Please Click Me

Hari Pertama Masuk Ke Ofis

Monday, May 17, 2010 § 0

woww... Syahmi masuk ofis kee.. Iye ke.. Memang itu la hakikatnya.. Ewahh.. Today punya first day, xda la teruk sangat waktu cam L.I dulu. Nak kena cerita ka, apa yang berlaku waktu L.I tempoh hari (bahasa lama tu). Haha..


1st Day L.I

Sampai Ayer Itam (Johor) subuh2 lagi. Berenti lak kat terminal tol. Dengan kesejukkan dan tak tau apa2, mencari la taxi. Struggle sana, struggle sini, sampai la ke Kluang around 8.15 am. Bersiap bagai, masuk la lam ofis chemist. Ari pertama, setengah hari ja aku da dok menunggu lam bilik meeting ja. Menunggu lab coat la, jacket la, google la, kasut keselamatan la... Lunch hour lak, tak tau kat mana cafe, dan aku pun tak tau mana nak pegi, maka aku habiskan lunch hour aku dengan tidur. Ye la, malam sebelum tu aku x sempat tdo lam bas. Then around 2.30 pm, barulah supervisor aku bagi aku masuk lam lab, kenalkan la lab tu bagai. Sebelum tu dia ada bagi baca satu buku nih. Dia expect aku baca buku tu time aku tengah ngantok okey. Lepas berkenalan bagai ngan orang2 lam lab, dia suh aku lepak kat ofis chemist baca buku tebal kaler merah tu. Tertido beb. 5.30pm, abes ofis hour, aku balik, tapi xda rumah lagi. Akhirnya atas bantuan seorang kakak ni yang kerja kat admin, terjumpa gak la aku rumah. Dok sekali ngan pengawal keselamatn kat situ, which I recalled, xde la nice sangat pun.



1st Day Kerja

Solihin a.k.a rumet ku terkejar2 turun. Rupanya dia tak tau ofis hour kat USM ni kol 8.10am. Sampai kat PUMA, pintu ofis x bukak agi. Aku pun mencari la tali pinggang yang aku simpan kat bilik sekretariat sebelum tu. Abes pakai tali pinggang, kami suma dok melepak borak2 kat lam opis. Gelak2 sambil kongsi gossip panas.. Haha.. Then dikhabarkan akan ada pelawat, maka kalut la semua orang nak kemas ofis. Sekali pelawat tu x jadi mai. Tak pa la. Aku minta kerja kat Tok Wan. Dia bagi aku kerja translate suma peraturan PUMA jadi bahasa Inggeris. Okey aku pun buatlah. Then waktu lunch, gi makan ngn Pah, Nat, Tok Wan n Solihin. Balik dari lunch, sibuk plak nak siapkan borang KWSP. Pastu kami pun pecut ke KWSP menggunakan BamBam. Sekali, naah amek kau, Kishi quit nak jadi PKS, sebab dia dapat offer ke Dubai kot kalau x silap. Hmmm... Dah kurang satu geng. Pastu balik ofis, aku drive BamBam balik CG, sebab satgi nak anta balik BamBam tu kat tuan dia.


Gtulah perbandingan antara 1st day L.I dan 1st day aku masuk ofis.. Haha.. Typical entry ja.. Arap x bosan la baca.. Haha..

YZYZ..

What's this?

You are currently reading Hari Pertama Masuk Ke Ofis at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...