Please Click Me

Archive for December 2010

Twenty-Ten

Thursday, December 30, 2010 § 1

Karangan ini mungkin panjang. Tapi aku cuba untuk membuat rumusan kejadian2 yang aku rasa signifikan dan masih dalam memories aku selama aku idup pada twenty-ten. Aku jugak akan mempautkan beberapa post lama aku. Kalau rasa best dan mahu tahu lebih lanjut, sila la mengkelik pautan2 tersebut. Gtuh.

Mulanya, Januari twenty-ten aku telah membeli henpon baru yang aku namakan sebagai SeX1 (pronun 'sexy'). Banyak gambar telah aku amek menggunakan henpon inih. Aku juga telah memulakan tahun ini dengan membantu adik2 dan juga rakan2 yang mahu bertanding dalam pilihanraya kampus. Alhamdulillah, banyak calon yang aku dan rakan2 lain bantu telah menang dengan bergayanya. Semasa proses penamaan calon, aku berada di Sarawak untuk menghadiri majlis perkahwinan abang aku. Ni merupakan menantu sulung ayah aku.
  1. Twenty-Ten: Sex1Razzi
Habis sahaja pilihanraya, memang banyak tugas atas batu jemala aku. Majlis Penjenamaan Sekretariat Rukun Negara/Sinar Perpaduan, Teater Monolog Enam Jam: Cubaan Mencatatkan Nama Dalam The Malaysia Book Of Records, Forum Pencegahan Rasuah dan yang paling penting adalah Final Year Project (FYP). Alhamdulillah, semua tu pun dah berlalu. Terpulanglah kepada mana2 pihak untuk melabel semua projek itu sebagai berjaya ataupun tidak.
  1. SRN Part 1
  2. SRN Part 2
  3. 6 Jam 16 Minit 26 Saat
  4. Laporan Kejayaan Projek
  5. When U Believe, Nothing Is Impossible
Habis sahaja exam, aku sudah tidak mempunyai tempat untuk tinggal. Maka aku pun berkelana dari sana ke sini. Pada pertengahan Mei, aku telah ditawarkan untuk berkhidmat di Sektor Pembinaan Sahsiah Pelajar BHEPP sebagai PKS iaitu Pekerja Khidmat Singkat. Pada waktu inih, aku masih lagi nomad ke sana sini bersama dengan rumet baruku.
  1. Nomad
  2. The One With 200th
  3. Hari Pertama Masuk Ke Ofis
  4. Dappp Ehhh...
  5. Nomad Ongoing
  6. SolihErk
  7. The Fantastic Four

Kerja PKS pada bulan pertama, kedua dan ketiga memang terlalu banyak. Kami menguruskan PIMPIN Siswa dan aku sekali lagi akan berPIMPIN di Cinta Alam Kelimat (CAK) Sungai Siput. Kali ini aku membentuk team yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Selalu la jugak kuar bersama-sama dengan team ini.
  1. TOT
  2. Something We're Gonna Laugh Later
  3. Hiba
  4. Dulu Aku, Kini Mereka
  5. Ceria Bersama CAK

Habis sahaja PIMPIN, adalah minggu graduation bagi hampir kesemua PKS. Tau2 jah lepas abes minggu convocation, terus plak bulan puasa. Banyak benda la jugak berlaku sepanjang bulan puasa.
  1. 2 Minggu Lepas, Ku Katakan Puasa Lepas Best, tapi...
  2. Walking Alone
  3. Long And Windy Road

Pertengahan twenty-ten juga telah memperkenalkan aku ngan dunia K-Pop apabila aku tanpa sengaja telah terminat Super Junior. Super Junior eventually telah menjadi semakin important pulak terhadap aku.
  1. AFIF Was Sentenced
  2. SuJu 101
  3. Bedah T.V Series: Super Junior Full House
  4. SuJu 102

Habes PIMPIN, kami membantu plak Unit Keusahawanan. Banyak program anjuran unit ini sebenarnya. Siap buat rombongan pergi Jakarta dan Bandung lagi. Tepat sahaja kontrak kami mahu habes, aku telah mengalami dilema yang sangat la teruk. Samada mahu sambung kontrak ataupun tidak. Tapi akhirnya, korang taukan apa keputusan aku.
  1. C.H.I.N.T.A
  2. Retire Young, Retire Poor
  3. They Found Their New Home
  4. How Brave Are You

