Please Click Me

In Loving Memory of...

Wednesday, September 15, 2010 § 1

Hari ini, aku dan Solihin pergi ke pejabat dalam keadaan yang biasa. Terlewat 30 minit aku kira, kerana kami masuk pejabat pada jam 8.40 pagi. Tiada apa yang ganjilnya pagi ini, melainkan kereta yang sedikit. Aku pun pergi ke pantri dan meletakkan kek lapis ke dalam peti sejuk, masak air dan terus pergi ke meja aku. Buka laptop dan perkara pertama yang dilakukan adalah menyemak laman sosial FaceBook dan juga emel. Kemudian ternampak status kak Eyra Hamzah yang berbunyi begini:

Al- fatihah buat mohd hafizul azlin a.k.a ba...



BA mewakili platun untuk mengambil hadiah platun terbanyak menerima amanah tambahan daripada Dato' TNC ketika kursus TOT PIMPIN Siswa 2010

Aku pun agak terkejut dan tergamam. Apa yang berlaku. Aku menghantar komen kepada status tersebut, namun tiada jawapan daripada Kak Eyra. Aku pun mengambil langkah untuk menelefon Kak Eyra untuk bertanya. Rupa-rupanya sahabat kita Mohd. Hafizul Azlin bin Rodi telah kembali rahmatullah ketika tidur selepas subuh pagi tadi. Aku cuba untuk memastikan berita yang baru diterima. Semua kenalan yang dipastikan mempunyai kaitan dengan arwah dihubungi. Ternyata berita tersebut memang benar. Kami cuba pula untuk menghubungi ahli keluarga. Habis fail-fail tenaga penggerak PIMPIN Siswa dibuka untuk mencari maklumat waris arwah. Namun arwah tidak meletakkan nombor telefon waris. Aku menghubungi rakan di Pusat Kokurikulum (Tokwan) dan beliau juga mengesahkan berita tersebut dan telah memberi nombor telefon ayah arwah. Aku memberitahu berita ini kepada Kak Su dan juga Kak Siti. Kak Su dan Kak Siti bukan lagi seolah tetapi tidak percaya atas pemergian ini. Perkara pertama yang terkeluar dari mulut mereka adalah "Budak ni baik ni, suka tolong kat PUMA. Suka senyum. Kalau masuk ofis dok tegur Hai Kak Siti"

Begitulah pemergian seorang sahabat kita BA. Walaupun Kak Su dan Kak Siti tidaklah mengenali beliau, namun masih dapat menyentuh hati kedua orang Pembantu Tadbir tersebut. Sepanjang hari ini, semua kenalan arwah banyak menulis tentang arwah dan berasa sedih atas kehilangan arwah. Aku walaupun sebenarnya tidaklah terlalu rapat dengan arwah, masih terasa sebak. Ternyata kehilangan arwah telah menyentuh ramai pihak. Malah ada yang menangisi pemergian ini. Sememangnya arwah seorang yang baik dan lembut hatinya sehingga di saat akhir sebelum dikebumikan pun orang masih menyanjung kebaikan arwah.


Antara rakan-rakan yang rapat dengan arwah


Aku mengenali arwah semasa kursus TOT PIMPIN Siswa 2010. Pada ketika itu, aku sangat mengingati kelincahan arwah membuat senaman Poco-poco. Arwah sememangnya pandai menari dan sangat aktif. Selesai sahaja kursus TOT, aku dan Kak Ika berebut untuk mengambil arwah untuk dijadikan fasi di kem kami nanti. Namun perjanjian damai dibuat dan Kak Ika mengambil arwah menjadi fasi, dan aku pula mendapat Yap sebagai PU. Sepanjang persiapan PIMPIN Siswa, arwah selalu membantu di PUMA. Ada sahaja kerja-kerja yang dilakukan dan arwah sangat rajin untuk membelikan makanan untuk PKS yang bekerja hingga awal pagi. Kadang arwah selalu bertanya kepada aku, busy ke tak, atau apa yang aku buat dan semestinya jawapan aku adalah sarcasm. Itu bukanlah suatu masalah buat arwah mendengar jawapan sebegitu dari aku.


Arwah memang seorang yang aktif dan lincah

Aku sebenarnya tidaklah terlalu rapat dengan arwah, namun kehilangan arwah telah menginsafkan aku. Betapa mudahnya Allah menentukan ajal seseorang tidak kira tua muda, sakit atau sihat. Aku betul-betul menginsafi diri aku. Sudah banyakkan bekalan yang aku bawa untuk alam seterusnya. Sudahkah aku bertaubat atas dosa-dosa yang aku lakukan selama ini. Sempurnakah solat aku selama ini? Apa akan jadi sekiranya aku juga berada di tempat BA sekarang, apakah yang aku lakukan? Kesalkan masa yang aku habiskan dengan hiburan yang melalaikan sehingga mengabaikan amalan yang wajib diperintahkan Allah. Dalam kita sibuk mengenang arwah, kenanglah juga diri kita kerana itu merupakan kebaikan terakhir yang arwah bagi kepada kita. Keinsafan tentang amal diri yang masih kurang dan dosa yang masih menggunung. Sama-sama kita doakan semoga amal kebaikan arwah diterima di sisi Allah, segala dosa yang dilakukan diampunkan, taubat diterima dan kemaafan dari kita dan arwah diredhai...


dalam kenangan
MOHD HAFIZUL AZLIN BIN RODI a.k.a BA
1988 - 2010




A Son
A Brother
A Friend


Al- Fatihah


YZYZ

What's this?

You are currently reading In Loving Memory of... at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 1 Response to “In Loving Memory of...”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...