Please Click Me

Siapa, Sebenarnya Kamu Padaku

Sunday, May 2, 2010 § 0

This post is the sequel kepada post sebelum ini, COBA. Post ini lebih kepada pertimbangan kepada diri sendiri...

Kita selalu cakap, kalau berlaku sesuatu masalah dalam sistem persahabatan ka, percintaan ka, or kekeluargaan, semua sebab salah dia. Dia, dia dan dia. Tak pernah kita nak salahkan diri sendiri. Kadang, lepas abes satu round marah, baru kita sedar, rupanya kita juga bersalah.

Macam tu la juga yang selalu aku rasa. Kalau timbul masalah. I tend to blame other people, tapi sebenarnya yang cretae the problem (s) at the first place is, myself. Susah untuk kita sedar kelemahan dan kesilapan sendiri, tapi sangat senang untuk blame orang laen.

Aku kadang, rasa bersalah terhadap kawan2 aku. Kadang aku terlalu push dorang untuk suka aku. Kita tak boleh paksa orang untuk suka kita. Aku berlagak jadi somebody else untuk senangkan kawan aku. Tapi bila topeng aku jatuh, bila dorang nampak siapa sebenarnya aku, the mosnter inside me, dorang nak jarakkan diri dari aku, aku marah dorang plak. Dah salah aku, nak buat macam mana kan.

Aku juga kadang jadi marah, bila kawan2 aku jarakkan diri dari aku sebab rapat ngan orang laen. Helloo (kepada diri sendiri)... Kawan2 aku tu, anak bini aku ke, aku nak kawal?? Sukati dorang la nak rapat ngan siapa pun. Jangan ambik pusing sangat dengan apa yang dorang tabur kat aku. Mungkin waktu berkawan rapat, dia kata kita la orang paling penting lam idup dia, (at the instantaneous time), lepas tu, bila dia jumpa orang laen yang wiser than me, bukan salah dorang kalau dorang nak berpaling dari aku pun. Betol tak diri sendiri??

Bukan salah mereka juga kalau mereka nak kuar bersama kawan-kawan aku yang laen tanpa aku (hah, mcm mana tu. Pandai2lah nak memahamkan sendiri). Mungkin dorang pun memerlukan masa bersama mereka tanpa ada aku. Aku ada hak ke nak tentukan dorang nak kluar ngan sapa pada masa apa?? Berkuasa sangat ke aku?? Tak perlu kot nak mengekoq sepanjang masa...

Dan bukan salah mereka juga, kalo tiba2 dorang nak dating tanpa membawa aku. Betol kan, an an an. Laki ka, pompuan ka, kalo dorang tengah kejar chenta hati mereka, keluarga pun dorang sambung lupakan kejap tau. So bukan salah mereka juga.

Banyak lagi la kot. Baeklah, di atas adalah teori. Di bawah pulak merupakan fakta kes, benda yang aku pernah buat terhadap mereka yang bernama kawan. Maka, fair and square la. Aku pernah buat kat orang, orang pun pernah buat kat aku.


FAKTA KES

  • Waktu first year, aku pernah kejar sorang pompuan nih (nama dirahsiakan, nanti kena sama lak). Maka, aku beria-ia mengejar pompuan ini, sehingga aku mengecikkan ati kawan2 disekeliling aku. Kalau ngan pompuan tu, cakap bukan main lagi sopan santun, tapi ngan member sendiri, cakap macam hanjing. Makanya, aku pun kena banned oleh mereka ini. Tapi jangan risau, kami gaduh sebulan jek, sekarang dah okey balik. Meskipun da tak hang out cam dulu-dulu, tapi Alhamdulillah ukhuwah tak putus.

  • Pada tahun yang sama gak, aku rapat ngan sorang mamat nih. Kira besties lah. Tapi bila da ujung2 sidang, aku jadi rimas lak. Everywhere I go, mesti ada dia. Akibatnya, bila dia buat satu kesalahan kecik jek, segala kebaikkan dia selama ni aku butakan macam tu jek. Actually member aku ni kata dah, kita jangan terlalu rapat. Sometime dia kata aku kena gak buat sesuatu tanpa dia. Mamat tu sekarang xda dah kat induk, tapi somehow aku rindu gak nak hang out ngan dia balik walaupun dia tu super duper sengal.

  • Second year plak, aku hanya rapat ngan orang2 yang bekerja ngan aku je. Kalau bukan atas alasan kerja jangan harap la nak hang out ngan aku. Bukan aku nak pilih member, tapi waktu second year la kemuncak idup kat USM in term of activities. Da final year, kita akan sibuk dengan benda lain dah. Makanya orang akan kata aku ni choosy, pilih kawan, sombong dan sebagainya. Kekangan masa membuatkan corak perkawanan aku jadi macam tu. Tapi aku still dapat make out ngan korang suma kan an an an.

  • Waktu third year, mula la aku sibuk nak cari bini. Bila jumpa calon, mula la asyik nak berkepit je ngan minah tu. Rupanya, dalam aku berkepit tu, ada juga yang boleh terasa. Nak ikut sekali la, nak join dating la apa laa. Bila aku tak ajak, mula la ayat2 bittom kuar kata aku da tak rapat dengan mereka. Tapi kalau aku certain ngan perasaan sendiri, aku pasti akan memilih kawan2 dari calon bini yang tak pasti. Rupanya dalam sibuk nak mencari calon bini, aku tak la sedesperate itu nak tibai mana2 yang ada depan mata. Filter aku berfungsi lagi rupanya. Maka, kadang aku menyesal jugak memilih calon bini mengatasi kawan rapat.

  • Bila kuar ngan member2 aku jarang nak SMS or call or ajak sapa2. Aku kadang assume je mereka itu akan terajak sendiri. Makanya bila aku kuar ngan orang laen, aku akan kuar sesama aku je lah. Maka tak ada alasan lah aku nak menyentap kalau mereka2 kuar sesama mereka tanpa aku, kan an an an...

Setakat itu sahaja dulu. Fakta kes banyak, tapi simpan-simpan lah ye... Nanti apa la yang aku ada kan, akalu aku da bagi suma lam blog nih. Telanjang bulat la aku... Hahaha...

YZYZ

What's this?

You are currently reading Siapa, Sebenarnya Kamu Padaku at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...