Menganggur selama lebih kurang sebulan setengah digunakan sebaik mungkin untuk refigure balik idup. Then aku pun balik semula ke rumah aku. Aku memang jarang nak balik, maka banyak kali la jugak aku menjadi tourist di negeri sendiri.
  1. Jalan-Jalan Kuching
  2. Ala-Ala Seoul Garden Gtuh
  3. Kami Memang Tourist Oiy
  4. Makan-Makan Kuching. KO ADA?
  5. Supper 'Mee-Mee'an

Kalau nak mention sorang2 semua orang yang terlibat secara signifikan pada tahun ini, memang la terlalu banyak. Tapi kalau korang pernah berurusan ngan aku sama ada atas alasan kerja, berhibur, pertolongan dan sebagainya, aku ucapkan tenkiu. Okeyh.

Akhir kata, sila lah kelik semua link yang aku bagi okeyh. Kami up sikit pageviews aku. Hekhekhek.

YZYZ

Supper : 'Mee-Mee'an

§ 0


What a shame. Memang aku nih very the buang batu. Sebenarnya, malam inih ada empat kisah mahu dikongsi. Alceritanya, Erin telah mengkol aku pada kol 11pm waktu Kuching, bersamaan kol 1130pm waktu KL atau 1140pm waktu Penang. Katanya, mahu keluar tidak. Owh, kalau aku, susah sangat untuk kata tidak.

Actually malam nih jugak merupakan kejayaan buat pasukan bola sepak negara bila kalahkan Indonesia dalam AFF Suzuki Cup. Conratz la korang. Aku malas nak menulis tentang ituh, sebab kompem2 ramai yang nak tulis post tentang ituh. Lagipun, tahniah jugak kepada penyokong yang sangat la patriotiknya. Harap karang, bila suatu masa Malaysia tak berapa nak berjaya, korang jangan kutuk ekh. Masa tuh, mula la sorang2 nak kutuk kan. Berbangga la jadik warga MALAYSIA pada setiap masa tak kira la Malaysia berada di atas atau di bawah. Dan TOLONG JANGAN JADIK A DISGRACE CITIZEN YANG SUKA MENGUTUK BANGSANYA SENDIRI TERUTAMA BILA KITA GAGAL ATAU KURANG BERJAYA.

Berbalik pada topik,

Cerita 1
Maka aku telah bersiap untuk keluar. Pakai suar bagai. Tapi waktu nak kuar tuh, carik2 kunci umah tak jumpa. Selongkar sana sini mencarik. Erin da depan pagar umah dah. Sekali aku call ayah aku yang telah pun berada di dalam bilik tidur. Baek sangat kan. Dari ketuk pintu, aku pi call. Maka ayah aku buat kalut kuar dari bilik kata takde ke kunci kat luar tuh (sambil buat kalut pi carik kunci sekali). Ayah aku kata lewat dah nih. Aku kata nak kuar sat jah. Pastu dia pun masuk bilik dia then kuar balik bagi kunci umah. Motif sangat la kan nak berlakon pi mencarik kunci kat luar kalau dah sorok lam bilik. Haha. Aku pun satu buat perangai macam dok kat hostel nak kuar sukati aku. Memang la kena berus esok pagi.

Cerita 2
Sejurus lepas dapat kunci umah, maka aku pun lari2 masuk keta. Erin da jerit2 dah. Then dia tanya kat aku, kenal tak ngan somebody bernama MAI. Aku pun pikir sapa dia. Sekali upanya member dia yang dok kat depan tu la Mai atau nama penuh Maisarah. Mai tu pun kata la dia kenal aku. Hamboiy, rasa2 artis gtuh aku orang kenal aku tapi aku tak kenal orang. Bak kata Erin la tuh. Pas dok kat area terang sikit baru la aku nampak muka Mai tu dan tiba2 flashing balik. Aku kenal kowt dia tuh, cuma tak da memories sangat ngan dia. Dia pun mention mutual friends ktorang. Bantu la sikit memories ku yang serba lemah inih. Owh, rupanya ramai rakan sebatch ku kat matriks nih. Dua ribu lebih orang kowt. Perjumpakkan tersebut then buat aku realize aku nak sangat kembali ke zaman matriks yang serba innocent ituh. Ya lah, zaman matriks, majoriti kawan adalah sebaya. Pusing2 pun muka tuh jugak. Pakai smart, kemeja okeyh sekali ngan tie. Waktu tu pun sangat la innocent. Nak try tu tak berani, nak try ni takut. Kuar ja matriks, nah hengkau apa benda yang tak try. Tapi innocent sangat ke zaman matriks aku. Macam tak jah. Biarlah. What happens in KML stay in KML.

