Please Click Me

Mari Makan Macam Syahmi

Monday, September 27, 2010 § 3

Hahaha...

Arini aku mulakan hari dengan malas nak bangun tidur. Golek golek dah kol 7.55am, baru la terhegeh2 nak gi mandi bagai. Sebelum tidur semalam, aku mensasarkan beberapa sasaran pada minggu ini. Antara highlight aku adalah, aku hanya akan belanja sebanyak RM140.00 sahaja untuk makan dan hiburan. Itu sahaja. Tidak akan ada peruntukan tambahan. Bermakna, aku akan hanya belanja sebanyak RM20.00 sehari... Wah, cabaran baru.

Kedua, aku mensasarkan untuk berjisim sebanyak 80 kg pada Ahad ini. Haha.. Berat aku before raya adalah 80.8 kg. Selepas raya naek jadi 82.5 kg kalau tak silap.Oleh itu, dalam minggu ini aku mensasarkan berat aku menjadi 80 kg sahaja. Memang boleh dicapai, memandangkan aku pernah mempunyai berat serendah 73 kg.

Sekiranya aku mampu mengawal pemakanan aku, maka perbelanjaan aku juga akan dapat dikawal. Haha.. Maka apa yang aku ingin sasarkan adalah:

  1. Makan mengikut jadual. Breakfast, lunch dan light dinner. Sekiranya breakfast diambil pada jam 10 pagi ke atas, maka lunch haruslah dielakkan. Dinner tidak boleh consume karbohidrat sebagai main dish. Kena makan makanan bersup sahaja.
  2. Banyakkan minum air kosong sahaja. Air-airan yang manis harus dielakkan.
  3. Junk food harus dielakkan. Banyakkan makan buah-buahan yang segar.
Jap lagi la sambung tulis.. sebab Chick da ajak gi lunch... Bye...

YZYZ...

What's this?

You are currently reading Mari Makan Macam Syahmi at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 3 Response to “Mari Makan Macam Syahmi”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...