Please Click Me

Archive for October 2010

Live In The Past

Friday, October 29, 2010 § 1

We should not live in the past for a very long time. It's true that sometime we have to look back at our past, but if you are looking back, then you'll be stuck in the past for a very long time. Past is past. We can't turn back time. No matter how glorious or ridiculous is your past, it's only a past. You are inventing or you are destroying something in the past, it's only a past.



Some people, or many people like to look back at their past more than they like to look for their current and future. Some time they start to look for their current condition as a past. Means, they didn't appreciate or enjoy or get through what they have until it became a past. It's a stupid kinda life.



Some people like much about their past until they bringing all of their fella to his or her past. No point you are showing your past to others, because every people have their own connotations about past.



We have to consider what we have now. What we have now is a hint of what we will have at the future. The future will come somehow and past will leave us further and further away. If you are together with your past then you'll be stuck at another dimensions which by the way will be far far away from your future.



My point here everyone, stop living and stuck at your past. No matter how beautiful or disaster it is, it's only a past. Past is past. Always bear in mind that you are at the current time and live it maximally and optimally. If you are not, then your past will be a disaster. If you do, then try to make another or even a better past.

YZYZ

Retire Young Retire Poor

Tuesday, October 26, 2010 § 0


Sekarang aku competing ngan rumet aku untuk baca satu buku nih. Buku ni merupakan hadiah graduation aku yang dibagi oleh my step-mom. Aku baca buku bukan untuk hobi, tp more for pleasure reading. Buku tu bertajuk
Retire Young Retire Rich



Tapi aku malas nak buat sesi bedah buku kat sini. Tak kuasa aku. Biaq la Lele jah yang buat sesi bedah buku nih kat padang kawad terhadap sorang minah tudung labuh tuh. Hahaha. "Student USM Jumud"... Statement yang terkeluar dari mulut penudung labuh yang juga seorang pelajar USM. So kesimpulannya penudung labuh tu pun JUMUD la jugak kan. Hahaha... Biaq kami yang JUMUD nih baca buku nih dan ampa yang JUMUD dan BERTUDUNG LABUH tuh terus-terusan dengan keriakkan ampa. Kami nih budak baru belajar lagi. JUMUD plak tuh. Haha..

Berbalik kepada topik asal. Saja nak sarcastic kat penudung labuh tersebut. Hahaha.

Actually aku dan Lele dah made up dan dah bulatkan keputusan ktorang. Apa yang berlaku biarlah berlaku. Pedulik hapa. Biarlah apa orang kata, let the future me ja yang akan fikir the future plan.

The purpose of this post adalah untuk aku baca pada kemudia hari. Kenapa aku memilih untuk membuat keputusan ini. Sebab for sure akan ada terlalu ramai yang tak akan support our decision. So in order for me to stay on my stand aku kena tulis apa yang aku rasa sekarang for future reference.

It's not an easy task to made up a decision. Banyak benda yang perlu difikir dan perlu di'gamble'kan. Pertama, aku akan jobless...



Biarlah kalau aku jobless sekalipun. Maybe it's for the best. Aku malas nak ulas dengan lebih lanjut la pun. Setiap orang ada pegangan masing-masing dan philosophy yang dorang pegang. So kalau aku tulis kat sini, for sure akan ada banyak yang tak setuju. Plus aku baru ja nak implement philosophy nih. So tak kukuh lagi lam diri aku. Kalau yang 'Let The Future Me To Think About It' tu, da lama da aku buat. So lantak la. Benda baru yang satu nih aku malaih nak publish lagi. Haha..

Secondly, aku akan broke, bukan broker. Bermakna, financial aku akan stop flowing. Paling lama aku rasa aku boleh sustain adalah dalam sebulan setengah. After that, aku akan totally broke. Out of money



Ini ke yang aku nak?. Iye la kot, ini kot yang aku nak. Baru orang boleh memadankan muka aku. Pada masa sekarang mesti aku akan cakap crap like "Duit bukan segalanya".. Tapi pada ketika aku dah broke nanti, haaa.. Baru aku tau kuasa duit tu macam mana. Baru tau sapa hamba kepada siapa. Hahaha...

