Please Click Me

DAMN

Wednesday, November 24, 2010 § 0

Owh no... Stuck kat Kluang pada tengah2 malam nih, memang tak tau nak buat apa.. Kaki2 aku kat Kluang suma xda kat town at the moment. Ada yang kat KL, kat Melaka, kontek2 dah tukor number. Tapi I manage myself untuk mentravelkan diri dengan penuh style kat town ini. Haha.. But that one later la aku share. What is Kluang made of.

Malam ni, aku konon nak tdo awal, tapi aku tak tau kenapa aku x bleh tdo. Rasanya sebelum aku travel, aku memang ada tdo petang, tapi tu pun sebab tiba2 heat badan aku crazily increased. Then dalam bas, aku tdo kurang dari 2 jam ja kowt. Sampai2 Kluang, pagi2 aku tak tdo, sampai la aku check in kol 1pm, baru aku tdo. Tu pun sat ja, sebab ayah aku call. Then malam, langsung x bleh tdo.

Aku tiba2 macam rajin nak korek balik segala chemical structure, especially organic one, semata2 untuk interview sok. Aku pi merajinkan diri tanya balik chemist yang kerja kat Revertex haa, pastu dia kata zaman dia dulu, ada la buat simple calculation n chemical structure. Pastu dia kata don't worry la. Hmm.. But still it's worrying me enough.

Banyak benda yang bermain lam kepala aku sebenarnya. Tapi when you keep yourself busy, ko akan lupa segala kekusutan tersebut. Dalam bas semalam, banyak tajuk post yang aku rasa aku nak buat, tapi nak hold dulu. But aku nak buat promo coming soon laa.. Tak x moh la buat promo gila gempak, tapi cerita hampeh.

Tajuk 1: The Fantastic Four
Ni aku nak cerita balik, 4 orang PKS yang paling aku rapat sekali waktu jadi PKS dulu. Da lama intended nak tulis benda nih, tentang ktorang 4 orang, tapi it might get too controversial. So I rather to keep it myself. But now, aku bukan lah PKS lagi dan semua itu adalah pandangan aku, so suck it people.

Tajuk 2: BlogMemories
Aku kenang balik, post2 lama aku mostly tentang kehidupan aku ngan manusia2 di sekeliling aku. Oleh itu, aku akan menulis segala benda yang ktorang buat secara details. Seperti yang aku bgtau sebelum ini jugak, aku percaya kawan datang dan pergi dalam hidup. Tak ada yang akan sustain dan kita haruslah adapting. Malah dalam konsep kelestarian yang dibawa oleh USM juga ada menyatakan pembangunan yang tidak mengabaikan keperluan pada masa hadapan. Maka, kita memang perlu membangun, memang perlu ke hadapan, bukan lah preserve comfort zone yang kita ada. Namun benda ini, sekiranya mahu diperbebatkan, memang panjang ceritanya. Biarlah seseorang itu selesa mengikut pegangannya pada masa itu. Pada masa hadapan pandangan dan pegangan mereka mungkin berubah kerana proses membangun dan adapting tersebut sentiasa ada. Maka oleh itu, ketika kita berkawan, berkawan la dengan sebaik2nya. Kita tidak tahu bila mereka akan pergi meninggalkan kita dan pada masa mereka telah jauh, biarkanlah mereka pergi. Kerana itu merupakan proses mereka untuk membangun. Siapa kita untuk hold mereka untuk terus bersama mainstream kita.

Tajuk 3: Morning at Kluang
Haa.. aku ada snap beberapa gambar keadaan kat Kluang pada pagi2. Tapi aku warning siap2, gambar tersebut di snap bukan menggunakan DSLR mahupun kamera digital. Tapi hanya menggunakan camera phone yang sudah hampir2 nak mampos. Maka kualitinya amatlah rendah sekali. Tunggu la sahaja.

Rasanya cukup dahulu tiga tajuk Coming Soon ini. Nanti kalau tiba2 rasa nak apdet, maka aku apdet laa..

Bye..

YZYZ

What's this?

You are currently reading DAMN at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...