Please Click Me

Archive for August 2010

What Have I Done Tonight., (a year ago)..

Tuesday, August 31, 2010 § 0

Yeah it's Merdeka Night and everyone seem like to be very patriotic. For me there's no point in showing how much u love ur country just by waving the flag while the others doing the same damn thing. If u did it just because the others did it, then u r not patriotic enuf. But well said at least u have the spirit (even though it only last for a couple of days)...

Well, Happy Merdeka Day to my followers. It's very typical and it's so not me to greet people like that. Actually what's bothering me so much this time is, I was asked this very tough question from Faiz. He asked, where to go to celebrate Merdeka. I really have no ideas as in my mind I'm only imagining club, loud music and fireworks. What have I done this same date a year ago? Where have I been? The memories totally empty. The only thing that come to my head is my New Year Celebration. None of my Merdeka celebration come to my head.

Then we arrived at Times Square Penang, and it turn to be verrrryyyyy bboooorrrriiiinnggggg... But at least I dun have to see all the "mamat rempit" fashion there. The audience mostly chinese and for sure the way they dress completely different with some regular confuse malay kid. But not the fashion attract us the most, but the celebration is important. Then we decided to watch the fireworks at bridge and it's not happening. Someone is chasing BamBam and they have to accelerate they car to flight away from that crazy van driver. Praise to God, there's nothing happens. But now we're at Seberang already. Then plan to go here and there.

At seberang, finally I get to meet this so called legendary guy in Faiz and Khairy's network. His name happens to appear everytime we have the conversation. So I got to meet him personally together with other members. Yeah, he's a very nice guy and he's very legendary among of his network. He has this very strong so called bee hive and all of this guys (including Faiz and Khairy) serve to their queen (here I'm using bee's metaphore and that's why I said queen).

But we have to get back early considering Chick and Pah have test this comin Wednesday and Thursday... This post have no pic as I didn't snap any. I just let our so called paparazzi to take the pic...

Owytey... That's for now... This time we're trying to recruit new members as Sherra's brother is joining us. Even though at first her sister won't let him, but we still wanna bring him.. Haha, Sherra totally protective towards her brother and I still can't see them as siblings. I will always imagining them as two separate entities... Even after that Char Koey Teow at Sungai Dua seberang... Hahaha..

YZYZ...

Ceria Bersama CAK!!!

Friday, August 27, 2010 § 1

21 Ogos lepas, aku sempat berceria bersama budak2 kem PIMPIN Siswa aku. Team2 CAK yang aku pilih dari pelbagai background dan penglibatan. Niat di hati sebagai tanda terima kasih kat dorang semua sebab banyak memudahkan tugas aku sebagai SU kem CAK. Aku melantik Cima sebagai Pengarah Projek dan Cima telah melantik Didi sebagai Sekretariat Kampus Induk. Oleh itu kalau ada sapa2 yang tak terajak, sila lah merujuk kembali Cima dan Didi yeee... haha... (selamat aku).. haha

Bertemankan 3 buah keta, kami pun bermula dengan pergi ke Queensbay. Konon nak tengok wayang lu, tapi tayangan lewat la plak, so ubah plan maen bowling kat Penang Bowl.


Ni merupakan antara ahli jemaah. Aini cemburu tak dapat join bowling sebab time tu dia dok sibuk kalut shopping kat PISA. Padan muka. Game pertama aku main agak choi la jugak. Game kedua pun sama. Tapi bila dah main game ketiga dan keempat, baru la semangat ckit. Spare-strike-spare-strike kowt... Haha

Then ktorang gerak gi Seagate. Cima dan Yap gerak dulu sebab nak amek Aini kat Saujana. Then kat Seagate, aku heran budak2 ni order sikit sangat. Tak pa lah, jimat duit aku. Bak kata Yap, Didi takda test nak order.. Hahaha...

Then pas makan bagai, ktorang gi ke PISA sebab nak bagi makanan turun ke perut dulu. Tambahan Didi dia nak pergi shopping. Maka tunaikan la permintaan beliau untuk shopping.

