Please Click Me

Tempat Makan Mengamuk

Friday, August 27, 2010 § 3

Ekceli, nak buat tajuk "Restoran Mengamuk", tapi layak ke tempat2 haram jadah tu digelar restoran. Pelis laaa... haha... Ni merupakan antara bad eksperien aku bersama kawan rakan aku ketika nak makan kat tempat haram jadah nih. Aku list down kan beberapa tempat je lah ye dulu.. hahaha...


RESTORAN SERI IDAMAN, TELUK TEMPOYAK

Pertamanya aku minta dorang bersihkan meja. Then minta dorang amek order. Aku gi la solat maghrib sebab time tu baru pas buka puasa. Abes je solat, aku tengok meja tak bersih2 lagi. Order pun x amek. Aku mengamun kat kaunter, dorang suh tukar meja. Okey.. Then bila nak amek order, kata benda2 gorang memang lambat. Air-air pun lambat. Kalau nak cepat amek air jus ja sebab ada lebih2 orang buka puasa tadi. Aiiiyy bang, tak kan teh 'O' ais pun lambat nak bancuh. Tak pa lah, amek tembikai. Pastu Faiz order Koey Teow Tom Yam dan Jo n Hanif nasi putih dua. Tunggu punya tunggu, tak juga sampai2. Pastu datang la pari bakar yang dorang order kat depan tadi. Sekali makan naaah engkau. Hanyir kot. Korek2 tengok ada isi yang tak masak lagi. Minta dorang masak lagi sekali. Pastu datang sotong goreng tepung. Tadi amek 200 g dan ada empat ekor. Tapi bila Chick kira balik ada dua ja kepala sotong. Pastu Chick perasan yang pekerja tu salah hantar hidangan. Sebab sotong tu sikit sangat. Then aku menghamun la ke dapur.

Syahmi: Akak, ktorang minta nasi putih dua ja kak. Dua ja, tak banyak dan koey teow tom yam. Kata tadi tom yam cepat siap, sekarang apa cerita? Sotong tu apsal ada dua kepala ja? Tadi ktorang order 200 g ada empat ekor. Tolong panggil manager ko datang jumpa aku...

Then duduk balik kat meja, tak puas hati ngan sotong goreng tepung tu. Aku menghamun pulak kat abang lap2 meja tu. "Ape lama sangat nasi nak sampai nih? Nasi putih je pun, tak kan tu pun lambat. Sotong ni ko bagi betul ke x?"

Pastu manager dia sampai. Dia kata sebab kepala sotong tu kecik, maka dorang buang kepala sotong tu. Hotak dia. Nak kencing si kaki kencing.

Pas da sampai makanan (selepas dekat sejam menunggu) Faiz gi minta air kosong kat mak cik tu. Pastu aku dok maki2 kata aku bayar service dan makanan aku kat sini. Ingat berkat ke dorang buat pelanggan macam ni. Terus mak cik tu kata macam ni, "Weiyh, cepat la antaq ayaq kosong kat meja ni, ampa ni lambat pasai apa".. Haaa, tau takut.

Inilah dia koey teow tom yam yang aku namakan Koey Yeow Tom Yam Mengamuk... Hahaha



PIZZA HUT TACSO JELUTONG

Time ni aku makan ngan budak2 CAK. Lunch kat sini. Masuk2 je kat dalam tu, ktorang minta menu. Pastu datang la sorang abang nih konon nak amek order.

Abang: Adik amek la Ala Carte, murah je.
Ktorang: Ktorang nak set yang ni
Abang: Tapi Ala Carte lagi murah

tak lama lepas tu

Abang: (sambil membawa menu Ala Carte) Tengok harga lagi murah daripada set
Cima: Ktorang nak yang set laaa... Ingat ktorang tak mampu nak bayar ke?

Akhirnya abang tu pun mengalah. Heeiiyyy.. ko hengat ktorang ni xde duit ke? Gaji ko sebulan baru sama ngan gaji separuh bulan aku nak berlagak. Pastu tiap kali lalu depan ktorang buat muka kerek. Pastu tuduh ktorang main tekan2 bell.. IIssshhh... ko tu kerja Pizza je pun, amek order orang jangan la nak kerek kat ktorang. Tak puas hati punya pasal sebab sepanjang kat situ ade je probs die ngn ktorang, diketuai oleh Didi, ktorang start mencurah sos la.. parmesan la.. koyak2 tisu.. terbalikan pinggan mangkuk.. jatuhkan garfu.. sembunyikan pencungkil pizza dan segala benda lagi. Curah2 air lebih... Pastu time nak bayar, ktorang saja nak tayang sebab lam wallet aku ada RM500 time tu. Pastu sebelum nak blah, aku cakap kat akak cashier, kirim salam kat abang yang tuuuuu, dengan nada yang nyaring. Agak puas bila tengok dia terpaksa kemas sepah yang ktorang buat. Hamek ko, kerek sangat ngan ktorang.


