Please Click Me

Powerful Couple

Sunday, November 21, 2010 § 0


ROB and AMBER

Haa.. ada sapa2 tak rasanya yang mampu buat macam dua orang nih buat. Maybe ramai yang lagi hebat dari dorang, tapi sebenar2nya, aku agak mengkagumi mereka. Dorang ni sangat berstrategi, sampai sapa2 yang bertanding ngan dorang, sure akan ketaq2. Mereka lah Rob and Amber.

Dorang nih, mulanya adalah contestant dalam Survivor. Amber contestant season kedua yang buat kat Australia, manakala Rob pula adalah dari Season keempat buat kat kepulauan Marquesas. Aku memang meminati Survivor, tapi aku tengok sampai yang kat Vanuatu jah. Tu pun final dia aku tak sempat nak tengok.


Nih waktu lam survivor. Kurus sangat memasing sebab tak cukup makan. Kuar2 jah dari Survivor, naaahh, semua badan berisi. Kembang sana, kembang sini.

Rob and Amber akhirnya disatukan waktu season All Star. Time tu dorang duduk satu tribe. Dorang punya strategi memang celaka la. Dalam terdesak, dorang sanggup tikam sapa2 jah. Buat fitnah tuh, fitnah nih. pastu adu dombakan orang. Mulanya berlaku tribe switch dan Rob and Amber terpaksa duduk tribe yang berlainan. Dah tu, tribe si Amber ni kalah la Immunity Challenge. Rob pun ketaq takut Amber nih kena vote out, pastu dia bisik kat sorang mamat nih "Kalau ang jaga dia, aku akan jaga ang. Kalau ang buleh, kalau ang buleh".. Tapi dorang x la cakap Melayu, dorang speaking bahasa dorang la. Dah tu, mamat tu dengan bongoknya menyelamatkan la Amber tuh. Tapi tau tak, Rob x buat pun janji dia. Naahh, bila tribe tu dah merge, divote out laa si mamat tuh. Apa tak cibai perangai kan. Tak menyempat-nyempat dia nak buang.

Waktu All Star tu jugak dorang ni telah mencabangkan lidah. Dorang buat dua alliances. Bila da tinggai 6 orang jah, iaitu Rob Amber, dan 4 lagi dari dua alliance dorang yang berbeza, diorang nih takut la kut2 empat orang tuh bergabung dan menyingkirkan diorang. Maka dipanggilnya otai2 alliance tadi nih berjumpak dan diadu dombakan, sampai la dua alliance mereka nih bergaduh. Naahh.. Janji nak manis kepada dua2 cakap nak bawak dorang gi final four, tapi semua tuh hanyalah dusta belaka.

Bila dah masuk final four, apa lagi, fitnah laa.. Nak konfiden kan supaya dapat undian 3 - 1 yang akan memihak kepada Rob and Amber. Aku masih ingat lagi. Ada satu episod nih, ada sorang contestant tu. Host tanya la apa basic undian dia malam nih. Dia jawab "Aku tau ampa suma akan mengundi aku kuaq malam ini, aku terima aku akan diundi keluar, tapi undian aku pada malam ini jatuh kepada orang yang aku rasa paling bahaya sekali. Orang itu akan memenangi Survivor dan sekiranya u guys aware dengan warning nih, undi dia keluar lepas aku kuaq nih.." Tak tak dia undi sapa?.. Naahh.. Dia undi Amber. Waktu nak drop kerta undian, dia habaq la kata, "Amber aku hormat cara ang bermain dan sememangnya ang deserve dapat undian aku malam ni, semoga ang menang..".. Tup Tup, memang Amber menang pun..

Bila dah final two, apa lagi, tinggal Rob and Amber kat tempat tuh, apa lagiiii, bermerpati dua sejoli laaa... Bermadu asmara dua2 orang dalam tuh. Dah leak kot footage dorang beromen-romen time penggambaran. Haaa...