Cerita 3
Then ktorang pun pergi la ke Kubah Ria untuk mencari Mee Kolok. Mee tuh macam yang aku eksplen dalam post Menyumbat Makanan di Bandaraya Kuching. Aku dah lama tak pergi Kubah Ria. Last sekali pergi pun tahun 2000. Nah, seploh tahun dah hengkau. Maybe dalam tempoh tu aku ada pergi kowt, cuma tak hengat. Takdak dalam memories. Aku pun buat kemaih kata, waa da lama tak mai sini. Sekali Erin pangkah aku "Apa kata kawu yaaa... tok Kubah Ria baru. Nok tahun 2000 nok ko pergi ya seberang jalan siya".. heh.. Tapi sesampai jah sana, stall tempat jual mee kolok kegemaran Erin dan Mai dah tutop. Maka ktorang pun pergi la ke Matang kembali. Sesampai kat Matang, mak Erin join ktorang sekali. Sempoiy auntie join ktorang lepak sampai kol doblas lebih. Sampai sana aku jumpak dua jenis mee plak iaitu mee kolok dan mee pok. Aku tanya Erin apa dia mee pok. Nak tau, hah ginilah bentuk dan rupa mee pok tersebut. Pok tu bukan PORK okeyh. Memang nama dia macam tuh.



Ni merupakan set yang dibagi oleh kedai ini. Dorang asing daging dari Mee n boh sekali ngan sup. Tapi daging dia liat. Tak suka. Mee pok tuh, lebar macam koey teow, tapi lagi kecik dari koey teow. Rasa berbeza la.

Rasa mee pok beza sikit dari mee kolok. Tapi bak kata Erin dan auntie, mee pok kat situ tak sedap. Ada lagi tempat yang hidang lagi sedap. Hoh. Lepak2 sambil tengok Robocop, tiba2 kami ternampak papan menu tulis "Penang Special: Char Koey Teow". Owh, hapa lagi, Erin pun mensajes untuk menghorder. Aku order la. Memang beza dorang buat dari original Penang. Kalau Penang, dorang buat dari udang dan kerang. Tapi kat kedai tuh, dorang guna daging. So rasa manis udang dan kerang takda langsung. Just rasa daging. Kuah tak pekat sangat tapi boleh la. Lebih prefer Penang punya. Maybe dorang gabungkan char koey teow ngan mee kolok/mee pok kowt. Ya la, dua jenis mee tuh guna daging kan. Satu Malaysia sangat. Haha.

Cerita 4
Semasa makan ituh, kami telah ditemankan ngan cerita Robocop dari Channel Star Movies. Aku tak paham la cerita tuh. Boleh tak somebody eksplen? Memang very the nineties la cerita tuh. Pasnih aku mahu menggoogle la sinopsis cerita tersebut. Haha.


Hapa dia la cerita nih. Rupanya omputih pun mengarut jugak pelem2 dorang.


YZYZ

Twenty-Ten: SeX1Razzi

Monday, December 27, 2010 § 4

Kalau sesiapa yang tak tahu lagi, pada awal tahun 2010 aku telah membeli sebuah henpon baru. Henpon tersebut berjenama Sony Ericsson Xperia X1. Ni merupakan last batch X1 sebelum Sony mengeluarkan beberapa series Xperia. Aku suka beli henpon yang orang jarang guna, maka aku pun membeli henpon nih walaupun pada bulan seterusnya Sony akan kuarkan X2. Maka aku telah menamakan Henpon inih sebagai SeX1 iaitu singkatan bagi Sony Ericsson X1. Maka sepanjang tahun 2010 aku telah mengsnap pelbagai gambar. Pada mulanya aku telah memilih 90 buah gambar untuk dishare. Tapi macam crowded la plak. Dan setelah melalui beberapa peringkat saringan, akhirnya aku telah memilih 45 keping sahaja. Gambar nih merupakan antara benda yang berlaku lam hidup aku pada 2010.



