Please Click Me

Lelaki BISEX Ni Hot Ke?

Tuesday, December 21, 2010 § 6

Aku tak dapat nak predict, apakah sambutan terhadap post yang bakal aku tulis nih. Akan dapat good review kah, atau akan dapat bad review. Aku tak sure dan tak pasti. Adakah post nih akan masuk Top Ten post aku kat tepi nih (kalau korang perasan la). Atau akan hanya jadi post di pinggiran sama macam post2 yang lain. Tapi hapa pun, kita tengok la dulu ekh. Haha.

Kita selalu dengar pompuan cakap, meluat kalo tengok lelaki gay ka, lembut ka atau yang seumpama dengannya. Kononnya, dah lah populasi lelaki makin kurang. Mana yang ada plak sibok nak jadik pompuan. Kalau ada yang macho pun gatal nak carik yang sesama jenis. Pompuan terus2an merungut. Aku tak tau la pompuan dari negara mana yang merungut sebegitu. Adakah hanya terhad kat Malaysia, di Asia Tenggara atau satu donia majoriti mempunyai pandangan sebegitu. Tapi for sure yang aku perasan, majoriti pompuan kat Malaysia lazim akan kuarkan statement sebegitu. Ya lah, dah la tak berapa nak laku, laki yang dorang taste plak jadik gay, hapa tak bengang kan.

Tapi fenomena flower boys dirumourskan sebagai gay dah jadik macam perkara biasa kalau kita tengok luar dari Malaysia. Contoh2 yang terdekat adalah selebriti kat Korea. Aku malas nak amek contoh bebanyak, cukuplah Super Junior sahaja. Selain dorang, artis lain macam DBSK, ShiNEE, U-Kiss dan sebagainya pun banyak kowt gossip gay.


Ni merupakan satu scene dalam Super Junior Full House. Boleh kan dorang dok peluk2 atas katil. Siwon tu plak cam pervert jah hidu2 rambut Heechul. Maybe dorang da sangat rapat kowt, tapi Kangin selalu kata dia tak kan buat benda2 yang Siwon buat tuh, walaupun dia rapat macam mana sekalipun ngan laki.

Dalam Super Junior, fans dorang dah jadik gila plak nak kapelkan dorang sesama dorang. Antara pasangan paling hot pada pandangan fans adalah EunHae (Eunhyuk dan Donghae), SiChul (Siwon dan Heechul), KyuMin (Kyuhyun dan Sungmin) dan sebagainya. Aku pun tak tau apa motif fans2 dorang yang kebanyakkannya adalah pompuan nak pasang2kan dorang.

Antara sebab kenapa nama2 ni muncul adalah, pengakuan ikhlas dari ahli2 sendiri. Contoh Eunhyuk pernah admit yang dia memang minat Donghae masa dorang mula2 kenal. Dan lepas tuh dorang dua nih memang sangat rapat. Selain tuh ada jugak tindakan berani Heechul pi Kiss Siwon kat konsert. Pastu siap buat pengakuan Siwon suka pegang2 dia. Kyuhyun dan Sungmin plak maybe sebab lepas Mini Drama dorang. Ada satu episod yang dorang terpaksa buat aksi intimate dan fans maybe rasa dorang sangat cute kalau together.


Ni scene dari Super Show 2 untuk performance Don't Don. Dorang dua orang nih memang rapat semacam, dan fans merestui perapatan mereka ini.
Eunhyuk: Dulu aku rasa aku suka Donghae
Donghae: Boooohhhhh

Aku ada baca beberapa review. Ada yang kata maybe sebab dorang rasa dorang tak leh nak miliki Super Junior, maka dorang pun tak mau mana2 pompuan atau laki miliki dorang. Fans lagi rela kalau dorang kawen sesama ahli. Hadoiy.

Aku bukan nak highlight kan couple2 tersebut. Terlalu banyak blog yang buat benda tuh. Aku malas la nak mengikut. Tapi satu benda yang mencuriouskan aku adalah, pompuan rasa laki BISEX nih hot ke? Ya lah, tengok jah lah contoh yang aku bagi. Fans Super Junior yang kebanyakkannya adalah pompuan, sah2 mengimpikan nak kawen ngan salah sorang ahli Super Junior. Tapi dalam pada ituh, dorang pun galak nak mengGAYkan dorang. Kenen sesama ahli plak tuh. Very the sumbang mahram.

Tapi persoalan utama, betul ka laki BISEX nih hot? Maybe betol kowt, sebab bukan setakat pompuan yang nak kat dorang, tapi laki pun terhegeh-hegeh. Sapa yang tak nak balak yang hot kan. Tapi tak takut ka, tiba2 kalau balak korang tuh dah bosan ngan korang dia pi layan jantan. Tak ka merana korang.

Maybe jugak ada kebanyakkan pompuan ingat laki jambu nih sumanya gay. Maka kalau ada laki jambu yang minat pompuan, at least dorang tuh adalah bisex. So dorang ingat laki jambu/gay/bisex nih caring kowt dari laki2 manly tapi cold. Maybe jugak dorang ingat laki jambu/gay/bisex nih jaga penampilan dan tak kotor. Metrosexual gtuh. Maka dorang lagi senang dari laki manly yang mandi pun kadang tak guna sabun. Atau dorang just anggap laki jambu/gay/bisex nih sekadar kawan rapat sahaja. Ya lah, dorang dapat dua sifat serentak kalau kawan ngan dorang. Dapat kawan lelaki yang turut mempunyai sifat feminin yang lembut.

Aku tak terkejut kalau pompuan nih suka fantasi laki nih gay. Sebabnya arituh, aku tanya beberapa orang member pompuan aku. Aku tanya kalau aku nak kapel ngan laki, sapa yang dorang suggestkan. Dorang bukan setakat tak membantah, malah siap mencarik 4, 5 orang calon untuk aku. Aku sangat tak terkejut okeyh. Dorang siap namakan laki yang sesuai jadik boifren aku sebagai Henry Golding (semua angkara filem PISAU CUKUR).


Aku nak letak gambar Henry Golding, tapi rasa cam segan la plak. So aku letak poster Pisau Cukoq terus. Haha.

So pompuan sekalian, sebenarnya korang kisah atau tak kalau laki tuh gay. Atau sebenarnya korang kisah kalau dia betul2 gay, tapi takpa lah kalau tuh just rumours.

Jugak kepada semua laki2 yang manly, aku bukan kata laki2 manly nih tak hot okeyh. Aku tak kata korang cold, mandi tak sabun, tak jaga penampilan dan sebagainya, tapi just sekadar pertanyaan. Jangan plak nak saman aku nanti. Haha.

YZYZ

What's this?

You are currently reading Lelaki BISEX Ni Hot Ke? at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 6 Response to “Lelaki BISEX Ni Hot Ke?”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...