Please Click Me

Baek Sangat Ke Aku???

Thursday, October 14, 2010 § 3

Aku rasa aku ni xde la baek mana pun. Bergelumang jugak ngan maksiat. TAUBAT??.. Yess.. memang selalu terfikir nak bertaubat, selalu la jugak terlanggar taubat sendiri. Aku selalu declare nak taubat tu, taubat ni, nak jaga sembahyang, nak jaga pergaulan, last aku kembali jugak kepada perbuatan terkutuk aku.

Apa yang aku dah buat???
Aku selalu ingat pesan seseorang, jangan kita bangga dengan dosa yang kita lakukan. Jangan kita hebahkan keaiban sendiri. Jangan disebarkan kemungkaran yang kita amalkan. Namun aku juga memerlukan seseorang untuk aku membincangkan apa yang telah aku lakukan. Maka secara tidak langsung, aku melantik beberapa listener aku. Ada la 2, 3 orang dan setiap mereka hanya akan mendengar satu atau dua daripada benda2 hitam yang aku buat. Aku tak akan BOGELkan diri aku di hadapan mereka sewenang-wenangnya.

Namun ini semua bukanlah point aku...

Walaupun aku menyimpan banyak rahsia gelap aku dan juga rakan2, aku juga mempunyai satu sikap yang aku suka. Aku boleh menjadi LISTENER yang baik. Aku kerap kali dipanggil untuk sesi open table. People will be very easy untuk bercerita masalah dorang kat aku dan aku akan dengar segalanya tanpa memberi judgment. Sekiranya aku diminta untuk memberi pandangan, then aku akan bagi pandangan.

Kenapa aku menulis semua ini, sebab aku baru terbaca post sorang member aku, Faiz. Beliau kata, dalam banyak2 member rapat dia kat USM nih, dia paling senang untuk membahu dengan aku. I'm very flatter to hear that. Aku suka bila aku boleh please kawan2 aku. Aku suka bila aku dapat menghiburkan kawan2 aku.

Statement Faiz membuatkan aku terkenang dengan sorang kawan aku yang sangat rapat dengan aku dulu. Kami bukan lagi membahu, tapi kami buat lebih daripada itu. Kami akan update segala benda yang kami lakukan seharian. Aku merindukan saat dan ketika itu. Sekarang kami tidaklah serapat dulu, tapi aku sentiasa merasakan kami sememangnya adalah teman yang rapat. Kepada orang tersebut, sekiranya dia membaca post kali ini, aku berjanji pada hari terakhir aku berada di Penang, I'll come clean with you. I owe so many explanations to u, even u think there's nothing to explain.

I'm trying my best utk menjadi rakan yang baik kepada semua orang. Lele pernah berkata aku ni seorang yang tidak sensitif. Lele juga berkata aku sebenarnya seorang yang penyayang, cuma aku terlalu ego dan terlalu denial untuk menzahirkan kasih sayang aku. Aku mengaku semua itu dan aku berjanji, sekiranya ada mana2 wanita yang berjaya menjadikan aku seorang yang sensitif dan penyayang, itulah isteri yang aku cari. Itulah ibu kepada anak2 aku nanti. Aku berharap aku mampu berjumpa dengan wanita tersebut.

Buat masa sekarang, aku cuba untuk muhasabah diri. Apa sebenarnya sikap diri aku yang aku telah buang jauh. Aku mahu menjadi seorang yang lebih sensitif dan penyayang. Itu agaknya sebab kenapa orang suka menceritakan masalah mereka kepada aku. Orang yang mempunyai masalah akan dikelilingi oleh udara2 sensitif, emosi yang berlebihan dan sebagainya. Maka tugas aku yang 'kering' ini adalah untuk menyerap semua kelembapan tersebut, hingga menjadikan emosi mereka stabil dan berada di paras yang betul. Aku?? Setelah menyerap segala kebasahan tersebut akan kering kembali kerana matahari di atas kepala aku sentiasa terik menyinari dan mengeringkan liang2 yang terdapat di dalam daging aku.

Hummm... Sudah masanya...

YZYZ

What's this?

You are currently reading Baek Sangat Ke Aku??? at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 3 Response to “Baek Sangat Ke Aku???”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...