Please Click Me

Cara Kami Memartabatkan Nama Melayu

Monday, September 20, 2010 § 0

Dua hari lepas kalau tak silap, kami ada membuat perbincangan mengenai pelbagai topik, seperti bahasa, suku kaum, diri dan sebagainya. Banyak benda yang dibualkan sehingga membawa kepada kuasa gelombang pemikiran. Namun, itu bukan fokus utama post kali ini, sebaliknya, ingin menghebahkan mengenai salah satu topik perbualan kami iaitu bahasa Melayu Lama.

Segalanya bermula apabila Faiz bercadang untuk menggangu Khairy dan Pah menggunakan nombor Maxisnya. Faiz memberitahu aku mengenai perkara ini. Menggunakan nama samaran Raden Atillia, Khairy seakan dapat menghidu itu hanyalah gurauan semata-mata. Namun Khairy telah mengkomersialkan nama Raden Atillia kepada semua orang dan dari situlah wujudnya nama-nama Melayu lama lain dari pelbagai suku dan etnik ingin kami ketengahkan. Berikut merupakan nama-nama Melayu lama yang diberikan kepada setiap orang:


  1. Faiz - Raden/Pengiran
  2. Khairy - Daeng
  3. Chick - Melur (siang) / Mokorjo (Malam)
  4. Pah - Dahlia
  5. Sherra - Chempaka
  6. Razzu - Cengal
  7. Ayu - Tanjung

Kepada sesiapa sahaja, anda juga boleh memilih nama Melayu lama anda sendiri. Kami memiliki banyak stok nama seperti, Meranti, Jati, Kembang Cina dan sebagainya...

Haha...

Kepada Razzu, bersabar ya, kerana anda akan dinaikkan pangkat pada Tahun Kedua menjadi Daeng Cengal (memandangkan Daeng akan bergraduasi pada tahun depan)...

Kepada ahli lembaga lain yang masih belum mempunyai nama Melayu lama anda, silalah berurusan dengan pegawai pendaftaran kami iaitu Raden dan Melur Mokorjo...

Hahaha...

(Sebenarnya, aku masih berasa hyper sebab makan gula banyak sangat semalam... uhhh)

YZYZ

What's this?

You are currently reading Cara Kami Memartabatkan Nama Melayu at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...