Tapi semua tu aku rasa aku dah lalui kowt. Pernah broke more than 6 months, tapi still survive. Macam2 cara la untuk sustain financial aku. Sampai sanggup telan gula (bukan sweets, tapi sugar untuk orang bancuh teh kopi haa) untuk jadi bekalan tenaga. Survive tak survive. If it's take that, I'll do it...

What's the purpose of these crap? Banyak sebabnya. Banyak yang membuatkan aku nak buat semua nih. Tapi aku malaih la nak mengecoh lam nih. Kalau nak tau, sila la buat sesi membahu ngan aku.

Aku harap anytime kalau aku rasa doubtful, aku akan membaca balik post nih dan cuba ingat balik saat-saat aku da bulatkan hati aku nak buat semua nih.

YZYZ

SuJu 101

Monday, October 25, 2010 § 9

Dah lama nak buat benda merapu nih. Sekarang baru berkesempatan. Haha... Kalau ada yang nak kutuk tu, dipersilakan laaa... Hahaha


Super Junior atau ringkasannya dipanggil SuJu or SJ merupakan boy band yang sangat popular di Korea Selatan. Group ni pada asalnya dianggotai oleh 13 orang members, tapi untuk The Fourth Album, hanya ada 10 orang sahaja yang tinggal. Group ni sekarang ada 4 album, tapi aku hanya berminat ngan album ke-3 dan ke-4 sahaja. Album yang mula2 tu, aku x masuk sangat. Cam nak gelak pun ada tengok video dorang. Budak2 sangat. Haha...

Group ni dianggotai oleh Leeteuk, Heechul, Kyuhyun, Yesung, Ryeowook, Siwon, Sungmin, Donghae, Eunhyuk dan Shindong. Ahli yang dah x aktif ngan dorang adalah Kibum, Hangeng dan Kangin.

Ada beberapa sebab kenapa aku suka ngan dorang nih, especially untuk album ke-3 dan ke-4.


Management
Aku suka dengan cara management dalam group ni. Dorang ada 2 orang ketua iaitu Leeteuk dan Heechul. Dua2 nih ada perwatakan tersendiri dan ada pengarauh yang cukup kuat sama ada dalam kumpulan or ke atas fan dorang. Untuk album ke-4, single Bonamana, ada satu part Leeteuk dan Heechul back-2-back dan apparently scene tu memang menampakkan dorang sangat hot.


Leeteuk dan Heechul. Ada rumours kata Heechul nih gay, tapi x sure la betol ka x. For sure Heechul punya nama samaran adalah Cinderella... Haha... [Heechul yang guna spec tuh]

Selain ketua, dorang jugak ada kumpulan vocalist yang akan menyanyi most of the part of the song. Dorang adalah Kyuhyun, Yesung dan Ryewook. Waktu mula SuJu kuar, dorang ada tubuhkan subgroup yang bernama Super Junior K.R.Y yang dianggotai oleh 3 orang nih. Subgroup ni khas untuk lagu2 yang memerlukan vokal yang baik, lagu-lagu slow, RnB dan yang sewaktu dengannya. Selain penyanyi, dorang ada juga dancer utama seperti Eunhyuk, Donghae dan Shindong. Antara dancer yang paling ligat adalah Eunhyuk dan selalunya dia akan collaborate ngan Shindong untuk koreografi. Walaupun Shindong tu gemuk tapi koreografi dia yang kontrol. Selalu jugak selain Eunhyuk yang jadi penanda untuk tarian adalah Leeteuk. Selain tu dorang ada jugak aku kira sebagai back up singer. Sungmin dan Siwon. Sungmin dan Siwon juga selalu menyanyi tapi biasanya dorang akan nyanyi part2 yang rendah jek. Selalunya jugak Sungmin akan berpasangan ngan Ryeowook kalau nyanyi. Gabungan Sungmin-Ryeowook korang akan nampak dalam lagu Sorry sorry dan Bonamana. Aku juga perasan Siwon akan menyanyi pada permulaan dan penghujung lagu. Macam dia tu buka dan tutup lagu la konon.
Koreografi dan Komposer
Aku just realize yang dorang nih ada guna khidmat koreografer dan komposer dari US macam Nick Bass. Nick Bass adalah koreografer untuk Usher dan Justin Timberlake. Kalau dibandingkan koreografi Sorry Sorry ngan U atau Don't Don, korang konfirm gelak. Sorry Sorry memang menampakkan koreografi dorang lagi smart, teratur, seragam dan sangat cantik move dia. Kalau video dorang yang lama-lama tuh, cam harem jeh. Haha... Budak2 sangat. Rambut pun duri-duri lagi. Lagu dorang pun da ala2 US sikit, agak catchy la jugak