Waktu nak announce pemenang tuh, naahh terus engakau si Rob nih propose Amber. Hamboiy, bestnyaaa... Dah la about to be a millionaire, dapat kawen plak. Rezeki bergulung-gulung...


Amber, jom kita kawen. Kita dah ada sejuta...

Habeh sahaja Survivor, depa dua orang ni join plak The Amazing Race. Dorang tak dapat nomor satu, tapi dapat nomor dua. Semua orang expect dorang yang akan menang kot. Waktu dalam nih pun dorang agak celaka jugak. Macam mana dorang lam Survivor, macam tu la jugak dalam The Amazing Race. Tapi aku polo dari tengah jah. Buka2 T.V tengok couple nih tengah berlari2 naik flight. Aku terus la mempolokan diri melihat Amazing Race, dan semenjak itu jugak laa aku mengikuti cerita nih. Yang aku hengat, waktu dorang catch up flight nih, suma contestant lam flight tu kata, "Yeah, Boston tu dah xdak. Tak dan nak kejor flight nih". Semua la bergumbira sambil mebuat aksi2 yang serba gumbira. Tup tup flight da nak gerak, nampak ada 2 orang tengah berlari-lari nak naek kapal terbang tu jugak. Check2 Rob and Amber. Haaa... Terus berubah mood lam aeroplane tuh.


Yeah, gudbai bebeh. Aku akan menang... Tapi aku rasa flight yang aku maksudkan adalah flight dari Argentina, bukan Afrika. Mana2 laaa...

Dalam The Amazing Race jugak, dorang ni suka menipu. Kadang bagi rasuah, pastu menghasut. Segala benda jahat dorang buat semata-mata untuk menang. Tapi x boleh blah, waktu final tuh, boleh plak nak berdoa sambil cium2 salib minta tolong tuhan.. haa.. tau takut. Last2 dorang dapat 2nd place jah. Waktu nak sambut pemenang tuh, suma contestant yang tersingkir cakap, "Jangan la Rob and Amber, jangan la dorang.." sekali yang berlari-lari ke garisan penamat adalah orang lain, semua orang bersorak gembira. Nampak sangat dorang ni adalah threat kepada pesain2 yang lain.

Pas masuk The Amazing Race, dorang kena panggil sekali lagi untuk The Amazing Race All Star. Biasak laa.. dalam ni pun dorang kena keji. Semua orang takut dengan dorang. Apa taknya, 1st, 2nd and 3rd leg, suma dorang team pertama yang sampai. Semua dorang yang sapu. Tapi malangnya, untuk the 4th leg, dorang kena singkir. Waktu tuh dorang bertanding ngan midget kot. Pastu bila tau midget tu yang dapat lepas, sekali lagi semua orang bersorak gembira. Baru dorang rasa pertandingan ni adil. Haa.. Midget tu cakap la "Aku gembira pasai, aku lah orang yang dapat tendang pungkoq Rob and Amber, pasangan yang penuh dengan kuasa.."


Rob and Amber. Ampa dua orang adalah pasangan paling last mai. Dengan dukacitanya aku nak habaq ampa dua orang telah tersingkir dari The Amazing Race. Meletoppp...

Biaqlah kalau orang tak suka ngan dorang pun. Aku tak kisah. Aku ekceli sangat la mengkagumi mereka. Aku pun selalu imagine dapat couple macam Amber tuh, tapi aku ni ada ka macam Rob tuh?.. haha.. Berangan nak lebih. Aku suka bila ramai yang rasa tercabar ngan dorang. Walaupun orang mendoakan keburukan dorang tapi itulah the beauty of the POWERFUL COUPLE...

Namun, anda2 itu sudah cukup powerful ka.. Selagi anda tak capai tahap Rob and Amber, aku tak acknowledge ampa sebagai The Powerful Couple. Haa.. Sanggup ka ampa buat macam apa yang dorang buat? Tikam kawan, fitnah, adu domba, semata2 untuk menang. Jangan la kita berperangai sebegitu hendaknya. Minta dijauhkan.. Haa..

YZYZ

What's this?

You are currently reading Powerful Couple at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...