Please Click Me

Unexpected

Saturday, August 14, 2010 § 2

Bila last update blog arrr?? Yess, 1st August if I'm not mistaken. Well everytime I'll learn a very new things. Banyak sangat benda yang aku belajar dan banyak benda yang aku nak cerita actually. For those yang rapat ngn aku mungkin akan faham dan mungkin juga tak berapa nak faham. Hahaha...

Sepanjang pemergian aku tak berblog nih, banyak rupanya benda yang dah berlaku. Nak recap one by one bleh x?


PERTAMA

Kemasukan pelajar baru. Semasa kemasukan pelajar baru, kami PKS sedang bertungkus lumus untuk mengedarkan surat tawaran yang berjumlah dekat beribu. Terus terang aku katakan aku memang suka membantu. Tapi kadang aku ni jenis yang voice out. Kalau benda tu nampak salah dan nampak tak berapa nak betul maka aku akan betulkan. Sebab tu kot dorang gelar aku editor. Dari mula buat surat sampai la nak ke sudah, ade je keslahan yang aku nampak. Tapi surat pun da selamat diedarkan. Biaq pi lah...


KEDUA

PIMPIN Siswa 2010 pun bermula. Aku bertindak sebagai SU kem. Aku tak suka orang yang terlalu bossy, maka aku tidak akan membossykan diri aku. So jangan expect aku untuk jadi bossy. Aku tak bayar PU aku. Dorang bukan kuli aku. Dorang berkhidmat dengan sukarela. Welfare dengan anak buah harus dijaga. Aku tak kan paksa PU aku untuk datang membantu aku. Kalau nak datang dipersilakan, kalau ade hal lain, tak yah datang. Itu saja. Namun aku sangat appreciate PU2 aku sekalian. Commitment dorang dan daya usaha dorang memang sesuatu yang harus dibanggakan. Cuma satu nak diingatkan, manusia yang berpewatakan serupa pun susah nak jumpa, so apatah lagi sekumpulan manusia yang berpewatakan serupa.

Antara prinsip yang aku pegang adalah, BELAJAR DARIPADA KESILAPAN. Sebab itu aku tidak pernah marah sekiranya PU2 aku melakukan kesalahan asalkan ada penambahbaikkan daripada kesalahan itu. Mungkin orang luar tak nampak, tapi selaku orang yang memantau mereka, memang aku nampak jelas. Next time aku akan buat post khas untuk PU2 aku semata2... Thanks YAP, CIMA, DIDI, JAJA, LAN, BOON CHUAN, EKIN... Biaq apa orang nak kata korang da buat yang terbaik.


CONVOCATION

Selepas fight berkali2, akhirnya aku berjaya gak graduate. Da konvo da pun. Sepanjang aku belajar, aku sering dikecam sebab berlagak tak nak extend. Kononnye satu kesilapan besar aku tak nak extend. Aku dikecam sebab amek unit sampai 18 - 20 every semester. Aku dikutuk sebab terlalu aktif. Aku dicerca sebab tak rapat dengan coursemate. Turun naik pointer aku, aku ja yang tahu. Macam mana aku struggle buat FYP dalam seminggu. Aku masuk lab kol 8 pagi kuar kol 1 pagi. Study punya study paper fizik, last2 sekali gagal. Merayu la plak nak buat KSCP. Macam2 lagi. Tapi aku pun da graduate. Semua tu da lepas. Sekarang fokus ngan pencarian kerja yang akan bermula hari ini. Walaupun sekarang da kerja, tapi kerja ni actually tak ada secure. So aku kena mula cari kerja tetap...


Actually banyak benda yang nak bebel. Tapi later laaa... Nanti kalau ada masa update balik blog dengan cerita2 panas dan gambar2 yang menarik.. Heheh..

Bubbye..

YZYZ...

What's this?

You are currently reading Unexpected at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 2 Response to “Unexpected”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...