Please Click Me

BlogMemories

Tuesday, December 21, 2010 § 0

Kadang kalau kita tengok sesuatu gambar, kita pasti akan terkenang memori dulu-dulu. Begitu juga sekiranya kita terdengar irama suatu lagu, kenangan lama pasti menggamit memori. Ehh jap jap, aku rasa aku tak boleh la nak berbahasa macam nih. Rasa hipokrit la plak. Haha. Tukar balik ke mode asal. *Tret tret* (imagine macam kita pusing tombol mode machine).

Actually ini kesinambungan kepada post aku sebelum ni iaitu Pepagiku di Negara Atas Angin. Pada malam sebelum aku nak berangkat tuh, macam2 masuk dalam kepala aku. Terkenang orang tuh, orang nih. Semua orang masuk dalam kepala aku. Aku tau dah, tinggal beberapa ari jah aku akan meninggalkan Penang yang serba indah itu.


Owh, aku dolu2 sangat la meminati dua orang ini. Selalu berangan nak ada awek macam Christina Aguilera dan jadik ensem macam Justin Timberlake. Waktu dorang faymes dalam tahun 2002. Waktu tuh, baru nak jadik teenagers. Hormon turun naik dan sangat tak stable. Tapi sebab mereka la jugak yang dah memotivatekan aku untuk turun berat badan. Haahaa.

Maka bila jadik macam tuh, aku teringat satu jah, iaitu blog aku yang tidak seumpamanya ini. Aku banyak menulis tentang setiap orang yang keluar masuk dalam idup aku kat sini. Maybe pemergian aku tak bagi effect pun kat sesiapa, tapi at least cerita dorang tatap dan still ada dalam blog aku. Nanti kalau aku bosan2 or mula terkenang dorang, aku tak perlu la nak mengingat secara abstrak jah. Pasainya, segala cerita maknusia yang rapat ngan aku ada di sini. Tinggal mahu klik sahaja.


Aku jugak meminati No Doubt. Lepas Gwen Stefani debut sebagai penyanyi solo pun still aku follow dia. Gambar ni diamek dari klip video Rich Girl pada tahun 2005. Time tu aku form 5. Aku sangat la minat lagu tuh dan nak dijadikan cerita, masa aku mula2 accident kereta, accident kereta pertama dalam hidup aku (walaupun aku hanya langgar batas bunga yang sangat tinggi). Radio keta sedang main lagu nih. So pas kejadian tuh, lagu nih jadik mimpi ngeri la jugak. Haha.

Aku dilahirkan bukan untuk rapat ngan seseorang untuk tempoh yang lama. Aku tak percaya BFF or apa dia haram jadah benda tuh. Dari kecik lagi, setiap orang yang rapat ngan aku akan blah atau aku akan blah sorang demi sorang. Kalau tak dorang pindah sekolah, aku yang akan pindah. Semua tu dah jadi biasa bagi aku. Bila dah being apart, aku pasti akan jumpak orang lain lagi. Dan bagi aku, memang perlu untuk kita move on. Aku pun dah tulis sebab apa dalam Janganlah Hidup Dalam TV Hitam Putih. Sekali sekala mahu menoleh tidak mengapa dan jika dah terpaksa terpisah, maka carilah rakan yang lain. Takkan la kita dah tak mau kawan ngan orang lain sebab devastated dengan perpisahan tersebut. Mengarut kan. Sure kita akan jumpak dan kawan ngan orang lain jugak.


Owh, ini merupakan T.V Series dalam legenda. Tak ada satu pun T.V Series selepas dorang mampu buat sebaik ini. Aku sangat berbangga menjadi followers tegar F.R.I.E.N.D.S dan turut menghafal beberapa dialog sepanjang 10 seasons cerita nih. Aku rasa aku dah ulang2 tengok series nih dan tak pernah pun Ross, Rachel, Monica, Chandler, Phoebe dan Joey gagal buat aku terhibur. Aku banyak amek philosophy mengarut yang dorang buat. Walaupun nonsense tapi applicable sebenarnya.

Begitu juga bila ideologi dah tak sepadan, memungkinkan kita untuk tidak bersama dan rapat seperti biasa. Biarkanlah. Kalau nak dibaiki pun tidak mengapa, tapi kita berkawan untuk berasa senang. Apa guna berkawan kalau hasad dengki melebihi kasih sayang? Maka lepaskanlah mereka. Dorang lagi paham apa yang dorang rasa.



Aku tak kesah apa yang orang kata terhadap aku. Tapi Mutiara Tom Yam, Chinta dan Jiran Kami memang kombinasi yang mantap. Cerita nih 28 episod jah, tapi penuh dan sangat padat. Banyak adegan yang sinis dan taboo terhadap masayarakat Malaysia Islam dalam series nih. Kami meminati series nih pun secara kebetulan dan tidak disangka-sangka. Bukan senang aku nak minat siri Melayu, tapi CHINTA dah bagi something yang baru buat kami.

Sebab tu la aku berasa bersyukur sangat2 aku mahu menulis blog. At least kenangan bersama teman2 yang rapat tak la faded away gtu sahaja. Bukan sahaja kenangan bersama teman2, malah apa segala yang aku buat, apa yang aku minat, perasaan aku, segalanya ada di dalam blog. Malah kadang aku tertawa bila baca balik post2 yang lama. Betapa tak stablenya diri ku ini suatu masa dahulu.


Mulanya, hanya klik2 pada video yang dipaparkan. Curious apa benda lah BONAMANA nih. Masa mula2 aku tengok performance BONAMANA pun, aku ingat benda tuh adalah rancangan realiti Korea mencari penyanyi, bertajuk Bonamana. Tajuk lagu yang dorang tengah nyanyi tuh adalah Super Junior. Sangat lawak kan. Malah aku tak tau pun lagu Sorry Sorry yang budak2 ni pasang untuk riadah pagi PIMPIN Siswa adalah nyanyian kumpulan yang sama. Dari BONAMANA, terus terlayan No Other dan akhirnya terjadi peminat fanatik plak. Hadoiy. Leeteuk, Heechul, Hankyung, Yesung, Kangin, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Siwon, Donghae, Ryewook, Kibum, Kyuhyun aku tak tau la macam mana aku nak stop follow korang.

Maka marilah kita sama2 membaca blog Hook Up With Syahmi dan mengklik segala iklan yang kuar ekh. Haha. (Haram jadah, sempat lagi nak promote).

BTW, Hook Up tuh kalau ikut pengertian adalah hang out. Macam korang kuar bersama2 ngan aku la gtuh. Tapi kalau dalam sitcom US yang selalu aku tengok, Hook Up tu membawa maksud having sex lepas jumpak ngan seseorang. Adakah macam one nite stand, aku pun tak sure. Tapi bagi aku, Hook Up adalah hanging around. Oleh itu, marilah Hook Up dengan aku ya kawan2. Haha. Satu lagi, aku bukan HOOKER tau. Haha.

YZYZ

What's this?

You are currently reading BlogMemories at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...