Lokasi Subaidah Pekaka. Tujuan utama gambar ini adalah untuk snap kapel yang duduk di hujung sana. Laki tu sangat la tua bersama ngan pompuan muda. Kami namakan kapel tersebut Sau-So-Gey Jom-Bo sempena nama satu menu kat Subaidah.


Lokasi di hadapan Restoran Kayu Nasi Kandar BJ. Apa kaitan laki ngan pisang? Jadik wallpaper kowt gambar nih


Kejadian ktorang tolak kereta ke stesen minyak. Fizul la konfiden kata minyak cukup. Semenjak tuh, kalau meter minyak tinggal sikit, aku takkan bawak keta nih. Fobia nak menolak. Dah la menolak kat bukit Petronas nuu haa..


Pelamin abang ku kawen. Tapi tak musnah macam lagu Azie tuh. Ktorang kazen2 siap baring2 kot atas pelamin nih. Over sangat.


Kalau iya pun nak berkempen cik bang cik kak oiy, spell la bebetul. YOUR tu padia?


Ni ofis Cik Lestari BHEPP atau Kak Fuzah. Aku ngan Mark suka menerjah ofis dia nih kalau pi BHEPP sebab mesti dia ada simpanan kerepek.


Owh, jangan marah ya. Gambar nih saja diambil untuk sakitkan hati seseorang. Terus engkau anta MMS sampai kat Pahang sebab nak declare war. Nasib minah ni sempoiy.


Ini merupakan mantan YDP Tekun yang suka buat kontroversi ngan aku. Kalau jumpa jah, mesti nak cium2 pipi walaupun aku geli kena gesek ngan jambang dia tuh.


Salah sorang geng karas masa kat matriks dulu. Terjumpak balik. Haiy, menari dah sekarang. Apa pun dia tetap maintain cute macam dulu. Haha.


Kunun nak celebrate besday Kecik a.k.a awek TokWan. Malam tuh dah la aku migrain teruk. Siap main calit2 kek dalam keadaan kepala sangat sakit.


Dalam manual kata rendam separuh hari, aku pi rendam sampai 3 hari. Terus copper ni kena sadur ngan teruk sampai dah tak leh guna. Nasib group aku paling last buat eksperimen tuh.


Teater monolog yang sangat penat. 6 jam 16 minit 26 saat. Nombor sangat cantik.


Hari Pah kena renjatan elektrik sebab guna iron yang dah xda penebat.


Lepak2 ngan Kak Ira di waktu2 akhir bergelar student. Duduk depan guest house. Cantik kowt view.


Berabok aku study paper nih (Zct104), last2 aku fail jugak. Aku fokus seluruh tenaga aku untuk paper nih saja okeyh. Nasib KSCP aku lulus. Bukan lulus bersyarat okeyh.


Dinding study ku yang dihiasi ngan papan ajaib yang boleh menukarkan unit


Study kunun kat bilik sekretariat. Tapi most of the time berlepak2 ja kowt. Ni tengah main pesbuk sebenarnya.


Nyaris2 menjadi rumah sewa aku, TokWan dan Solihin. Nice la jugak tapi sebab xda ahli keempat, maka tak jadi nak menyewa. Rugi. Dah la murah. Dua tingkat lak tuh.


Hari Solihin kerugian sebab isi keta Nat penuh2. Tapi tak jadi guna. Ktorang la yang perabis.


Kredit kat Chick dan kakak beliau yang telah mempopularkan Mr. FingerLeg. Dalam meeting pun main benda alah nih.


Marvelous yang telah menambah tempat lepak wajib kami.


McD yang menyatukan dan menggaduhkan kami. PKS over la katakan. Bak kata sesetengah mulut, kami kan PKS Team B. Hadoiy.