Pas abes kat PISA, kami gi funfair kat depan Queensbay plak. Budak2 ni mengidam nak naek benda berpusing yang besar tu. Aku pun tak tau apa nama dia... Then main benda yang berpusing2 dengan sangat laju dan bumper car.


Di celah bendera Malaysia tu sumpah ada Lalan dan Yap. Tapi pasai apa tak nampak, aku pun tak tahu... Hahaha

Ahli jemaah lagi. Didi dan Aini dikelilingi laki jambu... Perlu ke???... Hahaha.. Statement sangat... Hahaha...


Then aku, Didi, Aini dan Redza pergi lepak kat pantai sambil makan rojak. Pastu tetiba terfikir, jum pergi tengok wayang. Maka berlari bekejaran la kami pergi membeli tiket. Hahaha... Bestnya, lif rosak, pastu aku dan Aini pun lumba lari sapa sampai dulu tingkat 3 GSC tuh.. Hahaha.. mau penat ktorang berlari... Hahaha... Then ktorang tengok cta apa yang available. Terus terambil Slice.

Cta ni okey la not bad, tapi terlalu banyak scene yang disturbing and considered taboo. Yap kata skrip, cinematography, teknik, actor actress suma okey, cuma content ja yang teruk. Lalan plak kata cter ni best dan tak tersangka2. Wani ngan Cima kata cta ni lucah. Entah. Masing2 ada pendapat masing2.. Hahah..

Then Cima ajak gi karok. Mula pusing kat area BJ, tp time tu dah kol 2. Masing2 pakat nak tutup. Maka kami pergi lah ke Pekaka. Kat situ je karok dia buka sampai kol 5. Ktorang amek open. Time ni Didi, Aini ngan Mark balik dah. Nyanyi2, Yap n Lalan tdo. Maka ktorang yang tertinggal ni la yang sambung karok.. Haha

Lalan, ko nyanyi ape untuk wani tuh??

Then kuar2 dari tempat karok dah kol 4.30am. Hujan dengan sangat lebat lak tuh. Ktorang sahur kat subaidah je. Malas nak gi tempat2 jauh kan. Hahaha... Pastu da sejam lebih menyembang kat situ, kuar lak idea aku, jum pergi Kejut pagi nih. Terus aku kne culik pergi ke Kejut pagi2 tu jugak. ahaha... Sampai2 kat kejut, lepak bilik Lalan, tdo sampai kol 1pm. Then kuar main bowling, jenjalan makan Nasi Goreng Ketam kat Juru (seperti yang aku cerita kat post sebelum nih). Malam tu Cima penat, aku drive keta balik Penang. Cima takut kowt tengok aku bawak keta laju.. Hahaha...

Rasanya takat ni la dulu kisah Ceria Bersama CAK... Teringin nak kuar ngan dorang ni suma lagi. Sebab dorang ni sempoiy kalau jalan2. Dorang main terjah je dan sanggup lak tu nak jenjalan jauh2... Haha..

Bubyye...

YZYZ...

Tempat Makan Mengamuk

§ 3

Ekceli, nak buat tajuk "Restoran Mengamuk", tapi layak ke tempat2 haram jadah tu digelar restoran. Pelis laaa... haha... Ni merupakan antara bad eksperien aku bersama kawan rakan aku ketika nak makan kat tempat haram jadah nih. Aku list down kan beberapa tempat je lah ye dulu.. hahaha...


