Please Click Me

Thanx ConvEx 2010

Wednesday, May 26, 2010 § 4



Dilantik sebagai faci kem Team Building ConvEx pada saat2 terakhir [1 ari setengah before ari kejadian], tak bermakna aku x leh perform dalam program itu. Walaupun baru memasuki team, tetapi aku berusaha catch up segala kerja dan mencuba menjadi proAktif dan menggunakan pengalaman aku sebagai urus setia kem PIMPIN Siswa selama ini.

Banyak benda yang aku belajar daripada kem ini. Aku mengenal orang, aku berkhidmat setulus hati, dan aku mampu sedikit sebanyak membezakan rakan2 dalam kerja ataupun luar kerja. Banyak benda yang aku belajar daripada mereka semua ini sebenarnya. Terlalu banyak. Siapa sangka aku mampu belajar di mana2 ja kan.

Walaupun hampir kebanyakkan peserta adalah kawan2 aku sendiri, tapi itu bukanlah advantage buat peserta mahupun aku sendiri. Kem ini merupakan batch pertama aku setelah bergelar PKS. Mereka merupakan eksperimen pertama aku, dan segalanya went well. Terima Kasih kepada anda semua, kerana menjadikan segalanya mudah.

Antara pengalaman yang paling manis aku kira sepanjang kem ini adalah, ketika kami terperangkap kat pulau kat tengah tasik tu dalam keadaan hujan yang teramatlah lebat. Hujan bercampur angin memang sangat sejuk. Aku jangan kata lah. Memang basah lenjun. Siap sembahyang dalam keadaan hujan tu. Tapi dalam keadaan macam ni, nampak semangat berpasukan dalam diri kebanyakkan ahli ConvEx'10 dan sebenarnya benda macam ni membuatkan aku jadi terharu seketika. Roti kering dan 3 botol air untuk 30 orang peserta, memang survive la engkau. Keadaan tu berlarutan hampir 3 jam kot. Hujan start turun dalam kol 5.15 am, dan dorang ni buat lake crossing kol 8.30 am kot.

Anyway, tahniah kepada team ConvEx kali ni di bawah pimpinan Siva dan jentera2 beliau yang kuat. Gabungan orang lama yang berpengalaman dan orang baru yang mempunyai semangat ingin belajar yang tinggi. Harapnya, gabungan ini cukup mantap untuk menggegarkan majlis Konvokesyen aku nanti. InsyaAllah.

YZYZ...

What's this?

You are currently reading Thanx ConvEx 2010 at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 4 Response to “Thanx ConvEx 2010”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...