Penampilan
The Third and The Fourth Album memang menampakkan penampilan yang lebih classy dan smart. Dorang kebanyakkannya akan guna blazer, kemeja, jacket dan dorang da x nampak macam budak2. Rambut dorang pun da sesuai ngan muka dorang. Kalau sebelum ni semua la pakat nak rambut sepesen. Tapi sekarang rambut disesuaikan dengan bentuk wajah dan dorang nampak lagi kemas dan smart.

Sekarang, meh berkenalan ngan ahli-ahli Super Junior nih. Aku just kenalkan ngan the latest 10-members sahaja.


LEETEUK

Leeteuk ni aku perasan selalu buat jari macam tu dalam video klip or live performances. Jari macam tu pernah menggemparkan video klip Lady GaGa - Alejandro. Katanya jari tu adalah something2 ngan religious thingy. Dan katanya pemuja Illuminati suka nak buat simbol jari macam tuh. Aku pun x sure. Ke Leeteuk ni adalah puppet Illuminati kat rantau sebelah sini, memandangkan dia ada pengaruh yang sangat kuat terhadap ahli-ahli Super Junior dan juga fan dorang. IDK. Untuk single Bonamana kelihatan Leeteuk akan menggunakan choker kat leher. Kononnya benda tu pun ada kaitan ngan Illuminati. Kalau korang rajin, google la ekh perkaitan antara choker ngan Illuminati. Aku malas nak mencari.. Haha.. Tapi apa yang aku cakap ni bukan fact, maybe just kebetulan, jangan percaya bulat2 tau. Cari kebenarannya dulu.


HEECHUL

Heechul ni antara group member yang paling cantik. Dia selalu berambut panjang dan seriously kalau dia ni berambut panjang, memang nampak woman habis. Dia ni suka warna rambut dia n nak bagi berbeza ngan members yang lain. Aritu dia kaler rambut dia jadi putih. Dia ni nampak je macam sweet, tapi actually dia ni ada satu perangai. Dia suka kiss ahli member yang lain. Ingat x dulu2 Madonna pernah kata dia kiss Britney dan Christina tu sebagai satu ritual dalam persembahan dan umum dah tau tiga2 orang tu adalah puppet Illuminati. Sekarang ni, mungkin Heechul saja kiss members yang lain juga sebagai ritual. IDK. Tak pernah agi ada sesiapa yang kalut nak tulis tentang tu. Suma still busy ngan Lady GaGa kowt. Kat bawah merupakan antara gambar dia tengah kiss ngan Sungmin


Ritual ataupun nak cari publisiti, aku tak tau.


KYUHYUN

Ni merupakan antara singer dalam group nih, dan honestly aku suka ngan nyanyian dia nih. Dia kalau nyanyi or nari xde la over sangat. Sedap-sedap jek. Dia ahli yang paling muda kowt. Baya aku dia nih, dan dia merupakan ahli yang terakhir diterima masuk ke dalam Super Junior.