Aku paling benci bila terpaksa berpindah-randah. Tengah tahun 2010 sangat la selalu nomad


Kami nak pekena Solihin. Kami potostet banyak2 IC dia dan tampal satu PUMA sampai lam esbok pun kami tampal. Muka lam IC dia sangat la innocent macam budak2 yang selalu ilang dalam talibesen tuh. Maka kami buat la iklan kanak2 ilang.


Kucing angkat Solihin. Lepas kami (actually Solihin sorang jah) bagi makan whiskers, mesti dia pi foya2 tempat laen. Lapaq jah mulalah memunculkan diri di depan pintu bilik.


Antara kerja2 awal PKS dan PU2. Memandangkan banyak PU kami lum sampai aku panggillah kawan2 aku mai tolong. Ni Boss kami belanja makan Kehepsi. Solihin pi sandar2 kat Yap. Dia ingat Yap tu aku. Tak pasal2 kena bahan.


Pretty/Flower Boy yang peymes kat USM. Generasi anak ikan baru tapi jangan kacau okeyh. Sebab dia x minat dunia macam itu.


Pagi hari graduasi ku. SeX1 hanya sempat amek gambar member seSarawak sahaja. Hot tak kami?


Member Faiz yang berpangkat Datuk ajak makan kat Eq. Dia mention dia makan ngan Masyitah. Aku ingat tu nama anak dia. Imagine dah aku nak ngorat. Sekali naahh, Datuk Mashitah Ibrahim uolss.. Aku ni dah la peminat setia beliau. Makan semeja plak tuh.


Gesture yang popular yang dicipta oleh Chick iaitu "SAAATTTT" sambil letak tapak tangan kat depan muka. Rasa nak penampaq jah kalau kena macam tuh.


Nampak tak apa yang ada lam gambar nih. Ni merupakan VIOS yang berplate PHS 2777. Orang2 PUMA perasan x?


Pestaimer travel guna bas. Ktorang pun ngan baek atinya pi menghantar sambil membahan beliau.


Gambar nih tak nampak sangat, tapi ni merupakan gambar ikan keli gergasi kat The Mines. Bayangkan kalo kat pecal dorang idang guna lele nih. Nak order camana ahh? Ibuk, Pecal Lele Gergasi satu. Nah, hambek hengkau.


Orang dok sibuk2 cerita Gunung Merapi tengah meletus, boleh plak ktorang buat rombongan pi Jakarta dan Bandung. Dah tu siap naek gunung berapi yang aktif lagi tuh.


Anak Arab nih dok tunjuk2 KitKat dia yang tak seberapa tuh. Ktorang pun tak moh kalah, pi la amek eskrem Drumstick sorang satu. Tak pasal2 terbeli eskrem. Hampeh.


Si Faiz nih ada kegilaan yang pelik terhadap Honda FREED sebab nak dekat nak sama ngan nama dia iaitu FRED. Kunun malu nak amek gambar. Aku buat slumber dok tengah2 jalan amek gambar dorang. Dah la time tuh ada kereta nak lalu. Biar arrr...


Aku terjumpak artikel nih lam The Star. Pastuh nak bagi kat Faiz sebab lam keta dia ada papan macam nih jugak. Kalau ktorang horny, ktorang honk keta dia, konpem orgasm.


Perero Rosyer kontroversi. Tak pasal2 Solihin majuk ngan aku. Ni merupakan hadiah konvo terlewat yang aku dapat iaitu 4 bulan selepas aku konvo. Kat belakang tuh adalah kuih raya pemberian Chick. I like. Sangat sedap.


Gambar terakhir di dalam bilik ku. Waktu nih penghuni bilik ni da masuk iaitu international student dari China. Aku dapat rumet budak international uolss, walaupun ktorang rumet sehari jah.


Kononnya, sebelum gambar ni diambil, berlaku kejadian yang penuh takjub. Dua orang makcik dengan slumbernya berjalan di tengah2 jalan raya yang serba busy tanpa ada rasa takut dan gentar. Dia buat macam dia ada atas keta okeyh walaupun dia hanya jalan kaki. Aku nak snap tapi tak sempat. Maka aku snap ja lah gambar kakak nih.


Teh Ais Bungkus Indah Kembara yang menjadi punca aku dan Faiz kena bahan kaw2 oleh makcik tuh. Dia sindir kowt, tapi aku layan balik. Faiz dah merah muka. Aku masih lagi tebal.