RESTORAN SERI IDAMAN, TELUK TEMPOYAK

Pertamanya aku minta dorang bersihkan meja. Then minta dorang amek order. Aku gi la solat maghrib sebab time tu baru pas buka puasa. Abes je solat, aku tengok meja tak bersih2 lagi. Order pun x amek. Aku mengamun kat kaunter, dorang suh tukar meja. Okey.. Then bila nak amek order, kata benda2 gorang memang lambat. Air-air pun lambat. Kalau nak cepat amek air jus ja sebab ada lebih2 orang buka puasa tadi. Aiiiyy bang, tak kan teh 'O' ais pun lambat nak bancuh. Tak pa lah, amek tembikai. Pastu Faiz order Koey Teow Tom Yam dan Jo n Hanif nasi putih dua. Tunggu punya tunggu, tak juga sampai2. Pastu datang la pari bakar yang dorang order kat depan tadi. Sekali makan naaah engkau. Hanyir kot. Korek2 tengok ada isi yang tak masak lagi. Minta dorang masak lagi sekali. Pastu datang sotong goreng tepung. Tadi amek 200 g dan ada empat ekor. Tapi bila Chick kira balik ada dua ja kepala sotong. Pastu Chick perasan yang pekerja tu salah hantar hidangan. Sebab sotong tu sikit sangat. Then aku menghamun la ke dapur.

Syahmi: Akak, ktorang minta nasi putih dua ja kak. Dua ja, tak banyak dan koey teow tom yam. Kata tadi tom yam cepat siap, sekarang apa cerita? Sotong tu apsal ada dua kepala ja? Tadi ktorang order 200 g ada empat ekor. Tolong panggil manager ko datang jumpa aku...

Then duduk balik kat meja, tak puas hati ngan sotong goreng tepung tu. Aku menghamun pulak kat abang lap2 meja tu. "Ape lama sangat nasi nak sampai nih? Nasi putih je pun, tak kan tu pun lambat. Sotong ni ko bagi betul ke x?"

Pastu manager dia sampai. Dia kata sebab kepala sotong tu kecik, maka dorang buang kepala sotong tu. Hotak dia. Nak kencing si kaki kencing.

Pas da sampai makanan (selepas dekat sejam menunggu) Faiz gi minta air kosong kat mak cik tu. Pastu aku dok maki2 kata aku bayar service dan makanan aku kat sini. Ingat berkat ke dorang buat pelanggan macam ni. Terus mak cik tu kata macam ni, "Weiyh, cepat la antaq ayaq kosong kat meja ni, ampa ni lambat pasai apa".. Haaa, tau takut.

Inilah dia koey teow tom yam yang aku namakan Koey Yeow Tom Yam Mengamuk... Hahaha



PIZZA HUT TACSO JELUTONG

Time ni aku makan ngan budak2 CAK. Lunch kat sini. Masuk2 je kat dalam tu, ktorang minta menu. Pastu datang la sorang abang nih konon nak amek order.

Abang: Adik amek la Ala Carte, murah je.
Ktorang: Ktorang nak set yang ni
Abang: Tapi Ala Carte lagi murah

tak lama lepas tu

Abang: (sambil membawa menu Ala Carte) Tengok harga lagi murah daripada set
Cima: Ktorang nak yang set laaa... Ingat ktorang tak mampu nak bayar ke?

Akhirnya abang tu pun mengalah. Heeiiyyy.. ko hengat ktorang ni xde duit ke? Gaji ko sebulan baru sama ngan gaji separuh bulan aku nak berlagak. Pastu tiap kali lalu depan ktorang buat muka kerek. Pastu tuduh ktorang main tekan2 bell.. IIssshhh... ko tu kerja Pizza je pun, amek order orang jangan la nak kerek kat ktorang. Tak puas hati punya pasal sebab sepanjang kat situ ade je probs die ngn ktorang, diketuai oleh Didi, ktorang start mencurah sos la.. parmesan la.. koyak2 tisu.. terbalikan pinggan mangkuk.. jatuhkan garfu.. sembunyikan pencungkil pizza dan segala benda lagi. Curah2 air lebih... Pastu time nak bayar, ktorang saja nak tayang sebab lam wallet aku ada RM500 time tu. Pastu sebelum nak blah, aku cakap kat akak cashier, kirim salam kat abang yang tuuuuu, dengan nada yang nyaring. Agak puas bila tengok dia terpaksa kemas sepah yang ktorang buat. Hamek ko, kerek sangat ngan ktorang.


