupanya, dalam aku berkepit tu, ada juga yang boleh terasa. Nak ikut sekali la, nak join dating la apa laa. Bila aku tak ajak, mula la ayat2 bittom kuar kata aku da tak rapat dengan mereka. Tapi kalau aku certain ngan perasaan sendiri, aku pasti akan memilih kawan2 dari calon bini yang tak pasti. Rupanya dalam sibuk nak mencari calon bini, aku tak la sedesperate itu nak tibai mana2 yang ada depan mata. Filter aku berfungsi lagi rupanya. Maka, kadang aku menyesal jugak memilih calon bini mengatasi kawan rapat.

  • Bila kuar ngan member2 aku jarang nak SMS or call or ajak sapa2. Aku kadang assume je mereka itu akan terajak sendiri. Makanya bila aku kuar ngan orang laen, aku akan kuar sesama aku je lah. Maka tak ada alasan lah aku nak menyentap kalau mereka2 kuar sesama mereka tanpa aku, kan an an an...

Setakat itu sahaja dulu. Fakta kes banyak, tapi simpan-simpan lah ye... Nanti apa la yang aku ada kan, akalu aku da bagi suma lam blog nih. Telanjang bulat la aku... Hahaha...

YZYZ

COBA

Saturday, May 1, 2010 § 2



Aku sangat suka lagu ini. Jangan tanya kenapa, tapi memang aku suka. Lantak korang la nak kata apa, tapi hayati lirik, saya pasti anda juga akan suka...


BTW, lagu ni bukan ja untuk lovers, tapi juga sesuai untuk seorang insan bernama kawan (kononnya). Aku juga pernah menjadi seperti antagonis dalam lagu ini. Bila, di mana dan dengan siapa, pandai-pandailah anda menilai.



COBA

coba kau dengar
coba kau coba
diam bila ku coba
untuk berbicara dengan kamu
pernahkah kau anggap
bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati

dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar senang kau merasa

siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku padamu

coba kau lihat
coba kau coba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu
pernahkah kau ada
bila ku perlu tuk menyatakan rasa sakit dalam diri
dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

maafkan kerana ku tak pernah
terlintas tuk menulis padamu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar
untuk kau melihat ke mataku


YZYZ

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...