Please Click Me

KECOH BETUL

Monday, September 6, 2010 § 2


Semenjak pendedahan Lady GaGa sebagai puppet Illuminati dan gerakan Freemason, semakin ramai aku tengok warga Malaysia prihatin terhadap perkara ini. Setiap hari ada sahaja artikel dan video mengenai Illuminati dan pemujaan syaitan di'post'kan di laman sosial seperti facebook. Tak kurang juga ada yang menulis blog mengenai perkara2 ini. Secara jujurnya, aku telahpun membaca artikel mengenai Freemasonry semenjak aku sekolah menengah lagi. Aku juga telah mendedahkan diri terhadap simbol2 freemasonry dalam hidup aku. Kegilaan aku dulu adalah Checkered Floor dan geometrical. Malah aku sangat mengagumi shomanship puppet2 ini seperti Madonna, Christina Aguilera dan sebagainya.

Pagi ini, sewaktu melayari laman sosial FaceBook, tiba2 tangan ter'click' post berkaitan iklan raya TV3 yang dikatakan mengandungi unsur2 illuminati dan sebagainya. Malah apabila membaca komen, ternampak pula komen mengenai AJL24 yang juga sarat dengan perlambangan gerakan Freemason. Maka aku pun mulalah mem'browse' dan meng'google' beberapa laman web yang bercerita mengenai kontroversi ini.

Memang diakui, bacaan pertama sarat dengan informasi dan memang agak terkejut dengan pendedahan tersebut. Sewaktu menonton AJL dahulu, memang aku akui aku tertarik dengan perlambangan yang dibuat. Seperti yang telah aku katakan sebelum ini, aku memang cepat tertarik dengan simbol2 yang dgunakan oleh puppet Illuminati. Maka apabila AJL memaparkan beberapa perlambangan tersebut, aku menjadi terpukau dan mengatakan akhirnya persembahan artis2 di Malaysia da menunjukkan peningkatan.

Tapi pendedahan tersebut menyebabkan aku membuka mata sikit demi sikit. Walaubagaimanapun, bukan pendedahan tersebut yang menarik minat aku. Selepas membaca blog dan artikel yang pertama, aku pun membuka blog dan artikel yang kedua. Ayat dan imej yang sama dipaparkan. Buka pula blog dan artikel ketiga, juga ayat dan paparan yang sama. Begitulah seterusya.

Malah sebentar tadi, ketika aku masih online, aku masih melihat beberapa orang friend aku turut berkongsi pautan tersebut dengan rakan2 mereka. Dalam kita sibuk menentang gerakan freemason, sebenarnya dalam diam kita turut menjadi puppet kepada mereka. Iklan tersebut telahpun ditarik balik, namun dengan menekan butang 'share' pada facebook, ada telah memberi peluang kepada ribuan rakan anda untuk melihat kembali iklan tersebut. Jika anda marahkan TV3 kerana mengeluarkan iklan tersebut, maka marahlah diri anda juga kerana menyebarkan iklan tersebut sedangkan anda telah tahu maksud disebaliknya. Memang benar niat anda baik untuk membawa kebenaran kepada rakan2 anda, tapi cara anda itu dalam diam sebenarnya telah mempromosikan pergerakan ini.

Daripada kita menyebarkan perkara yang buruk, lebih baik sekiranya kita share benda2 yang baik. Sama seperti kes lady GaGa, kita kecoh tentang unsur2 Illuminati yang dia bawa, menyebabkan saham Lady GaGa semakin meningkat... Memang itu tujuan mereka, yang mengikut mereka akan menyebarkan dengan cara yang baik. Pada yang menentang pula akan menyebarkan dengan cara yang songsang, tetapi hasilnya nanti tetap sama. Oleh itu adalah sebaik2nya jika kita berdiam diri sahaja kalau nak memboikot dan teruskan meminati dorang kalau menyokong...



Seperkara lagi, aku sangat menyelar penulis-penulis blog yang hanya tahu menciplak tulisan orang lain. Kalau ye cik bang cik kak oiy nak bagi tulisan ampa tu nmpk ilmiah, tak perlu la kowt nak copy paste bulat2. Nampak sangat kowt. Sepuluh blog aku buka tadi, sepuluh2 tulisan dan gambar semua sama. Haram jadah betol. Entah2 ko tu pun same pemuka setan, harap je nak tulis tentang illmuninati...






YZYZ

What's this?

You are currently reading KECOH BETUL at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 2 Response to “KECOH BETUL”

  • Anonymous says:

    Sgt irony. Ckp jgn dok share iklan tv3.. But in the same time, ko post gamba2 dlm blog yg turut memainkan peranan yg sama. Hehe. Jgn marah ek, syahmi..

  • Syahmi says:

    as u always know, this kinda crap already being posted over and over. Every little details that I shared have their own meanings. I'm not against Lady GaGa or Madonna as I adore their music. Plus I'm not posting the relationship between both of 'em with Illuminati. GaGa is receiving her VMA's and Madonna during her so called concert (forget the name of the concert dy. Plus if u wanna post this crap in ur blog, u must be very prepared, so I have my own explanation...

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...