Please Click Me

The Fantastic Four

Tuesday, November 30, 2010 § 0

Gambar ni amek kat Bandung. Kat kedai mana entah.


Yeah, seperti yang dijanjikan, aku akan menulis post yang bertajuk seperti di atas. Aku pada mulanya memang tak berani nak tulis. Takut kontroversi la plak kan. Tapi aku da lepaskan segala kepentingan aku, maka post ini hanya lebih kepada perkongsian sesama rakan2. Lagipun semenjak menonton MUALLAF, aku da maafkan segala kesalahan sesiapa sahaja terhadap aku, sama ada dorang pernah lukakan aku secara sengaja mahupun tidak. Dendam semua aku dah buang jauh dah. Tak perlu tunggu hari raya, kalau hidayah nak datang, maka datanglah ia. Anda pula bagaimana? Sudahkan segala kesalahan aku kalian maafkan?

Aku tidak pula mengplan untuk berapat ngan dorang suma ni pada mulanya. Sikit pun xdak intention. Maka pada sesiapa yang kata ktorang da plan nak buat alliance dan mengasingkan diri, itu agak tidak adil bagi kami. Aku hanya ada intention untuk menjadi housemate bersama TokWan dan Solihin. Tapi ktorang gagal mendapat rumah maka ktorang membuat keputusan untuk stay kat USM dan aku memilih untuk berumet ngan Solihin. Kisah aku berumet leh baca kat
SolihErk. Kak Ika plak sebab tiba2 ja minah tu kata nak duduk kat bahagian dalam ofis tuh sekali ngan aku n TokWan. Aku memang clique ngan TokWan sebab aku dulu dari kem PIMPIN Siswa dia. Epol plak paling lewat aku rapat. Tu pun sebab Kak Ika kata, ajak la Abang Epoll makan sekali, sian dia makan sorang. Maka dari situ la kami makin hari makin rapat. Ditambah pulak kami duduk dalam bilik yang sama.

Kami menjadi rapat sebenaknya bermula selepas TOT. Kami sikit pun tak plan nak jadik rapat time tuh, tapi pembahagian kerja membuatkan ktorang kerja sekali dan secara tak langsung mengrapatkan ktorang. Korang leh check balik cerita TOT nih kat post
TOT PIMPIN Siswa 2010..

Walau macam mana sekali pun, pernah la jugak gaduh2 ngan dorang nih. Paling best, isu McD harituh. Haha, bongok kalau kenang balik pasal McD pun len gadoh. Kalau nak tengok leh check link ini,
Sesuatu yang Kami Akan Gelak Nanti..

Kami jaga kem yang berlainan. Semua dapat balik kem masing2 kecuali Solihin. Dia ja yang dapat kem baru memandangkan dia adalah mantan Bris..


Syahmi - Cinta Alam Kelimat
Mak Hayam - Bris
Epoll -
Palas
Solihin - Perik


Ktorang tiap kali balik dari kem, ari Isnin memang dok cerita kem masing2. Tapi aku akan dengar early edition Kem Perik dulu lam bilik pada hari Ahad. So cerita Perik pada hari Isnin merupakan ulang tayang buat aku. Haha.. Paling mantap cerita tentang kem mestilah Mak Hayam. Kem dia la yang paling havoc bercerita. Ktorang 3 orang diam jek la. Biasak laa, kalau pompuan da start bercerita.

Seperkara tentang mak hayam nih, dia tak reti nak attach file kalau anta emel. Haha. Tapi sekarang dan reti dah, lepas diajar oleh Syahmi. Pernah aritu bitching Kak Ika tentang dia tak reti attach file kat boss, tak pasal2 minah tu kena kutuk boss.. Haha..

Dalam Fantastic Four, semorang ada superpower masing2. Ktorang pun semestinya ada. Haha. Kalau ada salah silap, tolong mintak ampun ya.. Superpower ktorang nih masih baru nak diasah lagi, maka kalau ada tak betui n rasa tak puas hati, sila la menegoq keh. Haha.


Epoll


cepat buat data management. Tengok ja lah cara dia organize kem-kem semua. Bukan setakat kem, segala jenis hotel2an bagai laa.. Bagi data kat dia, sure dia boleh manage ngan baek. Dia pun agak cepat gak buat kerja. Tau tau ja dah siap. Haa. Dia nih jenis tak kisah pun orang lain, yang penting kerja dia dan segala benda yang berkaitan dia dan di bawah tanggungan dia terlaksana okeyh. Dah tu sangat la super duper jimat. Terlalu sangat manage benda2 kowt sampai duit pun terkontrol sekali. Jangan harap la nak mencilok dari dia nih, sure susah. So kalau nak somebody yang boleh handle kertas2an, sila la jumpak mamat nih.


