Please Click Me

SolihErk

Thursday, September 9, 2010 § 4


Post kali ini ditujukan khas buat roomie ku yang
(cute katanya) style dan sengal... Haha... Aku mendapat inspirasi menulis tentang beliau setelah membaca blog beliau yang sengal iaitu Erk. Diingatkan penulisan dan pembahanan terhadap beliau adalah tidak mendapat persetujuan dan kerelaan beliau, maka kalau beliau nak menyaman aku, pleeeaaaassseeeeeee TOLONG LA JANGAN... daku tidak berduit... uhuk...

Bermulanya aku mengenali beliau ketika kem MPDCG. Waktu tu, status beliau sama macam aku, penyebok kat kem desa laen. Aku ngan dia budak Tekun, tapi sebok je mencapap kat MPD Desa laen... haha... tapi time tu x kenal rapat sangat ngan beliau. Aku urus setia, beliau lak jadi peserta. Padan muka.. haha.. balik dari kem tu, aku tak dpt kunci bilik aku, maka terpaksa la aku menumpang berteduh kat bilik beliau semalam. Time tu serius aku x bnyk cakap sangat ngan mamat nih. Haha.. Aku kan pemalu, mana nak reti menyembang ngan orang yang aku baru kenal. (Lagipun, rambut die time tu potong ala2 budak nerd, so aku ingat la mamat ni jenis2 sengal)... hahaha...


Ketika Konvokesyen kami. Mamat ni duduk dua baris dari depan aku je kowt... hahaha

Then lepas dari tu, aku jadi makin kenal ngan mamat ni, sebab dia bertanding dalam Pilihanraya Kampus, konstituensi umum. Kerja aku plak, nak kne update blog dan laman sosial dorang. Maka hendak dijadikan cerita, mamat ni tak suka la laman2 sosial cam Friendster (time tu faymes ngan Friendster agi). Maka aku la jadi orang belakang tabir berkempen untuk beliau melalui friendster... Kerja aku hari2 tengok sambutan orang terhadap blog ngan friendster mamat nih. Hahaha... Itulah first time nama beliau naik dalam laman sosial (walaupun aku yang jadi tukang buat).. Haha..



Lepas beliau dah menang PRK, aku lost contact ngan dia, sampailah moment dia letak jawatan sebagai SU Agung MPP. Aku tak suka rapat ngan orang yang berjawatan nih. Haha.. Tahun ketiga dia, agak selalu la jugak aku kuar ngan dia. Naek motor, makan, karok ngan dia dsb. tapi kami tak la comolot lagi. Baik2 gtu je... hahaha...

Sampailah moment bila kami dua orang dilantik menjadi PKS kat PUMA, dan mendeclarekan diri menjadi rumet, maka dari ctu la kami mula jadi rapat. Hahaha...

Kegemaran dia ni, adalah masuk ke dunia beliau iaitu game. Dia boleh tahan kalau main game berjam2. Pernah sekali tu, aku kuar gi makan, karok, lepak dsb. Sebelum aku kuar, dia tengah nak start main game. Aku balik dia still kaku gtu main game... Hahaha...



Btol x aku cakap???

Tiap kali aku nak kuar (dulu2 la) dia suka order McD dari aku... tapi menu dia sama je tiap2 kali order.. Inilah menu kegemaran beliau...


Spicy Chicken McDeluxe

Ingat lagi dulu, kami terpaksa nomad berpindah gi rumah alat sulit (umah kelamin la ngok). Time tu mamat ni pesan beli menu kegemaran dia. Tapi air nak tukar jadi milo. Da dua malam dia order, tapi malam pertama tu, aku lupa tukar air coke jadi air milo. Maka malam kedua tu kira nak tebus balik laaa... Then aku sampai2 je bilik, tengok dia da tertido. Maka aku letak la makanan beliau itu di sebelah tempat penidurannya... Sekali dalam kol 1.30am, KETEPEEEKKKKK... air Milo tumpah... dia tertolak.. apa punya ganas tdo.. haha



Kejadian ini telah kami ceritakan dalam keadaan double meaning kepada semua orang. "Benda coklat yang besar". hahaha... Bongok laaa... Tak pasal2 malam tu kne jadi bibik. Aku tolong la jugak, tapi tolong sikit2 je... hahaha... 10% je aku tolong. Baik tak aku.. gmbr aku xleh masuk sebab aku gune boxer je time nih.. haha.. mamat ni guna stokin untuk lap. Alasan dia sebab dia x jumpa pair stokin tu, sebab tu dia x nak hapuskan terus stokin tu.. hehe.. (Aku harap sangat ko buat details apa yang berlaku mlm tu dlm blog ngkau)... hehehe..


Satu benda yang aku pelik ngan mamat nih, dia cepat sangat terharu. Masuk fish spa terharu, pergi jumpa dentist pun terharu. Kalau x caya cuba tengok gambar kat bawah ni...


Fish Spa



Jumpa dentist


Kan betul aku cakap dia cepat terharu... Selain cepat terharu, beliau juga ada ketakutan yang melampau-lampau terhadap darah... Pernah dia cerita dia hatrick pitam sebab nmpk darah kuar dari bahagian2 kat tubuh beliau... Aku dengar cter tu, macam tengah tengok Senario waktu tahun 2000 dulu2.. haha.. (sebab time tu la aku rasa Senario paling lawak sekali)... ahahah...

Beliau juga bnyk mencipta catchpharse nya yang tersendiri, antaranya "aku yang style", "umpama bayi", dan yang paling aku suka adalah "pungkoq ang" atau "juboq"... Kalau YM, mesti perkataan "juboq" tu akan terkeluar. Maka dengan itu, aku dengan bongkaknya mempersembahkan juboq PERSONA, iaitu kereta yang dipandu oleh beliau sekarang...



PERSONA beliau bernama KECUT sebab plate number dia KCT9116. KECUT suka mandi...

Selain dipanggil menggunakan nama seperti dalam IC, beliau juga mempunyai banyak nama samaran. Antaranya:
  1. Sol
  2. Leh
  3. Hin
  4. Check In
  5. Solihin
  6. Solihim
  7. Solihing
  8. Lele
  9. Tricoxyl (eekk ni ym beliau)
  10. Balak Ain
  11. Kecut
  12. Abang Helmet
  13. Abang tak berapa helmet (sebab da tak guna moto dah)
  14. Epoll (ni kak Su suka panggil dia mcm nih)
  15. Syahmi (ni plak Kak Ika suka tersasul)
  16. Abang (khas utk ehm ehm dan adik2 die)
  17. Pungkoq (ni kalau aku panggil dia x dengar2)
Beliau juga mempunyai seorang awek. Awek beliau cunnnn... Tapi aku x nak puji lebih2. Kang dia kembang lak, leteh aku nak melayan nanti... Hahaha...

Okeys.. rasanya takat ni la dulu aku berserita tentang rumetku yang sengal ini... Hahaha.. Mesti dia bangga gila kan dpt rumet mcm aku yg kaki bahan... Hahah.. Okeyh bubbye..

YZYZ

What's this?

You are currently reading SolihErk at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 4 Response to “SolihErk”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...