Please Click Me

Dulu Aku, Kini Mereka

Tuesday, August 24, 2010 § 0

Assalamualaikum...

Pengisian blog kali ini aku tujukan khas buat P.U2 aku yang terchenta. Aku nak kongsi macam mana aku bentuk team P.U CAK pada tahun ini. Memang team P.U CAK pada tahun ini berbeza dengan team P.U CAK pada sidang lepas. Just Jaja sorang je yang senior among them. Pada mulanya, senarai awal P.U CAK 2010 adalah Didi, Yap, Kak Mia, Elfa, Cima dan Ehsan. Ada enam kesemuanya. Namun aku mengabulkan permintaan Elfa untuk pergi ke Perik pada minggu pertama dan membenarkan Ehsan untuk pergi ke Bris pada minggu kedua. Bermulalah kisah Elfa menjadi P.U di Perik. Kisah selanjutnya biarlah aku, S.U Perik dan Elfa ja yang tahu. Aku pun tak kesah pertukaran Elfa sebenarnya.

Kemudiannya Boon Chuan yang aku letakkan sebagai fasi pada mulanya meminta untuk menjadi P.U dan aku gantiukan beliau dengan Kak Mia, yang dinaikkan sebagai Fasi. Pada minggu pertama, 5 orang P.U aku iaitu Didi, Yap, Ehsan, Cima dan Boon Chuan. Namun berlaku perubahan mendadak pada sehari sebelum pergi ke kem. Dua orang fasi aku iaitu Yat dan Abel tidak dibenarkan untuk pergi PIMPIN dan aku terpaksa menaikkan Cima dan Boon Chuan sebagai fasi. Namun akhirnya pada minggu kedua, team P.U CAK mendapat kekuatan baru bila Jaja meyertai team selaku orang lama CAK. Pada minggu kedua, P.U aku adalah Didi, Yap, Cima, Jaja dan Boon Chuan. Pada minggu ketiga plak, dua orang P.U aku tak dapat datang, maka aku menarik dua orang fasi untuk menjadi P.U iaitu Lalan dan Ekin. Team pada minggu ini adalah Yap, Cima, Jaja, Ekin dan Lalan. Kenapa aku memilih Ekin dan Lalan, kerana mereka berdua menunjukkan effort untuk membantu aku semasa mereka masih bergelar fasi. Pada minggu keempat aku terpaksa akur dengan permintaan KF untuk menaikkan Boon Chuan sebagai fasi dan digantikan dengan Fatimah. Pelajar pun tidak ramai, jadi aku kira tidak mengapalah. Lagipun peserta adalah pelajar antarabangsa.

Ini merupakan ayahanda CAK. Dr. Naza yang sempoiy.. sedih sangat bila Dr. Naza pergi ke Perik pada siri ke-4... hahaha..




Yap

Kekuatan: Barangan elektronik, barangan modul, statistik pelajar, survival cooking, penyelesaian masalah dan pembentangan

Cima
Kekuatan: Kebersihan peralatan, stok bilik gerakan, belanja berhemat, kawalan makanan, survival cooking, susun atur bilik gerakan


Didi
Kekuatan: Daya pemujukan, kebajikan KK dan KU, statistik tenaga penggerak, penjaga bilik gerakan

Ekin
Kekuatan: Tahan maki, runner yang baik, second cameraman, cabaran minda, denda dan amanah tambahan


Lalan

Kekuatan: Cameraman, kebersihan dewan, Back Up peralatan elektronik, pembersihan peralatan kotor, runner keluar daripada kem



Jaja
Kekuatan: Handycam, tayangan video, back up peralatan elektronik, runner peralatan modul

Boon Chuan
Kekuatan: Cameraman, runner yang pantas, peralatan modul, back up peralatan elektronik, khemah
Actually banyak lagi kekuatan dorang yang aku tak tertulis... Kalau nak tulis kelemahan pun ada jugak. Tapi dorang da buat yang terbaik. Aku pun bukan yang terbaik. Bukan hak aku untuk mempersoalkan kelemahan mereka. Commitment mereka sudah cukup untuk mengharukan aku... terima kasih korang....
YZYZ

What's this?

You are currently reading Dulu Aku, Kini Mereka at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...