Please Click Me

KUMPULAN

Wednesday, May 5, 2010 § 0

Pagi ni study balik paper STU242: Psikologi Sosial. Baca, punya baca, sampai la satu bab, Bab 11: KUMPULAN. Aku buat presentation tajuk nih. Sepanjang aku present, orang-orang yang selalu bermain kat kepala aku adalah Pah, Khairy, Abang Azhar, Nat, Akim, Kak Ira, Mark, Ayu, dan lain-lain. Lepas beberapa lama aku present, arinih akhirnya I have gut to tell this to public.


[Kepada kawan-kawan ku, ini merupakan pandangan saya hasil daripada pembelajaran dalam kelas. Korang patutnya berbangga sebab aku guna korang sebagai contoh on the other day, walau aku x mention nama, mengatasi kawan rakan saya yang lain]...



Manusia adalah obligatory interdependence. Makanya, kita akan mencari kawan2. Setelah kita berjumpa kawan2 kita, interaksi akan wujud dan akan menghasilkan kumpulan. Akhirnya kumpulan ini akan dikategorikan sebagai kumpulan persamaan identiti or kumpulan persamaan ikatan. Alhamdulillah, kawan2 saya kebanyakkanya adalah kumpulan persamaan ikatan, di mana interaksi bersemuka adalah tinggi. Kumpulan juga dibentuk kerana setiap ahli mempunyai minat dan hobi yang sama. Perasankah anda, kita semua mempunyai minat yang sama seperti menyanyi, movie, makan, loitering, menari, melihat pompuan cantik dan lelaki hensem, dan sebagainya. Sebab itu kumpulan ini senang untuk diwujudkan.


Walaupun begitu, menurut ahli psikologi, tahap entativiti kumpulan kita adalah rendah. Entativiti merujuk kepada tahap kita bergerak sebagai satu entiti. Daripada skala 1 - 10, tahap entativiti kumpulan sebegini hanya diletak pada paras 3.50 .. Kita semua sedar akan hakikat ini. Terlalu jarang untuk kita keluar bersama secara beramai2. Setiap kali keluar, pastinya akan ada yang tertinggal atau tidak diajak. Rupanya realiti ini sudahpun dikaji berkurun lamanya. Maka bukanlah salah sesiapa sekiranya kumpulan ini tidak pernah lengkap untuk keluar bersama. Tahap entativiti akan menjadi tinggi dalam kalangan (intra kumpulan) sekiranya terdapat ahli yang berkahwin atau menjalinkan hubungan romantik. Tahap entativiti mereka akan ditingkat sehingga ke tahap 8.20, sungguh tinggi.

Banyak faedah kita menjadi ahli kepada kumpulan ini. Terlalu banyak untuk disenaraikan. Antaranya:
  • Study bersama-sama
  • Membantu ketika salah seorang ahli ada financial problems
  • Melalukan aktiviti yang disukai beramai-ramai
  • Membantu menyelesaikan masalah ahli
  • Dan sebagainya, terlalu banyak nak disenaraikan, samada sedar atau tidak

However, tetap ada cost yang perlu kita bayar untuk menjadi ahli kumpulan ini
  • Kepentingan diri terpaksa diabaikan
  • Hilang kebebasan untuk mengutuk sesama ahli
  • Mempertahankan maruah ahli sekiranya orang luar mengutuk ahli
  • Memandangkan tahap entativiti rendah, maka setiap plan tanpa melibatkan mana-mana ahli harus dijelaskan sejelas2nya tanpa menyinggung mana-mana ahli
  • Mengutamakan masalah ahli berbanding masalah diri
  • Dan segala macam lagi la. Kalau korang nak tambah, silakan la...

Kumpulan ini juga mewujudkan fasilitasi sosial, apabila ahli-ahli akan lebih bersemangat sekiranya berada dalam kumpulan. Seorang pelakon akan berlakon lebih baik sekiranya ahli-ahli kumpulan datang memberi sokongan. Ahli yang sakit akan lebih berani berjumpa doktor sekiranya ada ahli lain yang datang menemani mereka. Ahli akan mampu belajar dengan lebih berkesan sekiranya ahli kumpulan berkumpul bersama.

Pelepakan sosial juga mungkin berlaku. Pelepakan sosial terjadi apabila ahli tidak dapat melakukan sesuatu dengan baik bersama-sama ahli. Banyak cara yang digunakan oleh ahli untuk mengurangkan pelepakan sosial, antaranya mengurungkan diri dalam makmal agar dapat fokus dalam melakukan tugasan, atau apabila ada ahli yang terleka berFaceBook atau YM, ahli lain akan menegur mereka.

So far, ini adalah lingkungan pembentangan aku. Waktu present tu, soalan dia tentang kumpulan tutorial. Tetapi apabila ditanya selepas pembentangan, aku akan menggunakan beberapa contoh lain.

Setuju atau tidak, terpulang...

YZYZ

What's this?

You are currently reading KUMPULAN at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...