RYEOWOOK

Pangkat lebih kurang macam Kyuhyun tadi. Penyanyi utama, tapi aku x berapa senang sangat ngan dia nih. Ekspresi muka tu x berapa nak berkenan. Tapi suara pun boleh tahan sedap. Selalunya dia nih akan berpasangan ngan Sungmin untuk nyanyi.


SUNGMIN

Sungmin ni merupakan ahli yang paling cute aku rasa. Maybe sebab gigi besar dia tuh. Perhati kat gambar ni je pun da bole nampak gigi die. Haha. Dia ni kalau menari smart gak dan lagi mantap dari Ryeowook. Aritu waktu Kyuhyun xde waktu promotion Bonamana, dia gantikan tempat Kyuhyun untuk nyanyi part tinggi. Memang dia nih x leh bawak lagu-lagu tinggi. Semput aku tengok. Suka ngan rambut dia. Haha..


YESUNG

Salah seorang ahli Subgroup K.R.Y. Masa mula2 dengar dia nyanyi, memang aku ragui, napalah dia boleh join Subgroup tuh. Tapi pas dengar lagu Sorry Sorry Answer (versi slow), then barulah aku tau. Memang dia boleh melontarkan suara dia. Tapi dalam Sorry Sorry (versi yang rancak) x banyak sangat part yang dia nyanyi


SIWON

Dia ni consider ahli yang paling handsome dan segak. Orang yang cakap la. Dalam semua ahli dia ni yang nampak gentleman 100%. Members yang lain tu ada la ke'woman'an walaupun sikit. Dia kadang dipergunakan sebagai figure dalam group nih. Orang ensem memang la gtu natural dia. Dalam koreografi biasanya dia diletakkan kat depan. Mungkin sebab dia tinggi sangat kowt atau memang strategi dorang letak orang yang ensem n macho kat depan sebagai daya penarik


DONGHAE

Waktu The Third Album, dia ada banyak part untuk nyanyi. Tapi untuk The Fourth Album macam part untuk dia nyanyi da makin kurang. Tapi dia semakin banyak menari. Saje je kowt. Aku selalu x perasan sangat dia nih, selalu tertinggal. Sebab dia ni aku rasa kalau nyanyi or nari, mesti tenggelam oleh orang lain. Dia x boleh balance Eunhyuk (tarian) atau Kyuhyun (nyanyian). So maybe sebab tu kowt aku selalu x nampak dia. Tapi dia selalu jek dok depan, maybe sebab Siwon da cover dia. IDK. Bahasa pentas ni aku x paham sangat, tapi my point is, dia x menonjol. Hahaha...


EUNHYUK

Dia ni katanya adalah ketua bab tarian. Dia dancer yang paling smart dan akan duduk paling hadapan sebagai penanda aras buat ahli lain. Dia nyanyi dua tiga baris ja pun. Kadang dia rap. Dia nih kalau tengok lam Bonamana nampak macam ganas tapi actually sangat woman aku kira. Dia ada fan base yang cukup kukuh gak dan satu perubahan tentang dia nih dalam Bonamana adalah mata beliau. Ada unsur-unsur Illuminati gak dia nih. Fokus kat mata dia tuh dan dengan mata tu la dia perform untuk promotion Bonamana. Aku x sure tapi korang kaji-kaji lah ye..


SHINDONG

Sian dia nih. Dia ni merupakan ahli yang paling sedikit peminat. Maybe faktor size badan kowt. Kalau ada artikel tentang dorang pun, nama dia selalunya appear paling last, samalah macam lam blog aku nih. Kalau nyanyi pun, part dia mesti sikit jek. Tapi jangan pandang dia xde mata. Dia ni koreografer dan rapper untuk Super Junior tau. Dia akan collaborate bersama Eunhyuk dan antara yang paling banyak menari dalam Super Junior. Dia ni jugak patutnya jadi icon for those yang ada masalah berat badan. Walaupun kawan2 dia suma kering-kering, tapi dia dapat jek survive dalam group tuh. So bersemangatlah buat sesiapa yang berhasrat untuk menurunkan berat badan itu.

Itulah saja pelajaran SuJu 101 kita ya anak-anak. Haha..

