Please Click Me

Bedah Muvies: Racoonzel

Tuesday, December 7, 2010 § 2


yeah, selepas beberapa ketika, aku terhengen jugak untuk mengapdet mengenai muvie ini. Ekceli, start dari kecik aku suka menggelar Rapunzel sebagai Rakunzel. Biar arr. Dulu suma orang nak suka Cinderella la, Snow White la, xdak sapa pun nak kenal ngan Rapunzel. So takdak sapa la nak membising.

Cta Rakunzel nih, aku tengok secara 3D okeyh. Mula kunun nak tengok hall biasa2 jah, tapi disebabkan ktorang datang lewat ke Queensbay, maka kitorang terpaksa mentengok tayangan 3D. Okeyh hape. Takdak la terjerit2 ngelak benda yang terbang2 macam seseorang tuh. Sapa dia seseorang tuh, aku telah menglink pada setiap perkataan seseorang dalam peregerap inih. Haha. Mintak ampun dan mahaf lah ye, seseorang.



Aku telah mentengok cerita tersebut bersama2 dengan Anak Ikan merangkap Mak Hayam merangkap orang paling busy kat USM merangkap Anonymous. Aku juga telah menglink kan orang tersebut. Kalu nak tau, silalah klik okeyh link tersebut.

Sebenaqnya, aku memang mahu membedah cerita nih dalam blog yang tidak seumpamanya ini, sebab aku suka ngan Rakunzel. Dari kecik lagi sebab aku rasa Rakunzel nih laen dari peritel yang laen. Mengikut pengetahuan aku, Rakunzel tak banyak or takdak langsung unsur2 ghaib mahupun mistik nih. So kalau x suka tengok cerita seram, bolehlah mentengok Rakunzel.



Pemahaman aku, begini cerita Rakunzel..
Terdapat sepasang suami dan isteri. Dorang nih tak mempunyai anak. Tiba2 ada rezeki, mengandung la si isteri. Time2 mengandung tuh, si isteri nih ngidam la pulak nak makan pokok rapunzel. Carik punya carik, suami dia nih jumpak la pokok yang dimaksudkan. Tapi pokok tuh kepunyaan Gothel. Dia tak bagi orang laen amek pokok tuh. BTW nak bagitau, pokok rapunzel tu besar dia bukanlah macam pokok rambutan ataupun durian tau. Gila apa pompuan tu ngidam nak makan pokok sebesar tuh. Pokok rapunzel tu kecik jah. Renek2 gtu, ala2 macam tinggi baby pokok la. Aku pun tak tau nak explen macam mana. So si hasben nih mengterai la mahu mencuri pokok tuh sebab Gothel tak bagi dia. Pergi malam pertama, tak berjaya. Malam kedua pun tak berjaya, pas malam ketiga baru berjaya. Dia terdesak nak dapatkan jugak pokok tuh sebab bini dia mengidam teruk. Tapi tau2 time mencurik tuh, terkantoi lah ngan Gothel. Pastuh Gothel pun kata dia kena serahkan anak yang bini dia kandungkan tuh kat dia, kalo tidak dia akan curse dorang satu pemili. Hasben yang tak tau nak buat apa, sebab takut kena curse (dia tau Gothel ni ada ilmu sihir) maka dia pun bersetuju ngan tawaran tersebut. Pastuh pas beranak, dorang pun bagi lah anak dorang kat Gothel dan dinamakan Rapunzel lalu ditukar menjadi Rakunzel oleh aku. Bila umur Rakunzel nih doblas tahun, Gothel kurung dia dalam tower dan dia pun tak bagi Rakunzel potong rambut dia supaya senang dia nak naek jumpak Rakunzel nanti. Dia gayut guna rambut Rakunzel jah untuk naek tower tuh. Nak dijadikan cerita, adalah seorang putera raja dok bersiar2 dalam utan. Pastu dia pun terdengar Rakunzel nyanyi2 gumbira. Pastu dia polo la arah nyanyian ituh. Sesampai kat tempat punca nyanyian tuh, dia dah nampak Gothel jerit macam nih "Racoonzel Racoonzel, let down your hair!!" n nampak Gothel naek ke tower tuh guna rambut Rakunzel. Then malam tuh jugak putera tuh panggil Rakunzel sama macam apa yang Gothel panggil. Rakunzel pun bagi turun rambut dia. Bila naek jah, alangkah terperanjatnya Rakunzel apabila mengketahui lelaki rupanya yang dia tarik naik tuh. Semenjak tuh, Rakunzel pun selalu berdating ngan putera tersebut. Sampai la satu masa Rakunzel telah diyakinkan oleh putera tuh untuk kawen lari ngan dia. Nak dijadikan cerita, pada malam dorang plan nak larik tuh la jugak kantoi ngan Gothel. Gothel tau la Rakunzel nih berpacaran gtu ngan jantan mana ntah terus beliau marah dan memotong rambut Rakunzel. Dihalaunya Rakunzel dari tower tuh sebab dia nak buat something ngan jantan yang telah menghasut Rakunzel. Cena dia halau, jangan tanya aku. Pastu putera tu pun datang dan menjerit nama Rakunzel macam biasa. Gothel pun jatuhkan rambut dan tarik putera tuh. Naek2 atas, alangkah terkejutnya putera tuh tatkala terlihat Gothel pula kat atas. Berlaku la adegan macam lam cerita Antara Dua Darjat. Gothel ni tak suka orang kaco Rakunzel. Pastuh dia tolak putera tuh jatuh dari tower tuh. Nak dijadikan cerita jugak, kat bahagian bawah tuh, dah disediakan duri2 oleh Gothel. Kot2 la Rakunzel nak melarikan diri kan. Putera tuh jatuh atas duri2 tuh dan telah buta. Maka berkelana la putera tuh dalam keadaan buta. Sebelum lari dari tower tuh, putera tuh sempat gak mentarik rambut Rakunzel. Pastu bersedih-sedihan la putera cuba mencari Rakunzel dalam keadaan buta. Sampailah suatu masa putera terdengar balik nyanyian Rakunzel dan terus berusaha mencari Rakunzel berdasarkan nyanyian tersebut. Bila dah terjumpa balik, Rakunzel nangis dan air mata Rakunzel telah menyembuhkan buta putera tersebut. Dan biasaklah, peritel "They Live Happily Ever After"... Sementara ituh, Gothel mati kebuluran dalam tower tuh, sebab takleh nak turun. Rambut Rakunzel da jatuh...