KEDAI NASI GORENG KETAM, JURU

Time ni aku makan ngn member dari engineering campus. Saja nak merasa buka posa jaoh2 kan. Kedai ni kununnya pernah masuk TV3. So macam agak faymes la.. Macam hanjing ada laa.. Masa mula2 masuk, ktorang kena halau kot. Kononnya semua meja da fully booked. Tapi dia selit la jugak kat satu celah antara dua family nih. pastu ktorang tanya, abang nak ktorang order kat kaunter ke orang datang amek order. Dengan slumber nye abang bodoh tu jawab "ENTAH".. blah gtu je. Nasib ada kakak tu datang amek order, kalau tak, ade gak yang kne smackdown. Pastu aku tnya akak tu, sotong goreng tepung ada x?... Akak tu jawab ada... Pastu kami pun order lah. Lepas agak lama jugak menunggu, then 2-3 minit before berbuka sampai la jugak makanan kami. Pastu yang herannya, sotong goreng tepung tak juga sampai2. Pastu ngadu kat abang2 yang kerja kat situ. Buat dunno jek. Sekali budak2 ni da geram macam2 sumpah seranah laaa... Da la sebelum nak buka tadi banyak da kowt customer yang dorang halau. Ape punya kedai la halau rezeki. Kot ye pun kedai ngkau tu faymes sangat, letak la signboard kata dah penuh. Tak yah la orang nak menyinggah agi. Ko pun takdelah kumpul dosa halau rezeki ngkau. Pastu time nak bayar, budak2 ni bersusun tinggal nak maki owner kedai tuh. Rupa2nya dia tak tulis pun sotong goreng tepung. Pastu dia kata nape tak refer balik. Oiyt cik kak aku da ngadu kat pekerja sengal dan sial ngkau tuh, buat dunno ngan aku. Tak nak berniaga sudah. Tak yah banyak bunyik. Mengahambur la jugak time nak membayar tuh, sekali ngn anak-anak buah CAK aku.


BAYAN MUTIARA

Kat sini pun agak kenyang gak ngn maki aku. Actually ada dua kedai kat sini, satu kedai kaler merah, satu kedai kaler biru. Banyak dah pengalaman memaki kedai kat sini. Tapi nak cter the recent one, apa yang berlaku waktu buka posa ptg tadi ngn Faiz, Kery n Pah. Pertamanya waktu amek order bagai tu, boleh tahan lagi. Tapi sejurus lepas makanan sampai, datang dah aura menghamun aku. Pertama sotong goreng tepung dia sangatlah sikit. Pastu nasik tak sampai lagi. Da lepas waktu berbuka baru sampai. Telur bungkus macam sayur balut ngn tisu. Dah tu harga makanan plak Nauzubillah, mahalnya. Aku pun memulakan serangan aku. Pertama aku serang kakak yang hantar makanan. Aku maki nasi tak sampai lagi. Pastu tanya dia berapa ringgit harga sotong tu. Dia jawab nasi jap lagi sampai. Sotong tu dia tak tau harga. Pastu aku bawak sotong tu pergi dapur. Memaki kat abang tukang masak tu plak. Maki2 berapa harga sotong tu. Apsal sikit sangat. Dia pass kat abang jaga kaunter. Aku memaki abang kat kaunter lak, dia kata harga sotong tu RM5.00 ... Lima hengget hokkeeyyy... nak tau banyak mana sotong tu?.. meh sini aku tunjuk

Harga RM5.00 okey... dah la sejemput, mahal plak tuh

Aku pun memaki2 depan kaunter sambil disaksikan oleh pelanggan yang kunun nak beratur membeli. Pastu memaki2 depan meja sambil disaksikan oleh customer kiri kanan. Aku pedulik hapa.. servis macam taik. Aku bayar kowt makanan dan servis korang tu.. Aku deserve dapat layanan dan makanan yang baik..

