Please Click Me

Burger Marvelous

Thursday, June 10, 2010 § 0


Wahhh...
Lama aku tak update blog aku... Since then aku banyak gak membaca blog2 lain, samada ditulis secara santai, ataupun blog yang menjadi pojaan hati ramai. Pastu, boleh plak aku kne kutuk oleh Cik Nana Farhana Isa dengan lancangnya mengatakan blog aku ni boring sebab kurang gambar. Nyah, hang ingat aku ni bukak kedai gambar ke nyah... Hahaha... Tapi memang betul pun kan. Boring lak baca tapi xda gambar kan. Maka dengan itu, aku dengan bongkaknya, akan menempek gambar yang pelbagai lam blog aku, untuk tatapan korang semua.

Point malam ini adalah, aku telah menjelajah Bukit Gedong dan terjumpa dengan satu kedai ni, yang jual burger semata2. Macam Burger Court pun ada. Siap pemasak burger tu guna baju Chef ala2 hotel gtu. Kak Rina kata nama tempat tu Burger Marvelous, sekali tu nama menu daaa... Jalan nak pi sana, aku tak tau, sebab ktorang ikut bontot KCP Belle. Maka tidak ingat jalan. Pegi lak waktu malam. Dah tu time balik, walaupun aku drive, tapi Pah buat loklak plak. Aku ni kan lambat pick up kiri kanan, boleh plak dia bagi direction guna kiri kanan. Konfius aku doe.

Kat ctu, banyak kedai yang jual burger. Atas nasihat pengarah projek iaitu Kak Rina, maka kami pun memilih kedai seperti kat gambar bawah ni...




Chef kedai ni siap pakai uniform kaler putih tu wooo... Tak boleh blah. Tapi chef tu sangat ramah. Siap bagi nasihat bawak keta elok-elok. Haha, cam tau2 je aku nak kne drive keta. Dengan tak pakai spec dan dengan tak kenai jalan tu kat mana. Hahaha...




Ni plak, sebahagian ahli jemaah Kerajaan Convex'10, ahli rombongan yang pergi makan burger tersebut. Baris belakang dari kiri adalah Belle, Bonyok, Hanif. Baris depan dari Kiri, Sapik Evolusi (yo yo je nama tu), Pah dan Kak Rina. Ada 2 meja setengah agi tak masuk lam gambar. Ehhee..




Ta daa... Inilah Burger Marvelous tu. Cuba teka berapa harga beliau. Tak yah ar teka. Aku bagi tau. Harga dia RM 4.00 je. Dalam die ada sosej, daging, ayam, roti, telur, timun dan salad. Sedap gak ar. Roti dia best. Rasa macam toast pun ada gak. Memang mantap ar Chef tu. Hehehe




Ni plak variasi air yang ktorang order, dari sebesar2 gelas si Salam order, sampai yang kaler itam tu, aku punya. Dah la itam, kecik lak tu. Tapi performance mantap kot... Hahaha...
Air itam kecik aku tu, harga dia RM 1.00 je. Yang besar dan separa besar tu, tak sempat nak menyiasat. Hahaha...





Dan inilah dia pengarah projek makan burger tersebut. Kak Rina. Beliau yang mencetuskan idea ini, dan menyebabkan aku termakan malam. Hehe.. Tapi memang mantap la Kak Rina, lain kali leh pergi lagi, tapi kita tak yah makan malam lu. Hehe.. Ni siap melantak Tom Yam agi kot sebelum pergi sana. Hehehe...


Orite, takat ni la dulu update sal burger besaqqq nih. Lain kali aku akan update agi, dan aku nak cuba setiap update aku ditemani ngn gambar.. Hehehe..

Bubbye, sila jengok selalu blog aku ekh... Hehe...

YZYZ...


What's this?

You are currently reading Burger Marvelous at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...