Cogan Kata Fairy Tales "And They Live Happily Ever After"...

Namun Rakunzel the muvie tuh xdak la macam cerita yang aku paham. Dorang ubah dan sebenarnya, Rakunzel banyak versi. Dia tak tetap sangat macam Cinderella dan laen2. Rakunzel kan tak berapa nak peymes sangat. So ada la banyak versi. Tapi versi the muvie nih lagi nampak rasional la, sebab kenapa dia sembunyikkan Rakunzel dan napa dia tak mau potong rambut Rakunzel.

Tapi kan, versi the muvie nih, terlalu banyak unsur2 pop dan moden. Da tak berapa nak classic. Da macam tengok komedi romantik zaman sekarang. Anyhoo, cerita dia memang la lawak. Aku tak mau cerita lebih2, sebab mesti ramai yang tak tengok lagi. Aku pun tak mau la macam bagi publsiti percuma kat dorang. Ni bukan filem tempatan. Baek aku promo filem tempatan kita kan. Haa...


Aku sangat suka ngan Kuda nih dan jugak Frying Pan tuh. Terbaek la dua benda tuh. Haha.. Go Maximus Goooo... hahaha...

Satu lagi, unsur 3D dia tak menarik sangat. Aku sampai rasa, better aku tengok hall biasak jah. Jimat RM7 aku. Boleh buat beli GSC Large Combo. Tambah RM1.70 jah lagi.

Dalam nih, ada beberapa benda yang dorang tekankan. kalau ikut cerita asal yang aku bagi tadi tuh, bukan yang muvie nih. Antaranya

1. Pregnant woman nih, jangan memain. kalau dorang ngidam nak makan apa2, tolong la si laki tuh carikkan. Ni sebenarnya teladan buat laki nak tolong bini yang bagi dia anak. Bukan maen lepas jah.
2. Watak Gothel lak simbol kepada over-protective parent. Tapi nasib dalam muvie pun dorang tunjuk gak dengan sangat baek theme over-protective parent tuh. Haa..
3. Tolong la jangan terpikir nak kawen lari. Kalau betui nak kawen, jumpak la mak bapak. Walaupun ko tuh putera pun, tak semestinya ko tuh ada kebenaran untuk kawen lari.

Baeklah, takat ni la dulu, Bye..

YZYZ

What's this?

You are currently reading Bedah Muvies: Racoonzel at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 2 Response to “Bedah Muvies: Racoonzel”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...