Please Click Me

SuJu 101

Monday, October 25, 2010 § 9

Dah lama nak buat benda merapu nih. Sekarang baru berkesempatan. Haha... Kalau ada yang nak kutuk tu, dipersilakan laaa... Hahaha


Super Junior atau ringkasannya dipanggil SuJu or SJ merupakan boy band yang sangat popular di Korea Selatan. Group ni pada asalnya dianggotai oleh 13 orang members, tapi untuk The Fourth Album, hanya ada 10 orang sahaja yang tinggal. Group ni sekarang ada 4 album, tapi aku hanya berminat ngan album ke-3 dan ke-4 sahaja. Album yang mula2 tu, aku x masuk sangat. Cam nak gelak pun ada tengok video dorang. Budak2 sangat. Haha...

Group ni dianggotai oleh Leeteuk, Heechul, Kyuhyun, Yesung, Ryeowook, Siwon, Sungmin, Donghae, Eunhyuk dan Shindong. Ahli yang dah x aktif ngan dorang adalah Kibum, Hangeng dan Kangin.

Ada beberapa sebab kenapa aku suka ngan dorang nih, especially untuk album ke-3 dan ke-4.


Management
Aku suka dengan cara management dalam group ni. Dorang ada 2 orang ketua iaitu Leeteuk dan Heechul. Dua2 nih ada perwatakan tersendiri dan ada pengarauh yang cukup kuat sama ada dalam kumpulan or ke atas fan dorang. Untuk album ke-4, single Bonamana, ada satu part Leeteuk dan Heechul back-2-back dan apparently scene tu memang menampakkan dorang sangat hot.


Leeteuk dan Heechul. Ada rumours kata Heechul nih gay, tapi x sure la betol ka x. For sure Heechul punya nama samaran adalah Cinderella... Haha... [Heechul yang guna spec tuh]

Selain ketua, dorang jugak ada kumpulan vocalist yang akan menyanyi most of the part of the song. Dorang adalah Kyuhyun, Yesung dan Ryewook. Waktu mula SuJu kuar, dorang ada tubuhkan subgroup yang bernama Super Junior K.R.Y yang dianggotai oleh 3 orang nih. Subgroup ni khas untuk lagu2 yang memerlukan vokal yang baik, lagu-lagu slow, RnB dan yang sewaktu dengannya. Selain penyanyi, dorang ada juga dancer utama seperti Eunhyuk, Donghae dan Shindong. Antara dancer yang paling ligat adalah Eunhyuk dan selalunya dia akan collaborate ngan Shindong untuk koreografi. Walaupun Shindong tu gemuk tapi koreografi dia yang kontrol. Selalu jugak selain Eunhyuk yang jadi penanda untuk tarian adalah Leeteuk. Selain tu dorang ada jugak aku kira sebagai back up singer. Sungmin dan Siwon. Sungmin dan Siwon juga selalu menyanyi tapi biasanya dorang akan nyanyi part2 yang rendah jek. Selalunya jugak Sungmin akan berpasangan ngan Ryeowook kalau nyanyi. Gabungan Sungmin-Ryeowook korang akan nampak dalam lagu Sorry sorry dan Bonamana. Aku juga perasan Siwon akan menyanyi pada permulaan dan penghujung lagu. Macam dia tu buka dan tutup lagu la konon.
Koreografi dan Komposer
Aku just realize yang dorang nih ada guna khidmat koreografer dan komposer dari US macam Nick Bass. Nick Bass adalah koreografer untuk Usher dan Justin Timberlake. Kalau dibandingkan koreografi Sorry Sorry ngan U atau Don't Don, korang konfirm gelak. Sorry Sorry memang menampakkan koreografi dorang lagi smart, teratur, seragam dan sangat cantik move dia. Kalau video dorang yang lama-lama tuh, cam harem jeh. Haha... Budak2 sangat. Rambut pun duri-duri lagi. Lagu dorang pun da ala2 US sikit, agak catchy la jugak

Penampilan
The Third and The Fourth Album memang menampakkan penampilan yang lebih classy dan smart. Dorang kebanyakkannya akan guna blazer, kemeja, jacket dan dorang da x nampak macam budak2. Rambut dorang pun da sesuai ngan muka dorang. Kalau sebelum ni semua la pakat nak rambut sepesen. Tapi sekarang rambut disesuaikan dengan bentuk wajah dan dorang nampak lagi kemas dan smart.

