Please Click Me

Mari Makan Macam Syahmi

Saturday, November 20, 2010 § 3


Pedulik hape aku orang nak kata apa.. Tubuh aku, duit aku.. Aku nak makan bersungguh gak arinih (semalam la tuh). Maka dengan segala kesungguhan yang ada, aku memplan segalanya dengan Ezzah. Nak bawak makan sana, nak bawak makan sini. Dia ni la teman sepemakanan aku yang paling boleh blah. Haaa... Tahan kowt, dan boleh makan di mana sahaja. Haaa...

Mulanya hari ini macam hari raya, sebab makan biskut raya pemberian Chick. Memang sedap weah. Dua ari lepas dia bagi sebalang, ari nih dah tinggal beberapa keping jah hasil pengerjaan aku dan Lele. Tetamu yang datang ke bilik ktorang pun akan dipastikan akan berasa suasana perayaan apabila dijamu dengan kuih raya tersebut. Manis, tapi nasib tak hyper lagi. Haa..


Inilah kuih raya tu. Nama apa ntah dan berkaler pink. Ada satu perisa coklat, tapi Chick tak moh bagi sebab sedap katanya... Aarrhhh.. Sedap gila2 biskut nih.. Haha..

Then kononnya tengah hari nak lunch kat sana, kat sini. Mulanya nak gi Seoul Garden, tapi seriously sekarang restoran tu da macam common lak ngan student USM. Makan kat sana, pastu amek gamak bebanyak. Huuu... Aku dulu-dulu pun buat, tapi sekarang nak masuk pun da tak lalu. Sebabnya, dulu orang selalu condemn tiap kali nak masuk Seoul Garden. Mahal laa.. Tak tau nak makan apa laa.. Was-was ngan status halal laa.. Tak tau kat mana laa.. Sekali sekarang semua la nak berposing depan kedai tuh.


Ni bukan kat Seoul Garden, tapi kat Big Apple dua tahun lepas kalau tak silap. Sampai sekarang masih menjadi misteri, macam mana kte 3 orang boleh perabis Pizza kat US Pizza aritu ekh. Siap buat konvoi makan banyak2 lak. Sebelah Kanan tu Ezzah n kiri lak Farah. Farah x join waktu siang sebab pergi jalan2 katanya.. Haa..


Makanya, keputusan diamek untuk makan kat Subway. Tapi on the way nak gi Subway, Ezzah tanya, pernah gi Burger King x? Aku pun dengan sesuka hatinya telah mengubah plan pergi ke Burger King. Naaahh.. amek ngkau. Sebesar-besar alam haa burger ngkau. Memang best la kowt. Tapi kat Burger King servis tak best. Training hapa dia yang dorang guna nih. Boleh plak duit yang aku bayaq tu dorang main letak2 jah tepi cashier gtu jah.. Amek ko kalau ilang. Dah tu, lap pintu cermin guna used newspaper. Hapa daa.. Pi la beli penglap cermin yang ala2 orang kerja kat stesen minyak nuu haa.. Jarih sangat (jarih ni bahasa Sarawak).. haaa.. Teruk gak arr servis dorang. Pi belajaq dari McD kaa, Kehepsi kaa..


Ni restoran pertama dorang kat Penang. Masa mula2 buka dulu semua pakat serbu. Tadi pi, beberapa kerat sahaja maknusia. Kami try menu baru dia, ANGUS apa ntah. Memang besak gilaa.. haaa...

Makanya, selepas itu, berlarian laa kami pergi ke USM sebab aku nak pi sign gaji. Lepaih tu, mempikan diri ke Queensbay, kononnya nak makan Jcool, yogurt kat JCo, tapi termenyoping sekejap. Turun naik pusing kiri kanan haa Queensbay engkau. Aku jarang shopping dan aku hanya akan shopping ngan certain2 orang sahaja. Ezzah salah sorang orang yang aku selesa shopping with. Dat's why aku akan beli walau selai kalau kuor ngan dia. Maka stor pilihan kami untuk dilaburkan adalah Giordano.. Haaa.. Dan nyaris2 terlabur di Espirit.. Haaa.. Then pas penat memusing dan menerai segala jenis pakaian dalam fitting room, maka masanya untuk relax ngan JCool. Ada menu baru iaitu JCool Twist kowt kalau x silap.. Ada 5 topping.. Memang worth it laa.. haha..


Ini bukanlah Jcool Twist tersebut. Jcool ada 5 topping. 2 dorang akan pilih sesiap, 3 lagi kita pilih.

Malamnya plak, lepas balik mandi2 bagai, ingat nak kuar ngan Anees. Beliau baru ja lepas eksiden arituh. Ingat nak lepak2 ngan dia kat mana2. Tapi atas beberapa sebab, maka tak berjodoh kami nak kuar bersama malam tuh. Tapi kami dan kali ni Farah rumet Ezzah join sekali. Makan Mee Udang kat Gertak Sanggul. Bersungguh aku navi jalan ke sana. Segala kudrat yang ada aku cuba ke sana. Actually area tu ada tempat aku n Ezzah. Tempat aku namanya Salwa, tempat Ezzah namanya Ayu. Tapi Ayu tutup, maki kami makan kat Salwa. Serious Mee Udang memang sedap, tapi servis sangat2 out. Aku memang nak maki, tapi aku mampu bersabar. Aku kesian tengok peniaga2 begini plak. Mana ntah datangnya angel aku malam nih aku boleh plak tak memaki. Haa.. Kan aku boleh berubah. Sapa kata aku nih jahat sangat.


Malam nih aku tak bawak enset aku. Maka x leh nak snap2 gamak sebab aku tengah charge batt beliau.

Then on the way nak balik tuh, tetiba aku kata, jum gi Marvelous.. Naaa hambek ngkau, makan burger plak dah. Tapi yang ni Ezzah n Farah x bleh nak follow dah. Aku beli bungkus jah, makan lam bilik. Tapi tak makan-makan pun lagi... Baru jah nak sentuh.. Haha..


Sekarang da makan 3/4.. haaa...

Belum pun burger tu menunjukkan diri, Razzu ajak lepak plak. Tau la dia da nak balik japgi. Pagi nanti, tak pa lah. Demi member.. Gi sahaja.. Kan aku baek, sapa kata aku nih tak penyayang. Aku ingat ngan member... haa.. baek tak aku?.. baek tak?

Haaa.. Aku tak kira, aku nak makan banyak2 gak arinih. Biaqlah apa yang berlaku. Let the future me jah yang pikir..

Pada kesempatan ini gak, nak buat ucapan sikit. Kepada mana2 maknusia kat luar tuh, yang dah x kenal aku, aku tak kisah pun. Ketiadaan anda dalam hidup aku SIIIIKKKKIIITTT pun tak ganggu gugat aku. Lagi menyenangkan pun ada... Tak payah nak pikir tu, pikir nih. Sentap pun takdak. Kan kan kan... If goodbye what u want, goodbye what will I give... Hahaha.. (haahh, lepas dah apa yang aku nak cakap, leeegggaaaa dada aku dah).. haha.. SO LONG...

YZYZ

What's this?

You are currently reading Mari Makan Macam Syahmi at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 3 Response to “Mari Makan Macam Syahmi”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...