Please Click Me

Between Faizal Tahir dan balik umah

Monday, May 3, 2010 § 0

Alceritanya, aku akan ada Viva pada 10 - 11 Mei 2010. Dan alceritanya jugak, aku akan kembali ke USM pada 17 Mei 2010 dan ditambah lagi alceritanya, Faizal Tahir datang Penang 11 Mei 2010. Maka, pelbagai plan aku buat, antaranya:

Plan A
Viva 10hb, pergi tgk Faizal Tahir 11hb malam, then amek flight kol 6pm ari Rabu 12hb. Datang sini balik ari Ahad 16hb.

Plan B
Viva 10hb, balik terus petang tu flight kol 6pm, datang sini balik Sabtu 15 hb.

Plan C
Viva 10hb, pergi tengok Faizal Tahir 11hb malam, then balik tunggu hari raya nanti.



Tapi aku memang terasa sangat nak balik. Aku teringin nak balik sebab aku nak jenguk sekolah dan bandar (ke???) tempat aku membesar. Da lima tahun aku tinggalkan tempat tu. Aku teringin nak balik bila tengok schoolmate aku waktu sekolah rendah dulu da jadi pelbagai jenis manusia (terima kasih kepada FaceBook). Aku teringin sangat nak balik tengok keadaan tempat tu.


Aku juga nak balik sebab nak tengok kubur emak aku (sob sob sob, tibe2 sedih). Dah 4 tahun aku tak lawat. Ktorang empat orang ni je la anak-anak dia yang nak doakan dia. Aku la yang paling jarang balik menjenguk kubur mak aku. Tapi asal aku selalu doakan dia, itu dah cukup, tapi still aku nak juga lawat kubur mak aku. Nak sedekahkan Yassin dan Al-Fatihah kat atas kubur, bukan setakat dari jauh macam ni. I'll always love and miss you mum. Rest In Peace. God Bless You. Semoga mama ditempatkan bersama-sama orang yang diredhai. Amin...

Aku pun nak balik sebab nak lawat balik saudara-mara sebeblah mama yang dah 5 tahun aku tak jumpa. Entah apa la perkembangan terbaru mereka. Last time dorang nampak aku, aku still lagi hopeless boy yang clumsy. Sekarang apa lah khabar berita mereka ekh...

Aku nak balik juga sebab aku nak cari foto album aku kat kampung. Entah kat mana dah aku simpan. Dah dekat enam tahun aku tak tengok foto-foto lama aku yang gemuk dan comot itu. Kalau korang nampak, konferm korang tak percaya, itu adalah aku. Haha...

Aku juga nak balik, sebab yang paling penting, aku nak jumpa balik family2 aku sebelum fasa hidup aku bertukar. Daripada seorang student, kepada player dalam masyarakat. Tak lama lagi, role aku akan berubah. Maka itu, aku terasa nak balik.

Baeklah, nantilah aku fikirkan macam mana. Plan mana yang akan aku turuti.

YZYZ...

What's this?

You are currently reading Between Faizal Tahir dan balik umah at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...