Please Click Me

Dendam Mak Cik Karipap

Friday, December 3, 2010 § 4


Akhirnya, dendam kesumat Mak Cik Karipap Tasco terhadap aku, terbalas juga. Haha. Aku ada history ngan Mak Cik Karipap Tasco nih. Ada yang dah tau, ada yang tak tau agi, maka aku ingin publish cerita dendam kesumat beliau terhadap insan kerdil seperti ku ini. Haha.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, ketika aku second year, ayah aku lupa nak bank in duit kat aku. Bila dah peringat, ATM rosak laa, Cash Deposit punya mesin rosak laa. Aku kalau xda duit memang aku jiwa kacau. Memang tak boleh dinafikan benda tu. So member aku iaitu si Didi sengal mengajak aku pergi ke Tasco pada petang itu.

Nak dijadikan cerita, selepas berjalan2 dalan Tasco, kami pun mengkeluarkan diri daripada tempat tersebut. Kat luar Tasco tuh, ada Mak Cik jual karipap. Maka berlakulah dialog seperti dibawah ini. Dialog ni mungkin x exactly sama, tapi lebih kurang gtu la.

"Anak, beli karipap. Ada karipap ubi, karipap ayam. Seringgit ja satu"

"Mak Cik, saya duit pun xda ni haa. Tengok ada seringgit ja (sambil menunjukkan isi wallet). Nak beli karipap Mak Cik. Nanti saya nak makan apa? Makan karipap jah?"

"!!!????"

"Dah la.. blahh arrr"


Sambil merungut-rungut
"Apa laaa, nak suruh beli karipap laa bla bla duit xda bla bla lambat la pulak bla bla"

(2 minit kemudian) Trutt trutt


"Bapa da masuk duit. Check nanti ekh.."


"Errr... Mak Cikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk maafkan daku"



Aku lupa nak amek gamak Mak Cik Karipap tuh. Aku suruh la FF patah balik. Dia tak mau, sebab katanya dia malu nak buat perangai depan Tasco amek gamak Mak Cik Karipap. Eleh, amek gamak Honda Freed orang laen, tak malu plak.


So setiap kali aku pi Tasco dan terjumpak Mak Cik Karipap tuh, musti aku akan rasa bersalah yang amat. Niat dia baek nak jual karipap, tak pasal2 kena marah ngan aku. Sebab tu la Mak Cik Karipap tu ada signifikan gak lam idop aku.

1 Disember 2010

Tempat Kejadian: Tasco Extra, Sg. 2 Penang
Waktu Kejadian: 4pm

FF: Wehh, semalam aku rasa cam mengidam gila la nak makan karipap
KS: Ehh, aku da nak balik. Aku kena beli karipap mak cik ni sebagai tanda perdamaian atas kesalahan yang aku buat terhadap insan karipap ini.
FF: Weah, baru pas makan laa. Tak yah arrr...
KS: Aku kena beli gak. Tak kira
FF: Weah, belikan aku karipap ubi. Nah RM1..
KS: Mak Cik, karipap ubi dua, ayam satu.


Inilah hasil karipap tersebut setelah dibawa masuk ke dalam bilik


1 Disember 2010

Tempat Kejadian: Facebook
Waktu Kejadian: 10.56pm

FF: hari kerugian RM2 bersama Khairul Syahmi Brahim, mlm nih mungkin dia bakal menyebabkan aku kerugian hampir RM5 plak ... mata pandang atas, tangan 2 2 atas dada ...

Wakt Kejadian: 11.10pm

FF: rupa2nya aku rugi RM2.40 ????

Nampaknya, Mak Cik Karipap telah berdamai dengan aku, tapi tidak dengan FF. Pasainya aku tak berasa kerugian, tapi FF telah kerugian bermula dari RM2, terus naik RM2.40 dan RM2.60. Akhirnya beliau juga kerugian RM3.20 ... Kerugian RM1 yang pertama sebenaqnya disebabkan oleh MEPS Charge. Takdak kaitan ngan Mak Cik Karipap. Kerugian berposen2 tu plak, atas sebab air yang dibeli. Kisah air, nanti cter ekk. Tunggu sequel.



Inilah FF bersama karipap penuh penyesalannya. Nak pangge karipap ni, karipap menyesal la plak. Haha.. Mantap tak mantap nama..


Mak Cik Karipap, terima kasih kerana memaafkan dosaku padamu selama ini. Sungguh indah rupanya apabila kita memaafkan kesalahan orang lain. Semakin aku ingin membina sifat pemaaf dalam diri aku. Terima Kasih Muallaf, atas pengajaran yang sungguh besar ini. Gtuu.. Terover la plak. Haha.

YZYZ

What's this?

You are currently reading Dendam Mak Cik Karipap at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 4 Response to “Dendam Mak Cik Karipap”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...