Ni antara lokasi kejadian maki-memaki tu berlaku

Ini plak merupakan lokasi salah satu kedai yang choy tersebut. Kedai ni terletak kat area Bayan Mutiara. Kalau nak gi Queensbay jumpa roundabout selepas flyover, amek kol 9 then straight. Tu la lokasi kedai2 choy tersebut.


Aku sebenarnya tak da niat nak marah2, tapi aku pantang betol benda yang aku akan bayar tapi dapat hasil yang choy. Memang aku doakan keburukan laa.. sekiranya aku teraniaya

Baeklah...
Sampai sini dulu...

Bubbye...

YZYZ...

Tahun Kelapan

Thursday, August 26, 2010 § 2

2010 merupakan tahun kelapan aku berpuasa dan akhirnya beraya tanpa insan yang bernama ibu. My mother passed away in 2003 sebab breast cancer. Not many people know about it as sometime I'm referring my step mom as 'mother' also. This few days, everything is keep coming back to me. For example whenever my roomies minta pesan beli Koko Krunch, aku akan terpandang Corn Flakes and everytime aku ternampak Corn Flakes, totally it reminds me of my mom. Sebab dulu masa ktorang kecik2, ktorang adik-beradik akan beli cereal masing2. Aku punya cereal adalah Honey Stars dan Trix dan biasanya my mom akan beli Corn Flakes. Itulah cereal my mom dari dulu sampai la ... (u know what is the last word).

Then dua hari lepas tertengok video clips "Sorry Seems To Be The Hardest Word" nyanyian Blue and Elton John. That was my mom's last favourite song. My mom suka sangat dengan lagu tu and she told me about it.

Then sekarang semua kalut sibuk nak balik, tapi aku still lagi macam tu. Aku selalu imagine what if my mom still alive. Mesti aku akan turut berasa ghairah nak balik. Tiket pun macam xda mood je aku nak tengok. At least kalau tak dapat balik beraya with my mom, it's okey to celebrate it with my other family and other related relative. I miss them all but if I'm going back either that's not so gonna happen. So to conclude, xda faktor penggalak pun untuk aku balik.

Somehow aku tetap rindu kat mak aku. It's hard to live without someone yang kau betul2 sayang yang dah pergi forever. But life goes on. Whatever my feelings are, the fact not gonna change, she's gone. I accept that for a very long time already.

For those yang baca ini, yang masih ada ur mom, please please please let she knows that yang korang sayang dia. Bila dah tak ada baru korang rasa macam mana hidup tanpa ur mom. Aku tak pernah malu untuk mengaku yang aku cium my mom everyday even time tu aku dah masuk tingkatan tiga. Aku tak pernah malu untuk salam tangan mak aku sebelum aku pergi kelas biarpun pada waktu tu mak aku dah tak larat nak angkat tangan sebab kesan ubat. Aku tak pernah malu untuk mengaku aku tidur sebelah mak aku pada bulan2 terakhir mak aku bersama aku.

I really miss you...

YZYZ...

2 Minggu Lepas, Ku Katakan Puasa Lepas Best, tapi...

§ 4

Dua minggu lepas, waktu mula2 nak puasa aku komplen ngan Chick. Puasa kali ni mesti da x best. Tak best macam tahun lepas. Puasa tahun lepas kami banyak jumpa orang. Macam2 orang baru yang ktorang kenal. Banyak juga actually member yang da kenal sebelum ni, tapi baru nak rapat balik. Macam2 plan nak buka puasa kat mana ktorang buat. Ke sana ke sini. Pastu tengah malam, mula la nak karok. Rasanya hampir tiap malam kot kuar karok then terus sambung ngan sahur kol 3 pagi.

Puasa tahun lepas gak menyebabkan berat badan aku naik gila babey... Daripada 73 kg, naik 83 kg. Sebab2nya makan tak hengat donia. Sahur pun aku bedal nasi mcm mkn tengah hari. Pas makan direct tdo plak tuh. Consequences nya, amek la badan naik. Haha. Since then ramai yang tegur aku makin berisi.

