Please Click Me

Bedah Muvies: Inception

Wednesday, December 15, 2010 § 0

Owh, aku baru jah selesai mentengok muvie Inception, lakonan Leonardo DiCaprio buat kali keduanya. Kali pertama waktu kat USM dulu, dan kini kali kedua. Sementara mood nak menghapdet nih masih ada, baeklah aku mempersembahkan bedah muvie kali nih untuk pelem INCEPTION nih.


Sebab sebenar aku nak membedah muvie Inception nih sebab muvie ni telah mencetuskan perdebatan antara aku ngan Lele dalam bilik. Dia tengok 3 kali kowt kalo tak silap. Kalau aku cakap ngan dia time dia tengah tengok muvie nih, dia boleh pause jap dan reverse balik scene yang tertinggal. Katanya nanti dia tak paham. Pastu dia cabar aku untuk mentengok muvie nih. Ingat aku lampi sangat ke lambat nak pikap. Haha. Walaupun dua kali tengok. Pentengokan kali kedua baru boleh bedah uols. Haha.

Baeklah, ini merupakan ulasan aku untuk muvie tersebut:

Inception adalah muvie tentang mimpi. Iaitu orang masuk dalam dream seseorang untuk steal information. Pada permulaan cerita, Cobb (Leonardo DiCaprio) telah mendapat tugasan untuk mencuri maklumat daripada Saito. Then bila dorang masuk dalam mimpi Saito, Cobb terjumpak wife dia. Wife dia nih kasi kaco la kerja Cobb and the gang. Bila Cobb da jumpak maklumat tuh rupanya Saito da prepare awal dan dah tau dorang sebenaqnya dalam mimpi. Ini menyebabkan Cobb and the gang telah gagal dalam tugasan tersebut. Tapi satu skill Cobb and the gang ini telah menyebabkan Saito kagum iaitu skill mimpi dalam mimpi.


Kalo dorang gagal, company tempat dorang kerja tuh akan buat something2 la kat dorang. Tapi tak dinyatakan padia hukuman yang dorang bakal kena. It remains secret sampai la ke ujung cerita. Tapi Saito impress la dan carik balik Cobb nih. Dia kata dia boleh buatkan Cobb balik jumpak family dia kalo dia sanggup buat job untuk Saito. Cobb nih x leh balik jumpak anak2 dia sebab berasa bersalah atas kematian isteri dia iaitu Mal. Tapi sebab sebenarnya sangat la complicated nak eksplen.


Saito mensuruh Cobb nih plant idea dalam kepala hotak Fischer Jr. iaitu anak kepada rival Saito untuk dia pecah-belahkan company Fischer. Arthur iaitu side kick Cobb kata, mustahil tapi Cobb kata boleh buat sebab dia pernah buat benda macam tuh. Maka Cobb pun gather team dia yang terdiri daripada 6 orang suma. Cobb selaku ketua, Arthur si penyelidik, Ariadne selaku arkitek, Yusuf sekalu pakar sedatif, Mr. Eames sebagai multipurpose punya orang (sebab boleh tukar2 wajah) dan Saito untuk memantau perjalanan job nih. Dorang pun diskas2 dan setuju untuk masuk sebanyak 3 layer dreams iaitu mimpi dalam mimpi dan dalam mimpi untuk plant the idea yang Fisher Sr. tak moh Fisher Jr. inherit syarikat dia. Fisher Sr. mau anak dia buat company sendiri.


Sebelum dorang masuk dalam mimpi, dorang akan pegang totem masing2. Totem nih kira penanda yang dorang sebenarnya dalam mimpi ataupun realiti. Totem nih penting sebab takut2 dorang terkonfius dorang nih masih bermimpi ka da masuk realiti. Cobb punya Totem adalah gasing bekas bini dia punya. Kalau gasing tuh pusin tanpa henti, maknanya Cobb masih lagi dalam mimpi.