Sekarang, meh berkenalan ngan ahli-ahli Super Junior nih. Aku just kenalkan ngan the latest 10-members sahaja.


LEETEUK

Leeteuk ni aku perasan selalu buat jari macam tu dalam video klip or live performances. Jari macam tu pernah menggemparkan video klip Lady GaGa - Alejandro. Katanya jari tu adalah something2 ngan religious thingy. Dan katanya pemuja Illuminati suka nak buat simbol jari macam tuh. Aku pun x sure. Ke Leeteuk ni adalah puppet Illuminati kat rantau sebelah sini, memandangkan dia ada pengaruh yang sangat kuat terhadap ahli-ahli Super Junior dan juga fan dorang. IDK. Untuk single Bonamana kelihatan Leeteuk akan menggunakan choker kat leher. Kononnya benda tu pun ada kaitan ngan Illuminati. Kalau korang rajin, google la ekh perkaitan antara choker ngan Illuminati. Aku malas nak mencari.. Haha.. Tapi apa yang aku cakap ni bukan fact, maybe just kebetulan, jangan percaya bulat2 tau. Cari kebenarannya dulu.


HEECHUL

Heechul ni antara group member yang paling cantik. Dia selalu berambut panjang dan seriously kalau dia ni berambut panjang, memang nampak woman habis. Dia ni suka warna rambut dia n nak bagi berbeza ngan members yang lain. Aritu dia kaler rambut dia jadi putih. Dia ni nampak je macam sweet, tapi actually dia ni ada satu perangai. Dia suka kiss ahli member yang lain. Ingat x dulu2 Madonna pernah kata dia kiss Britney dan Christina tu sebagai satu ritual dalam persembahan dan umum dah tau tiga2 orang tu adalah puppet Illuminati. Sekarang ni, mungkin Heechul saja kiss members yang lain juga sebagai ritual. IDK. Tak pernah agi ada sesiapa yang kalut nak tulis tentang tu. Suma still busy ngan Lady GaGa kowt. Kat bawah merupakan antara gambar dia tengah kiss ngan Sungmin


Ritual ataupun nak cari publisiti, aku tak tau.


KYUHYUN

Ni merupakan antara singer dalam group nih, dan honestly aku suka ngan nyanyian dia nih. Dia kalau nyanyi or nari xde la over sangat. Sedap-sedap jek. Dia ahli yang paling muda kowt. Baya aku dia nih, dan dia merupakan ahli yang terakhir diterima masuk ke dalam Super Junior.


RYEOWOOK

Pangkat lebih kurang macam Kyuhyun tadi. Penyanyi utama, tapi aku x berapa senang sangat ngan dia nih. Ekspresi muka tu x berapa nak berkenan. Tapi suara pun boleh tahan sedap. Selalunya dia nih akan berpasangan ngan Sungmin untuk nyanyi.


SUNGMIN

Sungmin ni merupakan ahli yang paling cute aku rasa. Maybe sebab gigi besar dia tuh. Perhati kat gambar ni je pun da bole nampak gigi die. Haha. Dia ni kalau menari smart gak dan lagi mantap dari Ryeowook. Aritu waktu Kyuhyun xde waktu promotion Bonamana, dia gantikan tempat Kyuhyun untuk nyanyi part tinggi. Memang dia nih x leh bawak lagu-lagu tinggi. Semput aku tengok. Suka ngan rambut dia. Haha..


YESUNG

Salah seorang ahli Subgroup K.R.Y. Masa mula2 dengar dia nyanyi, memang aku ragui, napalah dia boleh join Subgroup tuh. Tapi pas dengar lagu Sorry Sorry Answer (versi slow), then barulah aku tau. Memang dia boleh melontarkan suara dia. Tapi dalam Sorry Sorry (versi yang rancak) x banyak sangat part yang dia nyanyi


SIWON

Dia ni consider ahli yang paling handsome dan segak. Orang yang cakap la. Dalam semua ahli dia ni yang nampak gentleman 100%. Members yang lain tu ada la ke'woman'an walaupun sikit. Dia kadang dipergunakan sebagai figure dalam group nih. Orang ensem memang la gtu natural dia. Dalam koreografi biasanya dia diletakkan kat depan. Mungkin sebab dia tinggi sangat kowt atau memang strategi dorang letak orang yang ensem n macho kat depan sebagai daya penarik


DONGHAE

Waktu The Third Album, dia ada banyak part untuk nyanyi. Tapi untuk The Fourth Album macam part untuk dia nyanyi da makin kurang. Tapi dia semakin banyak menari. Saje je kowt. Aku selalu x perasan sangat dia nih, selalu tertinggal. Sebab dia ni aku rasa kalau nyanyi or nari, mesti tenggelam oleh orang lain. Dia x boleh balance Eunhyuk (tarian) atau Kyuhyun (nyanyian). So maybe sebab tu kowt aku selalu x nampak dia. Tapi dia selalu jek dok depan, maybe sebab Siwon da cover dia. IDK. Bahasa pentas ni aku x paham sangat, tapi my point is, dia x menonjol. Hahaha...