Aku nak travel macam singa nih. Baru keless.. Tetiba teringat post Kak Jumie tentang beliau tengok Narnia bersama anak menakan beliau. Anak menakan beliau telah menamakan Aslan sebagai OSMAN. Hadoiy, bak kata Kak Jumie, OSMAN adik beradik ngan AZIZ SINGAH.


Ni merupakan mangkuk tandas yang serba canggih. Terjumpak kat The Spring Kuching. Kalau tengok post aku sebelum nih, benda ni la yang aku maksudkan. Kelesss..


Ni merupakan kazen aku. Tahun ini beliau telah berjaya dapat 5A dalam UPSR. Hebat... Antara kazen aku yang mempunyai perangai yang berbeza.


Owh, karok seploh hengget selama 6 jam. Ko ada?

YZYZ

Makan-Makan Kuching. KO ADA?

Sunday, December 26, 2010 § 1

Semenjak berminggu stay kat Kuching, rasanya nih la kami pertama aku menunjukkan nafsu makan aku secara beraksasa. Tu pun tak berapa nak menunjuk lagi. Ala2 control gtuh. Tapi makan tatap makan keyh. Owh, kununnya, pagi tuh aku dapat news dari Revertex, hired aku. Maka malam tu nak gi celebrate la kununnya. Mahu makan2 sahaja. Maka aku telah mensuruh Erin pergi memplan. Habes ditanya satu pesbuk, mahukan tempat yang best. Aku tak tau lagi plannya mahu ke mana. Tau2 jah, kol 9 malam, menggunakan kereta Bitam, maka kami yang berjumlah lima orang pun mempergi ke tempat makan tersebut.

Rupanya kami mahu makan kat kedai yang bernama BAROK. Aku pun tak tau apa maksud BAROK tersebut. Tapi lokasi dia kat Kampung Boyan, seberang Sungai Sarawak. Tapi kami tak naek la bot, kami naek keta jah, walaupun sebenarnya lagi jauh.

Kampung Boyan tu memang pack ngan kedai makan dan tempat2 lepak. Dalam pada itu, adalah satu kedai makan yang berkonsep tradisional. Ala2 umah lama gtuh. Kalau Chick atau nama Pesbuknya Ashiqin AJ datang, sure dia x nak balik dah. Sebabnya kedai tu tersangat la antik.

Hiasan2 suma guna barang2 lama. Dinding pun tempek guna kayu yang macam da reput. Very the rumah lama dan kami bersila atas tikar yang dianyam okeyh. Aku pun tak tau tikar tuh anyam guna daun apa. Aku duduk sahaja. Kat bawah ni adalah beberapa keping gambar yang aku snap semasa berada di kedai tersebut.



Owh, inilah antara makanan yang hanya terdapat kat Sarawak iaitu Mee Kolok. Kadang ada orang panggil Kolok Mee, sama jah pun. Aku tak pasti jenis mee yang digunakan, tapi mee ni dihidangkan ngan sup yang berasingan. Maka kita boleh tentukan sendiri banyak mana sup yang kita mahu. Sup biasanya dorang guna sup tulang atau sup daging. Pastuh dorang akan letak daging dan bagi sambal dia. Sambal ni la jugak antara yang buat mee kolok rasa berbeza. Sup mee kolok, aku prefer sup tulang, sebab nak bagi lawan rasa daging. Hah. Ko ada?


Inilah dia ruang makan yang direserve untuk pelanggan yang ramai. Kalau kat section nih, boleh duduk bersila. Kalo rasa perut tu tak muat nak bersila, boleh jugak duduk atas kerusi. Ktorang pilih nak bersila malam tuh. Fokus kat lantai. Tikar anyam you. Ko ada?


Ni antara motif rumah2 lama Melayu. Memang rasa kembali ke zaman silam duduk kat kedai makan nih. Siap ada tepak sirih bagai. Ada payung2 lama dan segala jenis hiasan rumah lama. Pastu ada set karaoke, tapi dorang main lagu2 lama yang mendayu2 gtuh. Ko ada?


Owh, kalau tengok gambar tuh, memang agak seram uols. Apa taknya, anak2 dara enam orang tengah posing guna baju kebaya. Ala2 pelem seram gtuh. Ko ada?