Paling aku suka puasa tahun lepas adalah, apabila orang2 baru yang aku kenal time tu, ktorang dapat berkawan rapat sampai la sekarang. Okey je lagi kawan. So kira macam rahmat Ramadhan la kan, mengukuhkan ukhuwah sesama umat... Hahaha

Puasa kali ni plak, pada mulanya ktorang hengat x happening mcm tahun lepas. Ktorang rasa maybe x jumpa orang baru. Kepala berbuka (Abg Azhar) pun xda kat Penang. Tapi da sampai 2 minggu puasa nih, rasanya tak pernah lagi aku berbuka seorang diri atau jenjalan kat bazaar seorang diri. Ada ja plan dan ada ja orang yang nak berbuka bersama. Kadang kol 6 baru tnya member nak buka kat mana. Ini membuktikan hypothesis aku dan Chick da mula salah. Kalau kata tak jumpa orang baru, rasanya banyak je kot orang2 baru yang berbuka ngn aku, seperti Solihin, Faiz, Tasya, budak2 CAK dsb...

Puasa kali ni jugak ada istimewanya yang tersendiri sebab ada term baru yang diperkenalkan iaitu term "Harga Lambungan". Actually term ni merujuk kepada harga syiling tapi minah Chick tu nak nak tukar jadi harga lambungan... Biar lah beliau. Biasanya kami akan bersaing harga lambungan berbuka. So far harga lambungan terendah aku (tak termasuk berbuka kat Masjid dan kena belanja) adalah RM 4.50 ... tu pun sebab aku saja tambah murtabak. Kalo tak lagi murah kowt... Hahaha... Harga lambungan paling mahal adalah RM 100. Harga ni aku dapat waktu aku belanja budak2 CAK buka puasa tempoh hari...

Haha..

Baeklah, sampai kat sini dulu. tulis panjang2 karang orang bosan nak baca. Lagipun jap gi nak kuaq soq ngn Faiz... okey bubbye...

YZYZ

Dulu Aku, Kini Mereka

Tuesday, August 24, 2010 § 0

Assalamualaikum...

Pengisian blog kali ini aku tujukan khas buat P.U2 aku yang terchenta. Aku nak kongsi macam mana aku bentuk team P.U CAK pada tahun ini. Memang team P.U CAK pada tahun ini berbeza dengan team P.U CAK pada sidang lepas. Just Jaja sorang je yang senior among them. Pada mulanya, senarai awal P.U CAK 2010 adalah Didi, Yap, Kak Mia, Elfa, Cima dan Ehsan. Ada enam kesemuanya. Namun aku mengabulkan permintaan Elfa untuk pergi ke Perik pada minggu pertama dan membenarkan Ehsan untuk pergi ke Bris pada minggu kedua. Bermulalah kisah Elfa menjadi P.U di Perik. Kisah selanjutnya biarlah aku, S.U Perik dan Elfa ja yang tahu. Aku pun tak kesah pertukaran Elfa sebenarnya.

Kemudiannya Boon Chuan yang aku letakkan sebagai fasi pada mulanya meminta untuk menjadi P.U dan aku gantiukan beliau dengan Kak Mia, yang dinaikkan sebagai Fasi. Pada minggu pertama, 5 orang P.U aku iaitu Didi, Yap, Ehsan, Cima dan Boon Chuan. Namun berlaku perubahan mendadak pada sehari sebelum pergi ke kem. Dua orang fasi aku iaitu Yat dan Abel tidak dibenarkan untuk pergi PIMPIN dan aku terpaksa menaikkan Cima dan Boon Chuan sebagai fasi. Namun akhirnya pada minggu kedua, team P.U CAK mendapat kekuatan baru bila Jaja meyertai team selaku orang lama CAK. Pada minggu kedua, P.U aku adalah Didi, Yap, Cima, Jaja dan Boon Chuan. Pada minggu ketiga plak, dua orang P.U aku tak dapat datang, maka aku menarik dua orang fasi untuk menjadi P.U iaitu Lalan dan Ekin. Team pada minggu ini adalah Yap, Cima, Jaja, Ekin dan Lalan. Kenapa aku memilih Ekin dan Lalan, kerana mereka berdua menunjukkan effort untuk membantu aku semasa mereka masih bergelar fasi. Pada minggu keempat aku terpaksa akur dengan permintaan KF untuk menaikkan Boon Chuan sebagai fasi dan digantikan dengan Fatimah. Pelajar pun tidak ramai, jadi aku kira tidak mengapalah. Lagipun peserta adalah pelajar antarabangsa.