Solihin


Penunggu stor digeruni. Mamat nih kalau dia kat stor, selagi stor tuh tak kemas, selagi tu dia pulun buat. Kadang dia buat sorang, kadang ada P.U2 dia datang tolong. Kadang kalau aku tak ada kerja aku tolong dia buat stor. Tapi mamat ni selalu bengkek ngan aku sebab janji nak tolong turun, tapi turun2 jek da siap. Nak buat macam mana, aku pun banyak kerja kat atas. Dia kalau kat stor, jangan nak buat choiy ngan susunan barang dia. Ko tiba2 datang mendiva campak barang sana sini, memang kena marah la dengan dia. Dia ni agak ganas gak so jangan nak mess around ngan dia nih. Tak pasal2 kang kena jerkah. Dia jugak mampu untuk mengawal benda2 tidak bernyawa. So segala peralatan adalah di bawah pantauan beliau. Dan dia jah yang master segala jenis penggunaannya.. Haha..

Mak Hayam


Pemanipulasi benda bernyawa. Dia dapat kerahkan manusia2 bernyawa ngan sangat baik. Tapi kalau bagi benda bukan bernyawa, jangan harap laa.. Haha.. Printer pun dia tak off kadang2. Haha. Bagi la projek apa pun, suruh ja dia handle tenaga penggerak, konfirm bergerak dah. Dia pernah buat En. Shah yang dah balik Terengganu sebab nak attend kenduri arwah datang balik USM untuk jadi Kem Komandan kat kem aku. Hebat tak hebat dia. Dah tu, semua P.U, fasi sembah ratu dia walaupun P.U dan fasi tu dari kem orang lain. Haa, diva tak diva dia nih. Pergi Bris, cakap sikit jek ngan Tuan Haji Rashid, terus dapat sebijik chalet secara percuma.. Manipulative tak manipulative. Kalau dia dah bersuara suruh kumpul, hambek ngkau.. Bagagar donia.. Tak payah guna hailer dah.


Syahmi
Detector n planner. Haa, ni aku laa.. aku pun tak tau aku nih ada superpower apa. Tapi ni based on apa yang dorang nih cakap laa.. Kalau buat surat, sebelum tunjuk kat boss mesti dorang nih tunjuk kat aku dulu. Sebab aku boleh detect kat mana cacat cela surat tuh. Haa. Kadang segala benda dorang nak suruh aku cari kesalahan. Check list barangan Solihin pun dia bagi aku suruh check. Aku pun tak paham laa.. Pernah satu hari aku pi rajin detect balik semua P.O yang Kak Su buat. Haha, naah memang ada kesalahan pun. Hambik ko kena berus ngan boss. Haha. Padan muka. Maka, walaupun aku disuruh detect segala jenis kesalahan dorang, tapi tak menjamin aku tak kan buat silap kan. Haha. Dorang ni gak gelar aku planner. Sebabnya kalau kuar aku yang kne buat decision. Lantak arr salah ka, silap ka, da korang suruh aku plan. Best ke tak lantak arr.. Haha.. Kadang kalau kuar ngan member2 pun aku mesti nak kena jadi planner gak. Nak kuar karok pun panggil aku suruh plan. Malas tol. Haha..


Tapi era kami kerja sekali sudahpun abes. Epoll da jadi PKS Taman Rekreasi. InsyaAllah kalau ada rezeki, adalah kerja nanti tu kat USM. Mak Hayam lak dah jadi cikgu kat Labuan. Solihin nak concentrate jual Insuran secara full time. Aku?.. hmm .. macam tu la jugak. Menganggur lagi, dan masih mencari kerja.

Kenangan mendapat officemate macam dorang nih, one in a million kowt. Ingat senang2 leh dapat officemate cam dorang nih. Tu tak kira lagi Pembantu Tadbir yang lain macam Kak Siti dan Kak Su. Susah da nak dapat.



Baeklah, rasanya takat ni dulu cerita tentang dorang nih. Banyak kowt benda da buat ngan dorang. Cerita ktorang gi Jakarta pun tak abes cerita agi. Tapi tu kemudian la kowt rasanya.

Haha..

YZYZ

What's this?

You are currently reading The Fantastic Four at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...