Maka dorang pun masuk dalam mimpi Yusuf pada layer pertama. Layer kedua dorang masuk mimpi Arthur dan layer ketiga dorang masuk mimpi Fisher. Ada beberapa fakta tentang mimpi nih yang perlu tau. Pertama, masa dalam mimpi lagi lama dari masa dalam realiti. Makna kata kalau realiti adalah 10 jam, maka dorang akan ada masa selama lebih kurang seminggu dalam mimpi. Makin dalam layer mimpi, masa pun makin panjang. Untuk kuar daripada mimpi dorang perlukan the kick dalam realiti ataupun mati dalam mimpi. Tapi kalo dorang mati dalam mimpi yang realiti dorang telah highly sedated (kena dadah tidur yang terlalu berat) dorang tak kan bangun. Maka dorang akan berada di limbo iaitu kekonfusan mimpi. Dorang pun tak kan tau dorang berada di mana.



Ini antara aksi dalam mimpi layer kedua


Setelah bersusah payah, akhirnya dorang pun berjaya plant idea untuk Fischer Jr. buat company sendiri. Maka mission tu berjaya la. Tapi nak dijadikan cerita, Saito mati dalam mimpi dan telah jatuh ke dalam Limbo. Maka untuk memastikan deal dorang still jalan dan Saito tak konfuse lepas wake up nanti, Cobb telah mencari Saito dalam Limbo. Dia jumpak la dan telah plan idea dalam pala hotak Saito iaitu mimpi tu bukan benar dan Saito mesti kembali ke dunia yang sebenar dan menjadi muda semula. Aku assume Cobb berjaya la plant idea tersebut terhadap Saito.


Ada satu lagi misteri yang perlu diterangkan iaitu hubungan pelik antara Cobb dan Mal. Masa mula2 Cobb dan Mal buat eksperimen tentang mimpi dalam mimpi dalam mimpi, dorang tak tau yang masa dalam mimpi lagi lama daripada realiti. Dorang nak explore pa benda yang ada kat bawah sana. Lama-lama Mal jadi percaya yang dunia mimpi tu adalah real dan dia pun pi sembunyikkan totem dia. Dia nak percaya yang mimpi adalah realiti. Tapi Cobb find out dan cuba untuk selamatkan Mal. Maka dia pun kata dunia ini tak real. In order untuk dorang eskep, dorang mesti mati. Maka dorang pun bunuh diri dalam mimpi dorang. Bila dorang wake up dari realiti, cobb tak tau yang rupanya idea yang dia cakap tu da makan bini dia. Mal jadi percaya yang dunia ni tak real dan untuk jadi real dia kena mati. Sebab tu la Mal bunuh diri pada malam anniversary dorang. Tapi lepas aku tengok balik cerita nih, rupanya Mal pun da plant idea dalam pala hotak Cobb yang anak dorang tu bukan real. Hanya dalam mimpi jah anak dorang real. Sebab tu la kowt Cobb tak leh pi jumpak anak-anak dia.


Bila abes cerita nih, nampak la scene Cobb pi jumpak anak-anak dia. Peluk-peluk bagai. Sebelum dia jumpak, dia pusing totem tu dulu. Dan sampai la cerita tuh kuar credit pun totem tu tak berenti pusing, menunjukkan Cobb masih lagi dalam mimpi. Sebenaqnya sebelum dorang wake up, Cobb da jumpak Saito dalam Limbo dan Saito da sangat2 tua. Tapi ada satu scene Saito pegang pistol then terus Cobb wake up. Aku assume si Saito tembak mati Cobb dan menyebabkan Cobb tersesat dalam Limbo dan jumpak anak-anak dia dalam Limbo tuh. Bukan jumpak yang realiti.


Ini merupakan Mal, bukan shopping Mall okeh. Dia da mati tapi still wujud dalam mimpi Cobb



Bajet hot jah. Selepas Titanic, banyak la yang kunun nak buat rambut ala2 dia. Tapi dulu dia hot jugak, sekarang cam dah x berapa jah. Tapi muvie nih agak mantap la jugak untuk dia



Dan aku sangat suka ngan watak dia nih. Dia sangat cool okeyh. Aku suka bila dia trick untuk kiss Ariadne. Dia sangat cold. Haahaa..

So macam mana ulasan aku? Make sense tak? Ka diragui?... Kalau tanya Lele sahsah dia akan pertikai dan tanya lagi banyak soalan. Haha...

Baeklah, bye...

YZYZ

What's this?

You are currently reading Bedah Muvies: Inception at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...