YZYZ

SUPPORTIVE

Saturday, October 23, 2010 § 8

Actually da lama tak post any crap lam blog nih (ayat cliche kan, hahaha)...
Sebenarnya aku malas nak update segala benda lam idup aku lam blog. Aku malas orang stalk aku nih. Aku da bosan orang mengenali aku dari jauh ja. Aku nak orang mengenali the real me. What really goin on in my life. No point kalau nak stalk dari blog sahaja then hoping for some particular person to understand that actually that post is about them.. Haha..

However aku menghargai those yang follow blog aku samada secara public ataupun silent reader. Makin sesak traffic aku pun, xde keuntungan buat aku. Aku bukan buh iklan pun lam page nih. So kalau nak tengok dan baca, dipersilakan. Haha..

Baeklah, berbalik kepada topik post. Actually this few days, aku dapat rasakan ada sesetengah kawan-kawan rapat aku diperlekehkan atas keputusan yang dorang buat. Aku sendiri pun kerap kali dikeji atas keputusan yang aku buat. Kami ini kononnya dikatakan tak matang, x kenal susah payah hidup, x merasa hidup tanpa tanggungan keluarga, buat keputusan yang silap dan sebagainya...


BULLSHIT!!!

I believe any decision made by some particular parties have their own significant and explanation. If u r against this principle, then u r actually looking down at that person which is not a good behavior. Sepanjang aku hidup selama 22 tahun, da banyak kali aku berdepan dengan argument tentang any decision yang aku da nekad buat. Some people akan membuatkan aku berfikir sama macam mereka. Hasil akhirnya nanti aku akan end up sama macam pemberi nasihat tersebut. Being secure on some level is good, but somehow each of us is responsible for their own action. Kalaulah sepanjang masa kita asyik dibantu dan disuapkan dengan pelbagai nasihat dan konsultasi, bilalah agaknya hidup ini akan menjadi acuan kita yang sebenarnya. Akhirnya hidup kita akan mengikut acuan yang telah ditetapkan buat berkurun lamanya. Siapa yang mula membuat acuan tersebut, sekiranya dia mengetahui begini realitinya pastinya dari awal lagi dia akan membenci diri sendiri.

Namun begitulah realitinya. Kita tidak memahami sebenarnya diri kita, dan juga chemistry dalam tubuh kita. Mula tunjuk pandai melontarkan segala jenis pandangan dangkal terhadap sesama makhluk which by the way juga setaraf dengan kita. Pengakhirannya nanti bagaimana. Kalau la nasihat dan kata-kata itu membantu mereka tidak juga mengapa. Istilah 'membantu' itu juga harus dikaji impaknya. Adakah kata-kata itu telah 'membantu' mereka berjumpa dengan diri mereka atau berjumpa diri anda dalam diri mereka. Aku takut sekiranya melihat ada adik-adik atau kawan-kawan yang mempunyai bayangan sifat seperti dalam diri aku. Aku telah mencorakkan diri aku, tak perlu sekiranya nilai aku itu turut wujud dalam diri mereka kerana nilai diri aku unik dan sesuai hanya untuk diri aku, bukan mereka. Sebab itu agaknya aku membenci sekiranya ada yang ikut-ikut dengan cara aku berfikir dan bertindak. Ambillah aku sebagai tauladan bukannya skema jawapan.

Pointnya sekarang, menjadi seseorang yang mampu untuk menyokong seseorang itu daripada belakang amatlah payah. Salah sokong, lain yang jadi. Salah nasihat, buruk yang menimpa. Biarlah kita berdiam sahaja dulu dan berilah pandangan setelah diminta dan ceritakanlah pengalaman diri. Buat mereka berfikir apa yang terbaik untuk mereka. Aku pernah diuji dengan pelbagai ujian supaya aku kenal diri aku siapa. Dan semestinya kamu juga banyak kali diuji, malah barangkali lebih kerap dan lebih teruk daripada aku, namun itu bukanlah point untuk kita berlagak. Cukuplah sekadar kita memberikan sokongan hanya dengan tidak mengatakan sesuatu yang boleh melunturkan semangat mereka.

