Please Click Me

Asal Menjadi Cantik

Wednesday, December 8, 2010 § 0


Entah kenapa aku rasa aku nih dah macam tua sangat. Da macam berumur2. Pergi jaga badan, jaga makan, eksesais pun badan x nak kurus2 macam dulu2 zaman muda mudi. Pastu kalau nak shopping, mata meliar tengok baju orang2 tua. Then jumpak jah anak2 muda mula la kutuk orang muda mudi dan da start mentengok barang2 yang perlu ada kat rumah. Hadoiy. Nak poreber young ada cara tak?.. Hahaha...

Asal Menjadi Cantik

Siapakah di dalam cermin itu
Kelihatan mirip sepertiku
Tapi dia tak kelihatan sejelita
Sepertiku pada zaman muda

Usia dah memamah kejelitaanku
Yang dulu kurus dah jadi gemuk
Muka berkerepot dan mula mengendur
Rambut beruban semakin gugur

Carikan aku ubat pengulang waktu...

Yang buatku kelihatan muda
Semuda seperti anak dara
Jadikan aku sorang remaja
Paling jelita di dunia

Berikan aku potongan badan
Yang langsing dan menawan
Apa jua harganya semua kan ku bayar
Asal menjadi cantik

Tak kisahlah apa jua
Asal menjadi cantik
Tak kisahlah apa jua
Asal menjadi cantik

Bermacam jenis jamu dah ku cuba
Tiada yang bawa kesan ketara
Semua pantang larang ku ikut setia
Tapi tak nampak-nampak hasilnya

Carikan aku ubat pengulang waktu...

Yang buatku kelihatan muda
Semuda seperti anak dara
Jadikan aku sorang remaja
Paling jelita di dunia

Berikan aku potongan badan
Yang langsing dan menawan
Apa jua harganya semua kan ku bayar
Asal menjadi cantik

Tak kisahlah apa jua
Asal menjadi cantik
Tak kisahlah apa jua
Asal menjadi cantik


Sesiapa yang ada mentengok cerita MAGIKA, mesti pernah dengar lagu nih kan. Lagu nih gak selalu main lam KECUT dolu2. Haa.. Sekarang aku persembahkan lirik beliau, sambil ditemani oleh gamak2 kat bawah nih.. Haa


Poster MAGIKA. Kononnya kontroversi kat dalam FFM. Aku pun tak tau. Aku tak tengok FFM. Apa yang aku tau, aku tengok cta ni lam cinema dan aku support produk Malaysia, walaupun orang kutuk kata cita ni tiru Alice In Wonderland.
Align Center


Inilah dia Ning Baizura selaku Puteri Gunung Ledang versi dah tua. Sambil nyanyi2 nanges nak jadi muda balik. Pastu dapat Datuk Bendahara, import khas dari Kelantan (Sabri Yunus). Haa....


Tadaa... Lepas minum jamu awet muda Nenek Kebayan a.k.a Ziana Zain. Waktu nak jual jamu tu pun siap nyanyi2 bagai. Tak boleh blah... Tiba2 ada Marsha guna baju iban. Apa hal kaa...

YZYZ

What's this?

You are currently reading Asal Menjadi Cantik at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...