Please Click Me

Mimpi Ngeri Di Jalam Elm

Sunday, May 16, 2010 § 0


Semalam, semasa sibuk mencari umah sewa, berkesempatan untuk tengok satu muvie yang x la baru sangat. Da kuar 10 ari kot. Muvie tu adalah Nightmare On Elm Street... Inilah poster muvie tersebut...





Cerita ni adalah remake kepada 1984 A Nightmare on Elm Street. Nak bagi sinopsis cara aku sendiri...

Cerita ni bermula apabila salah seorang high school student (I suppose) mendapat satu mimpi ngeri dan mimpi itu menjadi kenyataan dan akhirnya beliau terbunuh bersama-sama mimpi itu. Rupanya setelah dikaji, mimpi tu ada kaitan dengan kisah hidup mereka2 ni waktu dorang kecik2 dulu. Ruapanya, waktu dorang kecik2 dulu, dorang suma ni pernah dok satu tadika sekali. Pastu dorang ada seorang gardener yang bernama Freddy. Freddy sgt sayang kanak-kanak ni.Tapi rupanya, Freddy ni adalah pedophile (rasanya lah, dorang x mention tp boleh agak kot). So bila kantoi ngn parent budak2 nih, maka parent ni suma mengejar Freddy dan membakar Freddy hidup2. Parents suma berpakat untuk buat semua anak dorang nih lupakan kejadian tu. Bertahun2 lepas tu, berlaku satu kematian kat Springwood, melibatkan seorang remaja lelaki yang bernama Dean. Beliau mati disembelih semasa tidur. Kejadian tu berlaku di depan mata Kris, salah seorang member dorang. Maka Kris pun struggle untuk tahu kejadian sebenar. Bila dia dah dapat tahu, then dia pun struggle untuk survive, which bring us kepada watak Jesse. Dari Jesse, timbul plak watak Nancy dan Quentin. Lepas tu, Nancy dan Quentin pun fight ngan Freddy. Nak tau cerita selanjutnya, tengok la muvie tersebut.

Genre macam nih mmg salah satu genre kegemaran aku. Slasher. Dan cerita ni berbeza daripada Slasher/ Horror muvie yang lain mcm Final Destination ka, I Know What You Did Last Summer ka, sebab cara penyampaian berbeza. Watak Utama adalah Nancy dan Quentin, tapi dorang muncul secara signifikan pada pertengahan cerita. Mula ingat cerita ni berfokus kepada Kris dan Jesse. Lepas tu, dorang semua fight ngn basic human instinct which is tdo. Sapa yang dapat tahan, tak tdo selama tiga ari?? Kita pun jadi gelisah bila tengok dorang start pejam mata. Then kita tertanya2 apa misteri cerita ni sebenarnya. Apa yang hantu tu nak??. Kebiasaan horror/ slasher muvie, watak jahat tu sebenarnya tiada kaitan ngan kumpulan watak utama atau watak jahat muncul sebab dendam atas kesalahan yang dibuat oleh kumpulan watak utama. Tapi dalam cerita ni, kumpulan watak utama memang adalah mangsa semenjak dari permulaan cerita lagi. Da dorang ni suma jadi mangsa pedophilia.

Tapi satu faktor yang buat aku suka muvie ni, adalah flow pergerakn muvie tu unsangkarable. especially perjalan watak2 utama. Siapa sangka rupanya orang lain adalah watak utama dan watak2 supporting berlakon seolah2 watak utama. Cuma satu tak paham, macam mana Freddy Krueger to boleh wujud ekh?? Bleh tak somebody explain through science or psychology... Tak berapa nak dapat terima. Haha..

Anyhoo, selamat menonton muvie. Lepas tengok cerita tu, layan Iron Man 2 lak. Tapi light2 je la. Bukan genre faveret aku pun cter macam tu, plus aku tak follow Iron Man dalam bentuk filem, kartun mahupun komik... Hahaha

YZYZ



What's this?

You are currently reading Mimpi Ngeri Di Jalam Elm at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...