YZYZ

Baek Sangat Ke Aku???

Thursday, October 14, 2010 § 3

Aku rasa aku ni xde la baek mana pun. Bergelumang jugak ngan maksiat. TAUBAT??.. Yess.. memang selalu terfikir nak bertaubat, selalu la jugak terlanggar taubat sendiri. Aku selalu declare nak taubat tu, taubat ni, nak jaga sembahyang, nak jaga pergaulan, last aku kembali jugak kepada perbuatan terkutuk aku.

Apa yang aku dah buat???
Aku selalu ingat pesan seseorang, jangan kita bangga dengan dosa yang kita lakukan. Jangan kita hebahkan keaiban sendiri. Jangan disebarkan kemungkaran yang kita amalkan. Namun aku juga memerlukan seseorang untuk aku membincangkan apa yang telah aku lakukan. Maka secara tidak langsung, aku melantik beberapa listener aku. Ada la 2, 3 orang dan setiap mereka hanya akan mendengar satu atau dua daripada benda2 hitam yang aku buat. Aku tak akan BOGELkan diri aku di hadapan mereka sewenang-wenangnya.

Namun ini semua bukanlah point aku...

Walaupun aku menyimpan banyak rahsia gelap aku dan juga rakan2, aku juga mempunyai satu sikap yang aku suka. Aku boleh menjadi LISTENER yang baik. Aku kerap kali dipanggil untuk sesi open table. People will be very easy untuk bercerita masalah dorang kat aku dan aku akan dengar segalanya tanpa memberi judgment. Sekiranya aku diminta untuk memberi pandangan, then aku akan bagi pandangan.

Kenapa aku menulis semua ini, sebab aku baru terbaca post sorang member aku, Faiz. Beliau kata, dalam banyak2 member rapat dia kat USM nih, dia paling senang untuk membahu dengan aku. I'm very flatter to hear that. Aku suka bila aku boleh please kawan2 aku. Aku suka bila aku dapat menghiburkan kawan2 aku.

Statement Faiz membuatkan aku terkenang dengan sorang kawan aku yang sangat rapat dengan aku dulu. Kami bukan lagi membahu, tapi kami buat lebih daripada itu. Kami akan update segala benda yang kami lakukan seharian. Aku merindukan saat dan ketika itu. Sekarang kami tidaklah serapat dulu, tapi aku sentiasa merasakan kami sememangnya adalah teman yang rapat. Kepada orang tersebut, sekiranya dia membaca post kali ini, aku berjanji pada hari terakhir aku berada di Penang, I'll come clean with you. I owe so many explanations to u, even u think there's nothing to explain.

I'm trying my best utk menjadi rakan yang baik kepada semua orang. Lele pernah berkata aku ni seorang yang tidak sensitif. Lele juga berkata aku sebenarnya seorang yang penyayang, cuma aku terlalu ego dan terlalu denial untuk menzahirkan kasih sayang aku. Aku mengaku semua itu dan aku berjanji, sekiranya ada mana2 wanita yang berjaya menjadikan aku seorang yang sensitif dan penyayang, itulah isteri yang aku cari. Itulah ibu kepada anak2 aku nanti. Aku berharap aku mampu berjumpa dengan wanita tersebut.

Buat masa sekarang, aku cuba untuk muhasabah diri. Apa sebenarnya sikap diri aku yang aku telah buang jauh. Aku mahu menjadi seorang yang lebih sensitif dan penyayang. Itu agaknya sebab kenapa orang suka menceritakan masalah mereka kepada aku. Orang yang mempunyai masalah akan dikelilingi oleh udara2 sensitif, emosi yang berlebihan dan sebagainya. Maka tugas aku yang 'kering' ini adalah untuk menyerap semua kelembapan tersebut, hingga menjadikan emosi mereka stabil dan berada di paras yang betul. Aku?? Setelah menyerap segala kebasahan tersebut akan kering kembali kerana matahari di atas kepala aku sentiasa terik menyinari dan mengeringkan liang2 yang terdapat di dalam daging aku.

