Please Click Me

They Found Their New Home

Friday, November 12, 2010 § 2

Maka, aku telah pun siap mengemas segala benda atas, tepi dan bawah meja ofis aku pada petang tadi. Segala benda peribadi kepunyaan aku telah siap dikemas. Fail2 yang mengandungi barangan peribadi dan senaskah modul latihan PIMPIN Siswa turut dibawa bersama.

Seharian aku tidak banyak bercakap. Aku malas nak menceriakan diri jika di dalam guruh dan kilat sedang sabung menyabung. Itulah perangai aku. I'm not born to fake what is inside. Apa yang tertunjuk di luaran, itu la juga yang berlaku di dalam. Jika benci di dalam benci la juga pengzahirannya. Jika cinta di dalam, cinta juga aku yang aku pamerkan. Tidak sukar untuk menduga aku, dan semestinya unsangkarable is so not me.

Mengapa aku berdiam diri, tidak berkata sepatah apa. Kerana apa sahaja yang aku tuturkan tidak akan membawa sekelumit maksud buat sesiapa. Mengapa harus berbicara jika bicara itu dipandang enteng si pendengarnya. Mungkin aku suka mendengar segala permasalahan dan ke'down'an rakan2, tapi tidak semestinya mereka juga akan suka mendengar permasalahan dan ke'down'an aku. Mungkin pada mereka berdiam atau memberi nasihat mengikut hati dan akal mereka adalah betul, sama juga ketika aku merasakan betul untuk tidak mengeluarkan sebarang pendapat sekiranya tidak mempunyai hujah dan sokongan konkrit. Segalanya adalah tepat jika itu adalah pandangan. Kita tiada hak untuk mempertikaikannya. Maka siapalah aku untuk membetulkan rakan sendiri. Mereka telah jauh terkehadapan, meninggalkan aku terkontang kanting di belakang. Bukan salah kura-kura atau siput jika berjalan lambat, juga bukan silap cheetah atau kuda jika mampu berlari pantas. Setiap ciptaanNya ada maksud dan signifikan tersendiri. Enough of that.

Kini barangan ofis aku telah mempunyai rumah baru. Kini mereka tidak lagi menghiasi desk aku seperti biasa. Meja aku di Tekun pula tempat mereka bermaharajalela.



(a) (b)

(a) Vaseline, hand sanitizer, cologne, teddy bear, bekas letak notepad aku suma da ada member baru iaitu cik Buaya kat belakang tuh. Haha.. (b) Bekas pen aku yang mengandungi pen2 yang xdak dakwat. Fridge Magnet tu boss aku bagi, souvenir dari LA, waktu dia pergi sana arituh



Aku bawak balik dua beg jah, dan sekaki payung pemberian kelab staf BHEPP sempena besday aku yang da berbulan2 lepas.

Alkisah tambahan, petang tadi ketika dinner, kami telah dipersembahkan dengan drama swasta yang cukup tragis. Selang beberapa dari tempat kami makan, terdapat segerombolan wanita2 muda sedang duduk menikmati makanan mereka. Tapi MasyaAllah, suara mereka, bersembang tak hengat donia.. Bila tengok xda la cantek sangat pon, tapi bercakap macam nak bagi satu dunia tau depa tu dok kat sana...


Inilah dia gerombolan minah tersebut. Hamboiy, cik kak oiy, nak sembang pun hengat la ngko tu duduk kat masyarakat Malaysia yang menjaga tepi kain. Kan da tak pasal2 aku terjaga tepi kain ngkau. Haaa...

YZYZ

What's this?

You are currently reading They Found Their New Home at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 2 Response to “They Found Their New Home”

  • syahmi, aku leh dgr la mslh ko..aku xksh nk dgr mslh org, sbb ko pon dh byk tlong aku, dgr aku merepek yg bukan2, dgr aku luahkn ase mrh aku kt org len..huhu...tenkiu sgt2..
    so, kalo ada pe2 mslh, cerita jela ngn aku...huhu~~

  • Syahmi says:

    hahaha.. thanks tau.. gttuuu.. haha.. xpa aku down kejap jaaahhh.. haha.. cepat tengok post baru aku.. haha.. ada gamak aku convo.. hihi

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...