Kuar dari kedai tuh, selepas bercanda dan baring2 kat atas beranda (serious, dorang siap baring2 okeyh), kami pun kuar. Kat tempat bayar tuh ada free sample kek lapis. Tapi tak sedap sebab tu kek yang kering. Maka dorang nih mencadangkan untuk pergi ke kedai lagi satu yang bernama MIRA. Kedai nih jual kek lapis yang basah, maksud dia moist la. Kek moist nih memang super duper sedap, tapi tak tahan lama macam kek kering. OTW nak ke kedai MIRA tuh, member aku nih suruh aku berlakon jadi orang MALAYA supaya nanti tak rasa segan nak merasa. Ktorang bukan nak membeli pun, mahu cuci mulut sahaja. Kalau cakap MALAYA, tak la rasa awkward dan dorang akan suggest mana yang sedap. Aku pi merasa hampir suma jenis kowt dan seriously sangat sedap. Aku paling suka kek HATI PAREK (Hati Pari) dan LUMUT. Uurrhhh, orgasm aku.


Ini merupakan papan iklan yang dorang pasang. Memang meletop la, siap letak papan iklan berlampu macam nih. Memang bisnes MIRA nih maju la kowt. Ko ada?


Dan ini variety kek lapis yang dorang jual. Kek yang da potong2 tuh merupakan free sample. Ktorang datang lewat malam tuh, jadik pilihan jadik tak banyak. Mana yang sedap memang abes dah la. Orang pun tak ramai sangat. Menurut member aku, kalau datang awal, memang dorang akan sentiasa top up kek lapis kat section tester tuh. Ko ada?

Then, ktorang pun menghala ke Matang dan Erin bawak aku gi kedai mak dia dan tempat member dia dua orang tuh kerja sebagai designer. Gtuh, meletop mak Erin amek budak degree kerja jadik designer kat kedai dia. Auntie ada bukak dua kedai. Satu kedai makan kat bawah dan kat atas kedai jahit. Designer tersohor tersebut kerja kat atas. Gila engkau designer kerja kedai makan kan. Haha.

Nama kedai makan uncle dan auntie adalah Oasis Cafe. Nama kedai jahit tuh, tak pasti la plak. Tapi for sure bukan LV mahupun GUCCI. Aku saja mahu menerai makanan kat kedai tu plak. Dah la makan semangkuk mee kolok, then pi merasa kek lapis yang pelbagai, sekarang makan nasik lagi. Dah la sebelum kuar tadi, boleh lak makan dulu. Hah, memang la kan. Dalam tiga jam hentam empat hidangan.

Aku order nasi goreng thai. Nasi tersebut mengandungi sotong masak apa entah dan semangkuk tom yam. Aku dah review da rasa makanan tersebut lam FB. Pada kesempatan inih, aku mahu mempromote sekali la. Pada sapa2 yang berada di Kuching atau area dekat2 Matang, sila lah makan di Oasis Cafe okeyh. Lokasi dia, google sendirik la ekh, ataupun klik Oasis Cafe untuk menglike page Oasis Cafe di FaceBook. Lam tuh ada alamat dan maklumat bagai. Selaku Duta Makanan USM Batch 2007 (kategori pelajar) dan juga Duta Makanan Staf BHEPP Tahun 2010, aku mencadangkan anda untuk makan di OASIS CAFE. (Uncle dan Auntie dan juga Erin, maok royalti lak owh). Haha.


Inilah dia hidangan yang aku pilih pada malam itu. Ada sotong, ada ayam, ada udang, ada sayur2an. Ko ada?


Ini plak aer yang aku pilih. Cuba teka air apa, hah, air asam uols. Tapi dorang tak la guna asam jawa atau asam boi, tapi menurut anak tokeyh kedai nih, dorang guna asam yang dah dijeruk. Meletop. Nampak gak kat pic tu adalah tangan Bitam. Ko ada?


Dan ini merupakan menu yang aku rasa didesign oleh Erin. Tengok motif pun da tau mesti dia yang buat. Latar belakang menu nih adalah anak tokeyh iaitu Erin. Ko ada?

Baeklah, setakat ni la dulu ekh. Nanti aku hapdet lagi banyak. Haha. Buh Bye...

YZYZ

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...