Please Click Me

Kisah Jejaka dan Gadis

Thursday, May 6, 2010 § 0

Berkira-kiralah seorang jejaka, dalam keadaan demam, menghabiskan saki baki slide pembentangan LI beliau, kerana beliau harus membentangkannya pada petang itu. Bersiap-siaplah si jejaka memakai kemeja SEED, berjalur hijau, berseluar slack SEED tetapi bukanlah berwarna hijau, bertali pinggang juga dari jenama SEED. Kemudiannya menyarung jacket coklatnya yang turut dibeli di kedai yang bernama SEED.

Setelah habis membentang, si jejaka pun pergi ke kelas ZCA101, Mechanics. Setelah selesai kelas tersebut, ketika ingan pergi ke PUMA, si jejaka telah dipanggil oleh kawannya...


Kawan: Syahmi, syahmi, jom la ke mari kejap
Jejaka: Nape? Aku nak cepat ni
Kawan: Ko tak nak ke derma darah, jum laaa... ConvEx buat derma darah petang ni
Jejaka: Aku tak boleh la, aku demam sekarang, aku amik banyak ubat. Doktor tak bagi.
Kawan: Owh, xpe la macam tu.
Jejaka: Korang nak gi mana nih?
Kawan: Kami nak gi bilik gerakan ConvEx.
Jejaka: Owh, nak tumpang boleh? Aku nak gi PUMA nih.
Kawan: Yang tu, ko kne tanya tuan punya keta dulu laaa.
Jejaka: Sape?
Kawan: Tuuuuu..... [sambil memuncungkan mulut]



Maka si jejaka pun berjalan menghampiri si gadis. Tanpa diketahui si jejaka, rupanya jantung si gadis sedang berdegup dengan amat kencangnya. Melihatkan si jejaka dengan kemeja, seluar slack dan jacket [tajaan SEED] membuatkan si gadis gundah gulana. Si jejaka semakin hampir badan si gadis, membikin hati si gadis jadi makin tidak keruan. Apa yang harus dilakukan oleh si gadis. Berdiri sahajakah, atau cuba untuk menggodakah, atau membiarkan sahaja si jejaka berlalu.



Jejaka: Pahhh, nak tumpang keta boleh tak? Nak gi PUMA.
Gadis: Owh, boleh je. Ktorang pun nak gi bilik gerakan ConvEx. Jum la naik sekali.
Jejaka: Owh, tengkiyu...



Si gadis terus cair apabila berpeluang bercakap dengan si jejaka. Si jejaka tidak menyedari bahawa ini semua berlaku, sehinggalah malam semalam.

Haha..

[seperti yang dijanjikan, cerita ini akan masuk blog, baru mantap sikit, baru cepat sikit KRU nak buat TV series blog nih. Hahaha]

YZYZ

What's this?

You are currently reading Kisah Jejaka dan Gadis at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...