Please Click Me

Aku Tak Pandai Lagi

Sunday, December 12, 2010 § 4


Aku actually xla pandai sangat nak cakap tentang benda nih. Aku masih lagi baru. Masih lagi segar bugar pada tempat2 tertentu. Haha. Aku just nak mengkongsi pengalaman jah pun. Aku pada suatu pagi yang sangat memenatkan, aku telah mengtravelkan diri ke Kluang untuk pergi ke satu interview. Apa yang berlaku pagi ituh, akan diceritakan pada post2 yang akan datang. Da lama da janji nak cerita, tak tercerita2 jugak. Haa.. Biaq laa..

Baeklah. Pada lagi itu, aku telah berkeputusan untuk lepak kat McD. Macam biasa aku buat kalau tengah tunggu flite kat LCCT, aku boleh duduk dalam McD sampai berjam-jam kot. Siap tido lagi okeyh. Tapi pagi itu, aku tidaklah memberanikan diri untuk tdo dalam McD kat Kluang tuh. Nanti dorang ingat aku ni gila hapa.

Aku pun mengorder pancakes. Aku jarang order breakfast kat McD actually. Then sejurus selepas dapat dulang yang berisi makanan ku, aku terbaca benda ini di tepi dulang tersebut.



Apa yang tertulis adalah "MADE FROM RECYCLED PLASTIC".. Maksudnya dulang tuh dibuat daripada plastik2 yang telah dikitar semula. Okeyh la kan. McD ada kesedaran ke atas alam sekitar. Dalam sibuk rakyat Malaysia memboikot McD (dan dalam masa yang sama turut makan kat restoran tuh), McD prihatin terhadap penjagaan alam sekitar. Tapi bila kita pebesaq gambar itu, maka akan menjadi seperti gambar kat bawah ini.



Yesss... Memang dorang buat dulang daripada plastik yang telah dikitar semula, tapi penghidangan menggunakan polistiren. Berapa banyak sampah yang dorang generates apabila menggunakan polistiren. Kenapa dorang x amek inisiatif untuk letak atas pinggan jah. Kalau letak atas pinggan, kena bayar gaji pekerja untuk mencuci plak. Langkah senang letak jah dalam bekas yang boleh dibuang macam tuh. Dah la nak beli benda tu murah, tak payah nak bayar pekerja banyak2. Kalau setakat nak show off kita nih mengitar semula, baek tak payah sebab kalau buat atas dasar publisiti macam tuh, mesti kat tempat2 laen, yang secara dasarnya x dapat nak buat publisiti, korang tak kan buat punya. Walaupun begitu, nampak la jugak gambar badut McD tuh tengah membuang sampah. Okeyh la jugak kan.
.
.
.
.

Nak dijadikan cerita jugak, beberapa minggu sebelum itu, aku berkesempatan laa mengunjungi sebuah kampus laen. Kampus tu tersangat la besar sebesar-besar alam. Boleh sesat kowt. Pastu banyak plak iklan2 tentang nak menjadikan kampus tuh, kampus yang lestari. Okeyh la kan.

Pastu bila nak daftar bagai, memang banyak la kekurangan di sana dan sini. Malahan sepanjang program tu berlangsung ada jah cacat cela. Namun biaqlah. Aku dulu pun masa jadik PKS tak la bagus sangat nak kutuk hasil kerja orang laen. Aku dulu pun tunggang terbalik jugak. Sapa la aku nak kutuk orang kan. Asalkan aku terus-terusan belajar dari kesilapan orang lain, okeyh laa. Bolehlah aku membaiki diri kan.

Tapi tatap ada satu dua benda yang buat aku rasa nak memboikot. Pertama sistem pengurusan sampah. Iya lah, sebelum kami datang ke sini, penganjur yang sama pernah membuat event yang sama di USM. Waktu tuh kapasiti adalah sebanyak 2000 orang. Tapi dengan bantuan para pelajar, kami berjaya menguruskan masalah sampah, yang aku rasa efektif jugak. Mana2 bekas yang boleh digunakan balik, dorang kumpul, cuci dan jual balik. Mana yang boleh recycle, dorang akan jual kepada syarikat yang recycle. Dapat jugak duit kan.

Tapi kat sini, kapasiti aku rasa dalam 400 orang jah. Tapi sampah, cam xda sapa yang urus. Macam dorang suruh cleaner saja yang tolong buangkan. Tu pun bertimbun-timbun dan bersepah2. Sana-sini boleh nampak sampah. Lepas tu, masa nak bagi makanan, bungkus dalam polistiren okeyh. Polistiren okeyh.



Ini adalah gambar di tempat kejadian. Memang betul2 berlaku polistiren berbondong-bondong. Takut uollss kalau tengok sebab kat USM da tak nampak dah suasana cenih. Nanti VC dan TNC pulas telinga kami kalau boh polistiren.

Aku dengan semangat USM yang jati telah memboikot makanan kat sana. Aku tak amek makanan dan bagi influence kepada beberapa orang peserta jugak. Ada la jugak yang menurut. Pastu cuba bagitau kat urus setia yang aku nampak dan tanya kenapa guna polistiren. Tak tau la ada tindakan atau tidak.

Sebenarnya aku berbangga menjadi alumni USM. Sebab persekitaran dalam USM telah membuatkan aku ingin menyumbang kepada pengurangan penggunaan plastik dan mengelakkan penggunaan polistiren. Dalam rumah pun aku tak buka semua lampu. Aku just buka lampu yang nak digunakan sahaja dan kalau pergi kedai, aku akan refuse penggunaan plastik. Terima Kasih USM kerana mengajar aku untuk lebih mencintai alam. Mungkin apa yang aku buat memberi impak yang tersangat la kecik, tapi jika kita tidak bertindak, bila lagi? Aku sangat berharap agar masayarakat kita akan mengurangkan penghasilan sampah dan mempunyai kesedaran untuk mengitar semula. Sama-samalah kita memikirkan Untuk Kelestarian Hari Esok.

YZYZ

What's this?

You are currently reading Aku Tak Pandai Lagi at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 4 Response to “Aku Tak Pandai Lagi”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...