KEDAI NASI GORENG KETAM, JURU

Time ni aku makan ngn member dari engineering campus. Saja nak merasa buka posa jaoh2 kan. Kedai ni kununnya pernah masuk TV3. So macam agak faymes la.. Macam hanjing ada laa.. Masa mula2 masuk, ktorang kena halau kot. Kononnya semua meja da fully booked. Tapi dia selit la jugak kat satu celah antara dua family nih. pastu ktorang tanya, abang nak ktorang order kat kaunter ke orang datang amek order. Dengan slumber nye abang bodoh tu jawab "ENTAH".. blah gtu je. Nasib ada kakak tu datang amek order, kalau tak, ade gak yang kne smackdown. Pastu aku tnya akak tu, sotong goreng tepung ada x?... Akak tu jawab ada... Pastu kami pun order lah. Lepas agak lama jugak menunggu, then 2-3 minit before berbuka sampai la jugak makanan kami. Pastu yang herannya, sotong goreng tepung tak juga sampai2. Pastu ngadu kat abang2 yang kerja kat situ. Buat dunno jek. Sekali budak2 ni da geram macam2 sumpah seranah laaa... Da la sebelum nak buka tadi banyak da kowt customer yang dorang halau. Ape punya kedai la halau rezeki. Kot ye pun kedai ngkau tu faymes sangat, letak la signboard kata dah penuh. Tak yah la orang nak menyinggah agi. Ko pun takdelah kumpul dosa halau rezeki ngkau. Pastu time nak bayar, budak2 ni bersusun tinggal nak maki owner kedai tuh. Rupa2nya dia tak tulis pun sotong goreng tepung. Pastu dia kata nape tak refer balik. Oiyt cik kak aku da ngadu kat pekerja sengal dan sial ngkau tuh, buat dunno ngan aku. Tak nak berniaga sudah. Tak yah banyak bunyik. Mengahambur la jugak time nak membayar tuh, sekali ngn anak-anak buah CAK aku.


BAYAN MUTIARA

Kat sini pun agak kenyang gak ngn maki aku. Actually ada dua kedai kat sini, satu kedai kaler merah, satu kedai kaler biru. Banyak dah pengalaman memaki kedai kat sini. Tapi nak cter the recent one, apa yang berlaku waktu buka posa ptg tadi ngn Faiz, Kery n Pah. Pertamanya waktu amek order bagai tu, boleh tahan lagi. Tapi sejurus lepas makanan sampai, datang dah aura menghamun aku. Pertama sotong goreng tepung dia sangatlah sikit. Pastu nasik tak sampai lagi. Da lepas waktu berbuka baru sampai. Telur bungkus macam sayur balut ngn tisu. Dah tu harga makanan plak Nauzubillah, mahalnya. Aku pun memulakan serangan aku. Pertama aku serang kakak yang hantar makanan. Aku maki nasi tak sampai lagi. Pastu tanya dia berapa ringgit harga sotong tu. Dia jawab nasi jap lagi sampai. Sotong tu dia tak tau harga. Pastu aku bawak sotong tu pergi dapur. Memaki kat abang tukang masak tu plak. Maki2 berapa harga sotong tu. Apsal sikit sangat. Dia pass kat abang jaga kaunter. Aku memaki abang kat kaunter lak, dia kata harga sotong tu RM5.00 ... Lima hengget hokkeeyyy... nak tau banyak mana sotong tu?.. meh sini aku tunjuk

Harga RM5.00 okey... dah la sejemput, mahal plak tuh

Aku pun memaki2 depan kaunter sambil disaksikan oleh pelanggan yang kunun nak beratur membeli. Pastu memaki2 depan meja sambil disaksikan oleh customer kiri kanan. Aku pedulik hapa.. servis macam taik. Aku bayar kowt makanan dan servis korang tu.. Aku deserve dapat layanan dan makanan yang baik..

Ni antara lokasi kejadian maki-memaki tu berlaku

Ini plak merupakan lokasi salah satu kedai yang choy tersebut. Kedai ni terletak kat area Bayan Mutiara. Kalau nak gi Queensbay jumpa roundabout selepas flyover, amek kol 9 then straight. Tu la lokasi kedai2 choy tersebut.


Aku sebenarnya tak da niat nak marah2, tapi aku pantang betol benda yang aku akan bayar tapi dapat hasil yang choy. Memang aku doakan keburukan laa.. sekiranya aku teraniaya

Baeklah...
Sampai sini dulu...

Bubbye...

YZYZ...

What's this?

You are currently reading Tempat Makan Mengamuk at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 3 Response to “Tempat Makan Mengamuk”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...