Ini merupakan ayahanda CAK. Dr. Naza yang sempoiy.. sedih sangat bila Dr. Naza pergi ke Perik pada siri ke-4... hahaha..




Yap

Kekuatan: Barangan elektronik, barangan modul, statistik pelajar, survival cooking, penyelesaian masalah dan pembentangan

Cima
Kekuatan: Kebersihan peralatan, stok bilik gerakan, belanja berhemat, kawalan makanan, survival cooking, susun atur bilik gerakan


Didi
Kekuatan: Daya pemujukan, kebajikan KK dan KU, statistik tenaga penggerak, penjaga bilik gerakan

Ekin
Kekuatan: Tahan maki, runner yang baik, second cameraman, cabaran minda, denda dan amanah tambahan


Lalan

Kekuatan: Cameraman, kebersihan dewan, Back Up peralatan elektronik, pembersihan peralatan kotor, runner keluar daripada kem



Jaja
Kekuatan: Handycam, tayangan video, back up peralatan elektronik, runner peralatan modul

Boon Chuan
Kekuatan: Cameraman, runner yang pantas, peralatan modul, back up peralatan elektronik, khemah
Actually banyak lagi kekuatan dorang yang aku tak tertulis... Kalau nak tulis kelemahan pun ada jugak. Tapi dorang da buat yang terbaik. Aku pun bukan yang terbaik. Bukan hak aku untuk mempersoalkan kelemahan mereka. Commitment mereka sudah cukup untuk mengharukan aku... terima kasih korang....
YZYZ

Unexpected

Saturday, August 14, 2010 § 2

Bila last update blog arrr?? Yess, 1st August if I'm not mistaken. Well everytime I'll learn a very new things. Banyak sangat benda yang aku belajar dan banyak benda yang aku nak cerita actually. For those yang rapat ngn aku mungkin akan faham dan mungkin juga tak berapa nak faham. Hahaha...

Sepanjang pemergian aku tak berblog nih, banyak rupanya benda yang dah berlaku. Nak recap one by one bleh x?


PERTAMA

Kemasukan pelajar baru. Semasa kemasukan pelajar baru, kami PKS sedang bertungkus lumus untuk mengedarkan surat tawaran yang berjumlah dekat beribu. Terus terang aku katakan aku memang suka membantu. Tapi kadang aku ni jenis yang voice out. Kalau benda tu nampak salah dan nampak tak berapa nak betul maka aku akan betulkan. Sebab tu kot dorang gelar aku editor. Dari mula buat surat sampai la nak ke sudah, ade je keslahan yang aku nampak. Tapi surat pun da selamat diedarkan. Biaq pi lah...


KEDUA

PIMPIN Siswa 2010 pun bermula. Aku bertindak sebagai SU kem. Aku tak suka orang yang terlalu bossy, maka aku tidak akan membossykan diri aku. So jangan expect aku untuk jadi bossy. Aku tak bayar PU aku. Dorang bukan kuli aku. Dorang berkhidmat dengan sukarela. Welfare dengan anak buah harus dijaga. Aku tak kan paksa PU aku untuk datang membantu aku. Kalau nak datang dipersilakan, kalau ade hal lain, tak yah datang. Itu saja. Namun aku sangat appreciate PU2 aku sekalian. Commitment dorang dan daya usaha dorang memang sesuatu yang harus dibanggakan. Cuma satu nak diingatkan, manusia yang berpewatakan serupa pun susah nak jumpa, so apatah lagi sekumpulan manusia yang berpewatakan serupa.