EUNHYUK

Dia ni katanya adalah ketua bab tarian. Dia dancer yang paling smart dan akan duduk paling hadapan sebagai penanda aras buat ahli lain. Dia nyanyi dua tiga baris ja pun. Kadang dia rap. Dia nih kalau tengok lam Bonamana nampak macam ganas tapi actually sangat woman aku kira. Dia ada fan base yang cukup kukuh gak dan satu perubahan tentang dia nih dalam Bonamana adalah mata beliau. Ada unsur-unsur Illuminati gak dia nih. Fokus kat mata dia tuh dan dengan mata tu la dia perform untuk promotion Bonamana. Aku x sure tapi korang kaji-kaji lah ye..


SHINDONG

Sian dia nih. Dia ni merupakan ahli yang paling sedikit peminat. Maybe faktor size badan kowt. Kalau ada artikel tentang dorang pun, nama dia selalunya appear paling last, samalah macam lam blog aku nih. Kalau nyanyi pun, part dia mesti sikit jek. Tapi jangan pandang dia xde mata. Dia ni koreografer dan rapper untuk Super Junior tau. Dia akan collaborate bersama Eunhyuk dan antara yang paling banyak menari dalam Super Junior. Dia ni jugak patutnya jadi icon for those yang ada masalah berat badan. Walaupun kawan2 dia suma kering-kering, tapi dia dapat jek survive dalam group tuh. So bersemangatlah buat sesiapa yang berhasrat untuk menurunkan berat badan itu.

Itulah saja pelajaran SuJu 101 kita ya anak-anak. Haha..

YZYZ

What's this?

You are currently reading SuJu 101 at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 9 Response to “SuJu 101”

  • Anonymous says:

    consider yourself a master of this course syahmi.

    such detailed descriptions of the members huh. though i pitied Donghae in your post. he's the cutest ok. damn I'm so gay liao. LMAO

    OMG SuJu ada unsur illuminati??? woooah.
    -RAZU-

  • Cik Fadz says:

    weh..wat citer psl kattun lak..he2x..

  • Syahmi says:

    Razu: dunno, maybe it's just me always forgetting bout him.. there's a lot of 'em to remember..haha..
    the Illuminati thing, IDK maybe it's just a coincidence, or they r actually the puppet of the east.. it's still something to be learn about..

    fadz: nak wat cter katun pe plak.. haha.. aku pernah buat details tentang FRIENDS.. haha..

  • Anonymous says:

    haha. he is one of the three of the 13 members whom i never forget the faces and names.
    the other two are heechul because he is soo lady like and siwon who has the same reason as donghae's. my friends (ladies) just won't get over those two. ahaha

    but such coincidence huh. good eye syahmi. you actually pointed out some stuffs that never been publicly exposed in Asia. who knows maybe they are puppets of the illuminati. GASP* (lets start the rumor?!) it'll be like lady gaga all over again. :O

  • Anonymous says:

    BTW it's razzu. HA--HA

  • Syahmi says:

    haha.. I still dunno y I can't see donghae like the other members..

    about the Illuminati, when the start exposing it, then everyone will be so psyched bout it, just like wut hppns with GaGa.
    Then everyone will be posting the same crap all over again n seriously it's annoyed me..

  • Anonymous says:

    hahahahahha. YUH EXACTLY me too weyh. kecoh bangat dong. but still if they didnt post those info's online no one would know about all this. it depends on the situation.

  • Syahmi says:

    yeap. People claims that they concern bout dis matter but they r a total ignorance. Thought know everything but they r full with craps n bullshits. If they campaigning on me bout this stuff, it won't give any difference to me, bcoz 2 me they just wanna look educated but seriously they just look just like an idiot...

  • kalo yg psal leetuk tu ieqa x pasti la..tpi bab heechul tu dier mmg suke cium member2 dier..
    kat rumah pon dier buat mende yang same..
    and dier bukan gay..

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...