Hummm... Sudah masanya...

YZYZ

Resipi Turun Temurun: Korma Susu

Wednesday, October 13, 2010 § 0

Ini merupakan resipi rahsia yang aku perolehi daripada nenek kepada kawan aku. Kemujaraban nya berkesan untuk kekal seperti kanak-kanak yang baru nak amek PMR.

Dengan bongkaknya, mempersembahkan, resepi..


KORMA SUSU

Resepi Pertama:

Bahan-bahan:
  1. Sebiji korma (berbiji-biji pun xpa)
  2. Susu

Cara membuat:
Masukan korma ke dalam mulut, minum susu dan godak-godak dalam mulut...






Resepi Kedua:

Bahan-bahan:
  1. Sebiji korma (berbiji-biji pun xpa)
  2. Susu
  3. Garfu

Cara membuat:
Picit korma menggunakan garfu



Masukan korma yang telah dipicit ke dalam mulut, minum susu dan godak-godak dalam mulut...

Terima kasih kepada nenek Ashiqin Aj kerana berkongsi ilmu dengan kami semua...

YZYZ

Toilet Joke 2

§ 1

18 SL (Sangat Lucah)

Diingatkan bahawa bacaan ini hanya untuk yang berumur 18 tahun ke atas sahaja kerana mengandungi unsur-unsur kotoq dan lucah.

Budak lelaki tersebut pun berlari-lari ke tandas kerana kesakitan perut yang amat. Berlarian berkejaran ke tandas. Kalut, buka seluar dan terus mencangkung...

Tetapi...

Ketepek, terhantuk plak flush toilet seperti pada gambar di bawah ini...



Fokus kepada flush toilet bowl ini

Bahagian mana yang terhantuk, biarlah menjadi rahsia dahulu kerana sangat lucah dan kotoq... Perlukan bimbingan daripada orang-orang tua.

YZYZ

Toilet Joke 1

§ 0

18 SL (Sangat Lucah)

Diingatkan bahawa bacaan ini hanya untuk yang berumur 18 tahun ke atas sahaja kerana mengandungi unsur-unsur kotoq dan lucah.



Budak lelaki itu pun berlari-lari masuk ke dalam tandas. Apabila selesai sahaja menyelesaikan segala benda, budak lelaki tersebut pun menekan flush tandas tersebut...

Air mula keluar mencurah-curah dan budak lelaki tersebut turut sama di'flush' ke dalam mangkuk tandas. Air berpusar-pusar menyukarkannya untuk bernafas...

Apabila sedar, rupanya itu semua hanyalah mimpi...

Namun sehingga kini apabila selesai sahaja mengerjakan apa yang patut di dalam tandas, budak lelaki tersebut akan menekan flush terlebih dahulu sebelum keluar daripada tandas...





YZYZ

AFIF WAS SENTENCED

Tuesday, October 5, 2010 § 3

Nama Pesalah: Afif Jafre
Umur: 22 tahun kot
Kesalahan: Meng'skip' track Super Junior sebanyak 4 kali
Tempat Kejadian: Kecut @ Pers
Saksi: Lele, Elfa
Hukuman: Tidak dibenarkan bercakap dengan Syahmi selama 5 minit untuk sebuah lagu

Uhhh....
Buat pertama kalinya dalam sejarah, ada orang berani meng'skip' lagu Super Junior dalam KECUT. Pemecah sejarah itu adalah Afif. Uhhh... Berani sungguh engkau... Suka hati die jek... Aku sumpah Afif menjadi ahli Super Junior kesebelas... Haha..

Tapi aku da sentenced dia dah, kesian pulak... Hahaha...

Hahaha...

(btw, aku nak bahan Lele, tapi xda idea lagi, tapi kalau dengar dia bahan tentang Secret Garden tu, x yah layan taw ... hahaha)

YZYZ

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...