Antara prinsip yang aku pegang adalah, BELAJAR DARIPADA KESILAPAN. Sebab itu aku tidak pernah marah sekiranya PU2 aku melakukan kesalahan asalkan ada penambahbaikkan daripada kesalahan itu. Mungkin orang luar tak nampak, tapi selaku orang yang memantau mereka, memang aku nampak jelas. Next time aku akan buat post khas untuk PU2 aku semata2... Thanks YAP, CIMA, DIDI, JAJA, LAN, BOON CHUAN, EKIN... Biaq apa orang nak kata korang da buat yang terbaik.


CONVOCATION

Selepas fight berkali2, akhirnya aku berjaya gak graduate. Da konvo da pun. Sepanjang aku belajar, aku sering dikecam sebab berlagak tak nak extend. Kononnye satu kesilapan besar aku tak nak extend. Aku dikecam sebab amek unit sampai 18 - 20 every semester. Aku dikutuk sebab terlalu aktif. Aku dicerca sebab tak rapat dengan coursemate. Turun naik pointer aku, aku ja yang tahu. Macam mana aku struggle buat FYP dalam seminggu. Aku masuk lab kol 8 pagi kuar kol 1 pagi. Study punya study paper fizik, last2 sekali gagal. Merayu la plak nak buat KSCP. Macam2 lagi. Tapi aku pun da graduate. Semua tu da lepas. Sekarang fokus ngan pencarian kerja yang akan bermula hari ini. Walaupun sekarang da kerja, tapi kerja ni actually tak ada secure. So aku kena mula cari kerja tetap...


Actually banyak benda yang nak bebel. Tapi later laaa... Nanti kalau ada masa update balik blog dengan cerita2 panas dan gambar2 yang menarik.. Heheh..

Bubbye..

YZYZ...

HIBA

Monday, August 2, 2010 § 3

Biar aku cakap direct je la ekh. Tak perlu la rasanya aku nak berpuitis2 bagai. Pada kem terakhir ni, aku merasa sedikit hiba, apabila satu demi satu manusia daripada team yang aku bentuk untuk PIMPIN Siswa tak dapat bersama pada minggu terakhir. Terutamanya Dr. Naza. Then Cik Kak Fuzah pun takda. Apai selaku TKK ada presentation. Turut membuat aku merasa hiba apabila tiga orang PU aku yang aku kira sangat rapat sesama kami turut tiada. Bermula dengan DiDi, then Lalan, dan akhir sekali apabila Yap pun terpaksa pergi meninggalkan team CAK pada minggu terakhir.

Namun patah tumbuh,hilang berganti. Pemergian DiDi diganti dengan Cima yang memang komited. Selepas Yap pergi, aku bagi orientation 15min kepada Jaja terhadap barangan teknikal, dan Jaja mampu untuk handle dengan sangat baik. Lalan pula diganti dengan Fatimah, setelah posisi Fatimah ditukarkan menjadi PU. Aku sangat bersyukur kepada Allah kerana memudahkan segala urusan aku. Namun aku tetap merasa hiba. Pada malam aku terpaksa melepaskan Yap pergi pun dah terasa begitu berat. Tambah lagi bila time makan tu, Dino and Cik Mitra purposely buat telur stim, sebab Yap mengidam nak makan telur tu. So terpaksa la aku n Cima ngabeskan telur tersebut, dan tak disangka Cima menangis bila aku call Dr. Naza dan bersembang tentang apa yang berlaku di kem.

Segala menjadi hiba, tapi kem tetap perlu diteruskan. Aku tak boleh biar emosi mempengaruhi aku, dan aku kira segalanya berjalan dengan lancar mengikut cara aku.

Ni just apa yang belaku pada kem terakhir. InsyaAllah nanti aku share segala yang berlaku pada siri2 sebelum ini.

TQ...

YZYZ

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...